SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN


ANCAMAN KUMPULAN ISLAMIC STATE KE ATAS UMAT ISLAM DI MALAYSIA
1.0              Pendahuluan
Pada tahun 2014, kita dikejutkan dengan berita seorang rakyat Malaysia menjadi pengebom berani mati kumpulan Islamic State atau IS di Iraq. Ini merupakan kali pertama seorang rakyat Malaysia bertindak sedemikian. Dalam insiden ini, Ahmad Tarmimi Maliki telah merempuh ibu pejabat pasukan keselamatan Iraq di wilayah Anbar dengan sebuah SUV yang dimuatkan dengan bahan letupan. Akibat tindakan itu seramai 25 orang anggota pasukan tentera elit Iraq telah terbunuh. Pada usia muda 26 tahun, Tarmimi sepatutnya membantu menyara keluarga sebaliknya memilih untuk melakukan tindakan sia-sia dan bertentangan dengan ajaran islam.
            Selain Tarmimi, empat orang lagi rakyat Malaysia telah terbunuh di Syria pada tahun itu. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib pada ketika itu telah menzahirkan rasa sedih dan bersimpati mengenangkan nasib mereka yang kehilangan ahli keluarga yang tersayang. Beliau juga ketika itu bimbang bilangan ini mungkin akan meningkat kerana seramai 39 orang rakyat Malaysia telah dikenal pasti sedang berada di Syria dan 40 lagi mungkin menerima nasib yang sama sekiranya pihak berkuasa tidak menahan mereka.
            Umat Islam kini menghadapi cabaran getir dari satu kumpulan militant yang menyasarkan kita dan anak-anak kita supaya pergi ‘berjihad’ ke Syria dan Iraq atas jalan Islam. Kita berada di satu persimpangan di mana kita harus berusaha dengan lebih gigih untuk menjaga agama, bangsa dan Negara. Ramai rakyat Malaysia masih tidak mengetahui IS yang sebenar sehingga mereka mudah terpedaya dengan ideologi ekstrem kumpulan itu.

2.0              Isi
2.1              Ideologi dan Matlamat IS
Modus operandi perjuagan mereka berakar umbi daripada Al Qaeda dan mirip kumpulan militant Al Qaeda telah diistiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh masyarakat antrabangsa dan jumhur ulama-ulama arus perdana hari ini. IS beranggapan matlamat penubuhan Negara Islam hanya dapat dicapai melalui apa yang dipanggil “Jihad Peperangan”. Sebenarnya, ideologi Safi-Jihadi yang diperjuangkan oleh kumpulan ini adalah berlandaskan eksteremisme dan keganasan yang bertentangan dengan pengangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
           Kumpulan ini juga telah mengeksploitasi konsep hijrah yang sebenar. Sebaliknya, IS menyeru umat Islam berhijrah ke Syria dan Iraq atas nama Islam sedangkan muslihat mereka sebenar adalah untuk membantu kumpulan itu berperang bagi meluaskan kawasan penaklukan. Rakyat perlu menyedari bahawa peperangan ini hanya merupakan satu pertembungan politik dan konflik sektarian yang tiada kaitan dengan konsep jihad atau hijrah seperti yang diterima oleh jumhur ulama. IS cuba menangguk di air keruh dengan menggambarkan konflik ini sebagai peperangan akhir zaman, jalan pintas untuk mencapai agenda, cita-cita dan niat salah mereka. Pejuang asing seramai 15,000 orang yang berjuang untuk IS telah dipergunakan demi memenuhi agenda mereka.
           Penyelewengan ajaran Islam oleh IS Juga semakin ketara apabila sewenang-wenang mengkafirkan orang Islam yang tidak sehaluan dengan pendiriannya, dan menghalalkan pembunuhan mereka. Walhal, ajaran Islam yang sebenar adalah berpegang teguh kepada persaudaraan sesama Islam dan melindungi hak bukan Islam. Insiden pembunuhan pada awal November 2014 yang melibatkan sejumlah 322 orang termasuk wanita dan kanak-kanak di Anbar, Iraq juga menunjukkan mereka tidak teragak-agak membunuh penduduk sesama Sunni.
           Kita juga banyak mendengar tentang kekejaman IS sehinggakan wanita dan kanak-kanak juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Mereka juga sesuka hati menjatuhkan hukuman bunuh ke atas sesiapa sahaja tanpa hak untuk membela diri. Kekejaman IS semakin tidak mengenal nilai kemanusian apabila sanggup menyembelih hidup-hidup rakyat Amerika Syarikat iaitu James Foley dan steven Sotloff serta rakyat Britain iaitu david Haines dan Alan Henning.
           Tidak boleh terfikir bagaimana seorang manusia sanggup menyembelih manusia lain yang tidak lagi dapat melawan. Lebi-lebih lagi apabila ibu-ibu mangsa sendiri merayu supaya anak-anak mereka tidak diapa-apakan. Lebih menghairankan lagi, bagaimana kumpulan militant IS langsung tidak menunjukkan sedikit pun rasa kesal, sebaliknya berbangga mempamerkan tindakan ganas ini melalui media sosial. Tentu kita dapat bayangkan betapa hiba dan marahnya keluarga mangsa sehingga boleh menimbulkan kebencian yang amat sangat kepada agama Islam.

2.2              Pendirian Ulama dan Malasyia mengenai IS
Dunia Islam dan ulama-ulama antarabangsa mengutuk apa yang dilakukan IS. Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh, Mufti Arab Saudi menganggap IS adalah musuh nombor satu dunia Islam sementara deklarasi penubuhan Negara Islam oleh IS adalah bertentangan dengan syariat Islam. Sheikh Shawqi Allam, Mufti Besar Mesir pula melabelkan IS sebagai entiti pengganas yang menyalahi Islam dan peraturan-pertauran syariah serta mencemar imej agama Islam[1].
           Malaysia juga mempunyai pendirian yang jelas terhadap IS. Selain menyenaraikan IS sebagai kumpulan pengganas, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-106 baru-baru ini telah merumuskan penyertaan umat Islam Negara ini dalam kumpulan militant IS di Iraq dan Syria adalah bertentangan dengan syarak dan kematian mereka tidak dikategorikan sebagai mati syahid. Ini berdasarkan hujah bahawa kumpulan ini memrangi dan membunuh sesama Islam. Sebagai sebuah Negara yang turut mempelopori pendirian wasatiyyah sebgaimana tuntutan ajaran Islam dalam semua aspek, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan fahaman ekstrem IS adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan perlembagaan Negara. Sehubungan ini, Malaysia akan mempertingkatkan usaha menjelaskan jihad yang sebenar serta memperbetulkan persepsi Barat yang kerap mengaitkan Islam dengan keganasan.
           Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan kertas kerja yang disediakan serta meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa:
i. Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza: iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal, keduanya, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq, dan juga kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September.

ii. Kebanyakan para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Para ulama Ahl al-Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di zaman moden dan jumhur ulama Ahl al-Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau ISIL ini.

2. Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Muzakarah berpandangan bahawa kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS atau ISIL di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam.

3. Oleh itu, Muzakarah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak.

4. Muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan ISIS atau ISIL ini[2].
          
2.3              Cabaran Ancaman IS kepada Malaysia
Melihat potensi ancaman daripada kumpulan ini, kita bimbang dan tidak dapat dinafikan kepulangan rakyat Malaysia dari kawasan konflik di Syria dan Iraq boleh meningkatkan lagi risiko keselamatan kepada negara. Lebih menakutkan lagi, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik peperangan yang mereka miliki, militan-militan ini berupaya melakukan aktiviti pengganasan secara bersendirian, "lone wolf". Dengan kepakaran ketenteraan dan kemahiran membuat bom yang diperolehi di Syria, mereka berpotensi melancarkan serangan pada bila-bila masa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang besar kepada harta awam.
Pada masa yang sama, kita berasa khuatir mereka akan mewujudkan semula sel-sel pengganas dan membentuk jaringan dengan kumpulan-kumpulan militan sedia ada dalam negara dan serantau. Umpamanya, mereka boleh membentuk jaringan dengan kumpulan Abu Sayyaf di kepulauan Mindanao, selatan Filipina yang telah melakukan sumpah taat setia kepada IS. Oleh kerana kawasan operasi kumpulan Abu Sayyaf ini amat hampir dengan pantai timur Sabah, ia akan meningkatkan risiko keselamatan di kawasan itu. Setakat ini terdapat lima orang suspek Malaysia yang dipercayai masih bersembunyi di selatan Filipina. Sekiranya rangkaian IS berjaya wujud di Sabah, tidak mustahil ia akan merebak ke Sarawak sehingga menggugat keselamatan dan keharmonian pelbagai kaum di sana.
Cabaran kepada masalah ini amat besar kerana IS menggunakan media sosial untuk mengembangkan ideologinya bagi menarik sokongan masyarakat khususnya menyasarkan generasi muda. Apatah lagi IS turut menggunakan pelbagai bahasa asing dalam propaganda dan pujukan mereka termasuk bahasa Indonesia yang dilihat sebagai satu strategi IS untuk menarik sokongan serta simpati penduduk Islam yang besar bilangannya di rantau Asia Tenggara. Dalam menghadapi ancaman ini, telah sampai masanya bagi kerajaan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengekang pengaruh IS. Ini sejajar dengan tindakan negara-negara lain yang mana telah memperkenalkan dan memperkemaskan undang-undang antipengganasan sebagai jalan utama menangani ancaman pengganasan.

2.4              Contoh Kes – Kes melibatkan IS di Malaysia
Kes 1 : Tangkapan Ahli IS di Sabah
Sembilan suspek ahli kumpulan militan IS, termasuk tiga warga asing ditahan pada tahun 2016 kerana dipercayai terbabit dalam pelbagai rancangan, termasuk menyembelih orang bukan Islam di Sandakan, Sabah. Arahan untuk menyembelih orang bukan Islam itu, diberikan oleh seorang rakyat Malaysia yang berada di Syria, kepada seorang remaja berusia 17 tahun, yang ditahan di Sabah dalam operasi besar-besaran oleh Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman di sekitar Kuala Lumpur, Sabah, Kelantan dan Johor. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tiga daripada suspek terbabit adalah adalah warga asing, yang juga bekas anggota tentera dan mereka ditahan kerana dipercayai bersubahat dalam serangan bom ke atas pusat hiburan Movida di Puchong. Remaja berusia 17 tahun itu merancang melakukan serangan 'Lone Wolf' dengan menyembelih orang bukan Islam di Sandakan selepas menerima arahan daripada anggota IS di Syria. Remaja berkenaan juga mengancam untuk membunuh Ketua Polis Negara melalui akaun Facebook miliknya. Beliau berkata, dua lagi suspek iaitu Jasanizam Rosni dan Md Saifuddin Muji, ditahan selepas dipercayai bersembunyi di sebuah pondok di kawasan berbukit di Kuala Krai, Kelantan sejak awal bulan lalu dan menunggu arahan dari Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarkan serangan ke atas pusat hiburan di Johor Bahru. Susulan daripada tangkapan mereka, polis merampas sebutir bom tangan jenis M67 yang disembunyikan di Rengit, Batu Pahat, disyaki akan digunakan dalam serangan yang dirancang[3].

Kes 2 : Siti Noor Aishah dipenjara 5 tahun
Siti Noor Aishah, 30, dijatuhi hukuman penjara lima tahun, selepas didapati bersalah memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas, Mac tahun lalu. Hakim Dato’ Mohamad Shariff membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Terdahulu, tertuduh yang berbaju kurung dan memakai tudung ungu, kelihatan tenang sebaik Mohamad Shariff membacakan keputusan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 22 Mac 2016. Mahkamah turut memerintahkan 12 buku berkaitan kumpulan pengganas Daesh, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) dilucutkan hak kepada kerajaan untuk dilupuskan. Sepanjang prosiding yang bermula seawal jam 9 pagi, selain ibu bapa tertuduh, turut kelihatan beberapa ahli keluarga terdekat berada di galeri awam.  Bagaimanapun, ketika ditemui di luar mahkamah, ayah tertuduh dilihat menangis dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada pihak media. Pada 19 April 2016, Siti Noor Aishah didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman atas tuduhan memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu, jam 12.25 tengah hari, pada 22 Mac 2016.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli, mengemukakan pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap bahan itu. Pada 29 September 2016, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Siti Noor Aishah daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. Bagaimanapun, pada 27 Mac lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan tertuduh yang diwakili peguam bela, Mohd Kamaruzaman A Wahab, membela diri selepas membenarkan permohonan pendakwaan terhadap perintah pelepasan dan pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi[4].

2.5              Usaha Kerajaan Menangani Ancaman IS

Usaha Kementerian pendidikan Tinggi (KPT)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius dan peka terhadap aktiviti DAESH yang melibatkan pelajar dan kakitangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia. Kementerian bekerjasama erat dengan pihak berkuasa seperti PDRM dan agensi-agensi penguatkuasa lain supaya kebajikan dan keselamatan pelajar terjamin bagi memastikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif di IPT. Kementerian akan terus memantap dan meningkatkan keterlibatan (engagement) dengan pelajar, ibu bapa dan warga IPT.
Pada masa yang sama pihak Kementerian juga telah dan sedang mengambil beberapa langkah proaktif bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai IS/DAESH seperti:
i. Meningkatkan sesi keterlibatan (engagement) seperti taklimat dan dialog dengan PDRM serta agensi-agensi penguatkuasa yang lain;
ii. Penjelasan mengenai aktiviti IS/DAESH juga dimasukkan dalam program-program melibatkan pelajar di IPT;

iii. Meningkatkan tahap tapisan keselamatan untuk kemasukan pelajar-pelajar dan tenaga pengajar asing;
iv. Memantapkan lagi prosedur keselamatan sedia ada di peringkat IPT sebagai langkah pencegahan awal.
Kementerian akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam keadaan di mana PDRM perlu mengambil tindakan ke atas pelajar dan warga yang terlibat dalam aktiviti IS/DAESH[5].

Usaha Kerajaan melalui penggubalan Akta POCA dan SOSMA
POCA bukanlah satu akta yang baharu. POCA sebenarnya adalah nama singkatan kepada Prevention of Crime Act iaitu Akta Pencegahan Jenayah. Akta ini telah dikuatkuasakan sejak tahun 1959 iaitu dua tahun selepas negara kita mencapai kemerdekaan.  Ia  bertujuan untuk pencegahan jenayah di Semenanjung Malaysia   mengawal penjenayah, anggota kongsi gelap, individu yang mengancam keselamatan negara serta perkara yang berkaitan dengannya. POCA (1959) memberi kuasa kepada Menteri (dalam konteks ini, merujuk kepada Menteri Dalam Negeri) untuk mengarahkan Pendaftar Penjenayah di Malaysia dan Singapura bagi mendaftar pesalah di bawah Akta ini dan meletakkan seseorang itu di bawah pengawasan polis selama tidak lebih lima tahun.  Peruntukan kuasa-kuasa kepada Menteri yang terkandung dalam POCA (1959) ini telah banyak dipertikaikan oleh parti-parti politik pembangkang dan Majlis Peguam atau Bar Council, sejak dulu lagi.
Sehubungan itu, nafas baharu yang lebih segar dan efektif harus diterap ke dalam POCA (Pindaan dan Pemerluasan) 2014 untuk membanteras jenayah khususnya jenayah terancang dan jenayah sindiket yang menggunakan  kekerasan dan keganasan semasa melakukan jenayah. Apakah nafas baharu tersebut? Persoalan ini terjawab dalam buku ini yang bertajuk POCA: Nafas Baharu Banteras Jenayah.
Keputusan Kerajaan Malaysia pada 15 September 2011 untuk memansuhkan tiga  undang-undang pencegahan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Buang Negeri (1959) dan Akta Kediaman Terhad (1933) serta menamatkan tiga Proklamasi Darurat iaitu Pengisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Pengisytiharan Darurat 1969 Di Persekutuan dan Pengisytiharan Darurat 1977 di Kelantan, adalah dianggap sebagai pelengkap kepada proses Program Transformasi Kerajaan Malaysia (GTP) yang merangkumi  Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Politik (PTP) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan mengamalkan sistem demokrasi moden progresif sepertimana negara maju yang lain.
Kesan daripada penamatan Proklamasi Darurat tersebut telah menyebabkan penguatkuasaan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (1969) tidak dapat dilaksanakan, sedangkan tempoh perantaraan atau grace period penguatkuasaan adalah 6 bulan di mana undang-undang pencegahan ini berakhir pada 21 Jun 2012. Berikutan pemansuhan undang-undang pencegahan berkenaan, seramai 2,615 orang tahanan dan sekatan yang kebanyakan terdiri daripada ahli kongsi gelap dan ahli sindiket jenayah terancang telah dibebaskan secara berperingkat ke dalam masyarakat walaupun mereka belum menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Analisis PDRM menunjukkan 18 bulan selepas pemansuhan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (1969) dan Akta Kediaman Terhad, indeks jenayah kekerasan seperti kes bunuh, kes samun berkawan, kes pemerasan dan kes ugutan jenayah telah meningkat dengan ketara.Kes-kes berkenaan membabitkan ahli kumpulan kongsi gelap. Trend keadaan jenayah pada masa itu mendatangkan ketakutan dan kegelisahan  dalam kalangan rakyat jelata.  Keadaan keselamatan negara bertambah buruk lagi dengan tersebarnya berita dan gambar tembak-menembak oleh ahli kongsi gelap, pembunuhan serta kematian penjenayah dan mangsa di akhbar media arus perdana serta media sosial yang ditularkan dengan meluas. Boleh dikatakan tahap keselamatan negara berada di tahap paling membimbangkan ketika itu. Keadaan ini juga menyumbang kepada persepsi negatif, sekaligus menjejaskan tahap keyakinan rakyat Malaysia dan pelabur-pelabur asing terhadap keselamatan negara kita.
Menyedari hakikat betapa pentingnya Kerajaan bertindak pantas dan berkesan untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat jelata serta pelabur asing terhadap jaminan keselamatan negara Malaysia, maka Mesyuarakat Kabinet bersidang pada 31 Julai 2013 lalu dan memutuskan POCA 1959 diwujudkan semula dengan membuat pindaan mengikut tuntutan semasa. Malahan keperluan pindaan undang-undang POCA adalah mendesak memandangkan senario jenayah pada zaman ICT dan digital pada hari ini tidak dapat ditangani dengan peruntukan undang-undang yang digubal pada era 50-an.
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 April, 2012, diberikan perkenan Diraja pada 18 Jun 2012, dan diwartakan pada 22 Jun 2012. SOSMA ialah sebuah akta "bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait". Akta itu menyatakan seorang pegawai polis, boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengan dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan. Orang itu boleh ditahan bagi tempoh 24 jam untuk tujuan penyiasatan.
SOSMA bertujuan memenuhi elemen-elemen dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa-kuasa khas untuk membanteras kegiatan subversif, keganasan terancang, dan tindakan dan jenayah yang memudaratkan orang awam. Peguam kanan jenayah Datuk N. Sivananthan, yang dilantik oleh kerajaan Filipina untuk mengetuai pasukan lima peguam untuk mewakili lima warga negara itu yang dituduh mempunyai kaitan dengan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, berkata SOSMA sebenarnya undang-undang untuk situasi ekstrem apabila terdapat ancaman terhadap nyawa.
"Bagaimanapun, jika seorang itu memang meletakkan bom atau bahan letupan semasa pilihan raya, dengan itu boleh dianggap sebagai kesalahan keselamatan yang membolehkan SOSMA digunakan," katanya semasa ditanya mengenai pihak tertentu mendakwa polis mungkin menyalahgunakan undang-undang baharu itu untuk kesalahan yang dianggap mencabuli demokrasi berparlimen semasa pilihan raya umum. Beliau menjelaskan SOSMA untuk tujuan kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman mati dan/atau penjara seumur hidup. Bekas tahanan ISA Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Muhammad Hilmi Hasimmerupakan kes pertama ditahan di bawah SOSMA. Yazid menghadapi pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria, manakala Halimah dan Muhammad Hilmi dituduh bersubahat dengannya. Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka pada 20 Mei selepas membenarkan permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan terhadap mereka. Dalam membuat keputusan penting itu, Hakim Kamardin Hashim memutuskan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai bagi tindakan ancaman di Malaysia.


3.0              Rumusan
Dalam melihat konflik di Syria dan Iraq ini, pihak kerajaan menghormati keprihatinan rakyat Malaysia terhadap krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di sana. Kerajaan juga berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara dan hak asasi manusia termasuk akses kepada media sosial, namun, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan ia tidak mengancam keselamatan negara. Kerajaan sedar undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk membendung ideologi IS. Seruan ini kepada semua rakyat Malaysia terutama golongan belia dan ibu bapa supaya menolak ideologi ekstrem yang boleh merosakkan masa depan kita semua. Keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini tidak ternilai dan harus terus dipelihara.
      
Selain daripada undang-undang, semua lapisan rakyat perlu bersama-sama kerajaan menolak sebarang ideologi ekstrem dan yakin bahawa konsep wasatiyyah adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Pada masa yang sama, Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa menangani ancaman radikalisme, ekstremisme, pengganasan dan militan.
Kini amat wajar sekali kita merenungkan secara seriusdan penuh sedar akan hakikat makna kemerdekaan tanah air yang sudah kita capai. Apakah kita dengan keadaan kita dan kehidupan persekitaran sekarang, sudahpun memberi makna kita sudah berjaya menikmati dan menghayati setepatnya hakikat makna kemerdekaan tersebut?[6].
           
Memetik ungkapan Mr. Tony Blair, Mantan Perdana Menteri United Kingdom yang mengatakan
”In a world of very sophisticated crime gangs, drug, people trafficking, money laundering, to say nothing of terrorism and deep social issues giving rise to a type of criminal underclass, traditional law and order didn’t work. If you want to beat them, you need to call draconian powers that can be wielded administratively and with instant effect. It is the price to pay. If you don’t pay it, you don’t get the result .”



4.0              Rujukan
[1] Koleksi Ucapan Perdana Menteri 2014. Ku Noor Azian binti Ku Azizan. (2015). Diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.





[6] Islam dan Cabaran Ke Arah Kecemerlangan Ummah. Zakaria Stapa (1999). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.






Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

ANALISA PEKERJAAN