SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI


ANALISIS  ARTIKEL  JURNAL 1 : PENGARUH FAKTOR PSIKOLOGI TERHADAP PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI MURID SEKOLAH RENDAH

1.0       TOPIK/ISU YANG DIBINCANGKAN
Pembelajaran regulasi kendiri merujuk kepada kemahiran murid menyusun atur pembelajarannya secara efektif bagi mencapai matlamat pembelajarannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor psikologi terhadap pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Faktor psikologi diri yang dikaji adalah efikasi kendiri, orientasi matlamat pembelajaran (intrinsik dan ekstrinsik) dan kepercayaan tentang kepintaran (entiti dan usaha). Kaedah penyelidikan kuantitatif telah digunakan untuk mencapai objektif penyelidikan. Sampel kajian terdiri daripada 639 orang murid Tahun 4 dan 5 dari 10 buah sekolah kebangsaan di Pulau Pinang. Teknik persampelan kelompok telah digunakan untuk memilih responden kajian. Instrumen Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) digunakan untuk mengukur kemahiran pembelajaran regulasi kendiri murid manakala faktor psikologi mereka pula diukur dengan Skala Efikasi Kendiri Kanak-kanak Skala Orientasi Matlamat dan Skala Beliefs of Intelligence. Instrumen-instrumen ini telah diubahsuai untuk digunakan dalam konteks Malaysia.

2.0       TEORI KOMUNIKASI MENJADI FOKUS ARTIKEL.
Jurnal ini membincangkan mengenai teori himpunan tindakan yang mengkaji faktor psikologi terhadap pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Pembelajaran regulasi kendiri (self-regulated learning) merupakan konstruk psikologi yang semakin mendapat perhatian para pendidik kerana kemahiran ini menyokong pembelajaran aktif dan mampu menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi.

3.0       PERKARA YANG DIKAJI PADA MASA LEPAS
Sorotan kajian (Premavathy, 2005; Ergul, 2004) menunjukkan bahawa faktor psikologi diri memainkan peranan penting dalam pembelajaran regulasi kendiri. Faktor-faktor psikologi yang ditekankan dalam kajian-kajian lepas ialah faktor efikasi kendiri, orientasi matlamat dan kepercayaan murid-murid tentang kepintaran. Misalnya, dalam kajian Wigfield dan Eccles (2000), Seefeldt (2005), Ng (2000), Saemah dan John (2006), Dweck (2000) dan Yin (2009) lebih menekankan kepentingan faktor psikologi diri untuk meningkatkan pembelajaran regulasi kendiri. Kajian Premavathy (2005), Garavalia dan Gredler (2002), dan Ng (2002) menunjukkan bahawa murid yang mempunyai matlamat intrinsik akan menunjukkan tingkah laku yang lebih positif dan cekap dalam menguruskan masa. Dapatan yang selari turut diperoleh dalam kajian Saemah dan John (2006) yang mendapati bahawa murid yang mempunyai orientasi matlamat intrinsik lebih cenderung menggunakan strategi pembelajaran (r = 0.49). Malahan Meece dan Holt (1993) mendapati bahawa murid yang bermatlamat intrinsik lebih aktif dalam penggunaan strategi kognitif, berbanding individu yang bermatlamatkan ekstrinsik. Hal ini kerana orientasi matlamat intrinsik mencatatkan korelasi lebih tinggi dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran regulasi kendiri (r = 0.46, p < .05) berbanding orientasi matlamat ekstrinsik (r = 0.38, p < .05).

4.0       DAPATAN / HASIL KAJIAN
Penyelidik menyatakan Jadual 1 menunjukkan dapatan analisis tentang hubungan antara faktor psikologi dengan pembelajaran regulasi kendiri. Keputusan pekali korelasi Pearson r menunjukkan bahawa kesemua faktor psikologi yang dikaji mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan pembelajaran regulasi kendiri, kecuali kepercayaan entiti (r = .01, p > .05) dan orientasi matlamat ekstrinsik (r = .08, p < .05). Orientasi matlamat intrinsik (r = .52, p < .01) didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan pembelajaran regulasi kendiri, manakala efikasi kendiri mencatatkan korelasi yang sederhana (r = .39, p < .01). Faktor psikologi yang mempunyai hubungan lemah namun signifikan dengan pembelajaran regulasi kendiri ialah kepercayaan usaha (r = .27, p < .01).
Jadual 2 menunjukkan bahawa orientasi matlamat intrinsik, efikasi kendiri dan kepercayaan entiti mempunyai nilai beta (β) yang signifikan. Hal ini bermakna setiap variabel ini menjelaskan varians dalam pembelajaran regulasi kendiri secara signifikan setelah pengaruh variabel-variabel lain dikawal secara statistik melalui analisis regresi berganda. Orientasi matlamat ekstrinsik dan kepercayaan usaha tidak dimasukkan dalam model regresi kerana variabel-variabel ini mempunyai nilai β yang terlalu kecil dan tidak signifikan selepas pengaruh variabel lain dikawal (Chua, 2009).
Dapatan kajian ini memberi sumbangan dalam pembangunan intervensi dan strategi untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran regulasi kendiri pada peringkat sekolah rendah. Sebarang intervensi dan program yang dirangka harus merangkumi inisiatif untuk memperkukuhkan atribut-atribut psikologi murid memandangkan faktor ini mempengaruhi 31.3% daripada perubahan varians dalam pembelajaran regulasi kendiri.


5.0       PERSAMAAN/PERBEZAAN
Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa faktor psikologi adalah penting dalam membentuk kemahiran pembelajaran regulasi kendiri pada peringkat awal. Hal ini kerana murid yang cekap dalam pembelajaran regulasi kendiri bukan sahaja menguasai kemahiran untuk menyusur atur aktiviti pembelajaran mereka tetapi juga mempunyai faktor psikologi yang mendorong mereka untuk berbuat demikian. Dapatan ini selari dengan kajian-kajian lepas (Ng, 2000; 2002; Ames & Archer, 1988) yang mendapati bahawa murid yang bermatlamat intrinsik cenderung menggunakan strategi-strategi untuk mengoptimumkan output pembelajaran masing-masing.

6.0       KOMEN / KRITIKAN
Keputusan kajian ini memberi indikasi bahawa murid-murid yang percaya bahawa kepintaran ditentukan sejak kecil dan merupakan sesuatu yang tidak mudah diubah melalui daya usaha akan lebih cenderung dalam pembelajaran regulasi kendiri. Dapatan ini selari dengan kajian lepas (Schunk, 1989; Dweck & Leggett, 1988; Dweck, 1999; Cheng et al., 2000; Dweck et al., 1995).

7.0       RUMUSAN
Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa faktor psikologi murid mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Malahan faktor psikologi ini merupakan suatu faktor penting yang tidak boleh diabaikan kerana kombinasi tiga variabel psikologi, iaitu matlamat orientasi intrinsik, efikasi kendiri dan kepercayaan entiti dapat meramal lebih kurang satu per tiga daripada perubahan varians dalam pembelajaran regulasi kendiri. Dalam perkataan lain, terdapat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi pembelajaran regulasi kendiri pada peringkat sekolah rendah seperti proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara guru dengan pelajar, sokongan teknologi, asuhan ibu bapa, dan sebagainya (Khairul Azhar, 2009; Garavalia, & Gredler, 2002). Kajian lanjutan boleh dijalankan untuk menghasilkan model holistik untuk meramal pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Model ini perlu mengambil kira kedua-dua faktor psikologi murid dan persekitaran sosial serta fizikal dalam konteks pembelajaran regulasi kendiri.
Daripada segi implikasi pendidikan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran regulasi kendiri merupakan kunci kepada pembelajaran seumur hidup (Learning is a life time programme, 2006). Pendedahan awal tentang strategi pembelajaran perlu diterapkan sejak pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah (Azizah, 2002). Hal ini kerana pada peringkat awal ini, murid dapat dibimbing dan disokong untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran regulasi kendiri mengawal atur aktiviti pembelajarannya. Selain itu, para pendidik harus mengambil langkah positif untuk mempromosikan pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Langkah ini pasti dapat mengurangkan kebergantungan murid terhadap guru serta menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012; Samsilah, 2000).
Kesimpulannya, komuniti pendidik perlu sedar bahawa kesediaan murid daripada segi psikologi penting dalam usaha mempromosikan pembelajaran regulasi kendiri. Pada masa yang sama, persekitaran pembelajaran yang kondusif juga tidak boleh diabaikan. Tindakan komprehensif pelbagai pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, ibu bapa, sekolah dan murid itu sendiri diperlukan untuk melahirkan generasi muda yang cekap dan proaktif dalam proses pembelajaran.










ANALISIS ARTIKEL JURNAL 2 : KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

1.0       TOPIK/ISU YANG DIBINCANGKAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, kesesuaian persekitaran pembelajaran, tahap interaksi guru-pelajar, komitmen belajar dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar Biologi. Di samping itu, hubungan antara pemboleh ubah, perbezaan pemboleh ubah berdasarkan lokasi dan jantina serta sumbangan terhadap keselesaan pembelajaran turut dikaji. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan di mana empat soal-selidik digunakan iaitu 1) Inventori Interaksi Guru- Pelajar, 2) Inventori Persekitaran Pembelajaran Bilik Darjah, 3) Inventori Komitmen Belajar dan 4) Inventori Keselesaan Pembelajaran. Seramai 325 orang pelajar tingkatan empat di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak dipilih dengan menggunakan persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi.

2.0       TEORI KOMUNIKASI MENJADI FOKUS ARTIKEL.
Jurnal ini membincangkan mengenai teori himpunan tindakan yang membincangkan  Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, kesesuaian persekitaran pembelajaran, tahap interaksi guru-pelajar, komitmen belajar dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar Biologi.

3.0       PERKARA YANG DIKAJI PADA MASA LEPAS
Kerajaan Malaysia ingin menghasilkan 60% pelajar sains dan 40% pelajar sastera didapati masih belum mencapai matlamatnya (KPM, 2012). Kajian Lee dan Kamisah (2013) turut mendedahkan bahawa minat pelajar terhadap Sains juga merosot. Namu, fenomena ini berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia iaitu terdapat penurunan dalam persepsi dan minat pelajar dalam bidang Sains (Programme for International Student Assessment, 2009). Terdapat pelbagai faktor kemungkinan yang menyumbang terhadap isu penurunan minat pelajar dalam bidang Sains. Antaranya ialah interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran, komitmen belajar dan sebagainya. Interaksi guru-pelajar adalah penting bagi mewujudkan hubungan antara gurudan pelajar. Guru memainkan peranan penting terhadap pelajar. Walau bagaimanapun, menurut Den Brok, Fisher dan Scott (2005) dan Sahlberg (2008) kebanyakan guru mendominasi interaksi dalam bilik darjah. Didapati sebanyak 60.7% pelajar mengatakan guru jarang melayan pelajar dengan mesra dan penguasaan kemahiran interpersonal dalam kalangan guru, amalan komunikasi antara guru dan pelajar juga kurang memuaskan (Kamarulzaman, 2007).

Selain daripada itu, didapati juga pencapaian pelajar dalam bidang sains merosot. Laporan Trends in Mathematics Science Study (TIMSS) 2007 menyatakan pencapaian pelajar Malaysia merosot dari tempat ke 10 pada tahun 2003, ke tempat 20 bagi Matematik. Manakala bagi mata pelajaran Sains dari tempat ke 20 pada tahun 2003, ke tempat 21 pada tahun 2007. Kemerosotan ini berpunca dari pelbagai faktor. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai sikap yang negatif terhadap mata pelajaran Sains (Aziz Nordin & Lin, 2011). Hal ini mungkin disebabkan oleh pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah berpusatkan guru (Effandi & Zanaton, 2007). Justeru, keadaan ini menyebabkan pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada guru mereka yang mengakibatkan pelajar bosan dan sukar untuk menyelesaikan masalah, pembelajaran kendiri dan mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan dunia sebenar. Pergantungan kepada guru sebagai sumber pengetahuan ini, akan menyebabkan pelajar kurang omitmen serta sererusnya boleh menjejaskan prestasi pencapaian mereka.

4.0       DAPATAN / HASIL KAJIAN
Penyelidik menyatakan dapatan kajian menunjukkan kesesuaian persekitaran pembelajaran, tahap interaksi guru-pelajar, komitmen belajar dan keselesaan pembelajaran adalah tinggi. Selain daripada itu, dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran, komitmen belajar dan keselesaan pembelajaran berdasarkan lokasi, manakala terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran, komitmen belajar dan keselesaan pembelajaran perlu diberi perhatian bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Biologi. Penyelidik juga menyatakan dapatan kajian menunjukkan ruang pembelajaran, pencahayaan, perabot dan peralatan, dan aspek keselamatan mempunyai tahap tinggi. Ini bermaksud pelajar berpendapat ruang pembelajaran, pencahayaan, perabot dan peralatan, dan aspek keselamatan yang disediakan dalam bilik darjah adalah bersesuaian, baik dan boleh disesuaikan dengan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.



5.0       PERSAMAAN/PERBEZAAN
Namun demikian, dapatan ini tidak selari dengan dapatan kajian Che Nidzam (2011), yang mendapati pelajar di kawasan bandar lebih berpuas hati dengan pengalaman pembelajaran yang berlaku di persekitaran makmal bagi mata pelajaran Sains berbanding di kawasan luar bandar. Hal ini mungkin disebabkan oleh persekitaran pembelajaran luar bandar pada masa sekarang lebih berkeadaan baik berbanding pada masa yang dikaji dahulu. Malahan, lebih banyak peruntukkan bagi pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dalam penambahbaikkan dari segi insfrastruktur di sekolah. Walau bagaimanapun, faktor-faktor lain seperti kemudahan, minat dan sikap pelajar juga mungkin menyumbang kepada perbezaan tahap kepuasan pelajar di sekolah bandar dan luar bandar. Selain itu, menurut Zalika et al. (2009), masyarakat di bandar telah mencapai tahap kemajuan lebih baik daripada masyarakat luar bandar dari segi dilengkapi dengan kemudahan insfraktur, peralatan, perkhidmatan guru terlatih dan kemudahan ICT yang mencukupi. Kim et al. (2000) turut menyatakan terdapat
perbezaan interaksi guru-pelajar antara lokasi (bandar dan luar Bandar) di Korea.

6.0       KOMEN / KRITIKAN
Walau bagaimanapun, dasar KPM ialah untuk merapatkan jurang pendidikan antara
lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk
memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama
untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenal pasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan
iaitu jurang bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian
pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dan juga jurang
sosioekonomi (PPPM, 2012).

7.0       RUMUSAN
Dapatan kajian menunjukan tahap interaksi guru-pelajar, tahap kesesuaian pembelajaran, tahap komitmen belajar pelajar dan tahap keselesaan pembelajaran Biologi adalah positif. Selain daripada itu, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pemboleh ubah interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran, komitmen belajar dan keselesaan pembelajaran di sekolah menengah berdasarkan lokasi manakala terdapat perbezaan berdasarkan jantina. Justeru itu, amalan guru yang positif seharusnya dipertingkatkan. Guru juga seharusnya memastikan agar tanggungjawab mendidik pelajar digalas dengan penuh rasa tanggungjawab dan berusaha untuk menjadikan pengalaman pembelajaran pelajar menarik dan berkesan. Tambahan, guru harus bijak mempelbagaikan kaedah pengajarannya seperti menjalankan aktiviti kumpulan kerana aktiviti terbabit dapat meningkatkan komunikasi para pelajar dan terlibat secara aktif semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar harus ditekankan agar pelajar lebih berkeyakinan, bermotivasi untuk belajar di dalam bilik darjah.


























ANALISIS ARTIKEL JURNAL 3 : KESAN KAUNSELING KELOMPOK PENYESUAIAN REMAJA TERHADAP KEMURUNGAN DAN RESILIEN DALAM KALANGAN REMAJA BERISIKO MENGAMBIL DADAH

1.0       TOPIK/ISU YANG DIBINCANGKAN
Kajian ini bertujuan melihat kesan Kaunseling Kelompok Penyesuaian Remaja (KKPR) terhadap kemurungan (KMR) dan resilien (RES) dalam kalangan remaja berisiko mengambil dadah. Seramai 60 (N=60) orang remaja tingkatan dua terlibat dalam kajian eksperimen kuasi ini. Mereka dibahagikan kepada 6 kelompok iaitu 2 kelompok rawatan lelaki, 2 kelompok rawatan perempuan dan 2 kelompok kawalan. KKPR dikendalikan oleh 6 orang fasilitator (3 lelaki dan 3 perempuan). Data kajian dikumpul berdasarkan laporan kendiri menerusi Instrumen Remaja Berisiko Mengambil Dadah (IRBMD) dan dianalisis dengan min, Ujian T, MANCOVA dan Pos Hoc pada aras kesignifikanan 0.05.

2.0       TEORI KOMUNIKASI MENJADI FOKUS ARTIKEL.
Jurnal ini membincangkan mengenai teori himpunan tindakan yang membincangkan  Kajian melihat kesan Kaunseling Kelompok Penyesuaian Remaja (KKPR) terhadap kemurungan (KMR) dan resilien (RES) dalam kalangan remaja berisiko mengambil dadah.

3.0       PERKARA YANG DIKAJI PADA MASA LEPAS
Menurut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2010, seramai 16,646 orang penagih telah dikesan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya (2,721 orang pada tahun 2009). Terdapat 12,099 orang (72.68%) penagih baru, dan penagih berulang sebanyak 4,547 orang (27.32%) dalam tempoh yang sama pada tahun 2009. Berdasarkan perangkaan tersebut, seramai 50 penagih baru dan 19 penagih berulang telah dikesan setiap hari sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2010. Laporan yang sama turut menunjukkan sepanjang Januari hingga Ogos 2010, bilangan penagih lelaki adalah sebanyak 16,232 (97.51%) dan penagih wanita pula sebanyak 414 (2.49%). Data tersebut membuktikan bahawa terdapat peningkatan kes penagihan dadah sama ada kes berulang atau kes baru di Malaysia yang melibatkan semua kaum terbesar iaitu Melayu, Cina, India dan termasuk juga Pribumi Sabah dan Sarawak. Tambah mendukacitakan apabila didapati golongan belia yang berusia antara 19 hingga 24 tahun merupakan golongan paling banyak terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah iaitu sebanyak 4,217 orang (25.90%). Malahan yang lebih mengecewakan apabila laporan turut menunjukkan remaja yang berusia di bawah 18 tahun telah mula terlibat dalam penagihan dadah iaitu sebanyak 1,499 orang (9.21%) (AADK, Ogos 2010).

Tinjauan terhadap kajian-kajian lepas mendapati banyak usaha yang dilakukan untuk merawat pelbagai masalah tingkah laku termasuk penagihan dadah. Walau bagaimanapun tidak semua perlakuan bermasalah dapat dipulihkan dengan mudah menerusi pendekatan intervensi secara pemulihan. Hal ini disebabkan individu berkenaan sudah sedia terlibat secara langsung dalam “perlakuan bermasalah” dan mereka sudah mempunyai persepsi, norma dan tarikan yang tersendiri terhadap “perlakuan bermasalah” tersebut (Burt, Resnick & Novik 1998). Dalam hal ini Fauziah dan rakan-rakan (2012) telah membuat kajian untuk mengenalpasti sejauhmana tahap penagihan relaps daripada tiga aspek iaitu emosi negatif, tekanan sosial dan konflik interpersonal dalam kalangan penagih dadah yang sedang mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian tersebut berada dalam keadaan yang dinamakan sebagai “situasi berisiko tinggi” untuk kembali relaps.

4.0       DAPATAN / HASIL KAJIAN
Penyelidik menerangkan hasil analisis dapatan menunjukkan Modul KKPR telah membawa perubahan terhadap pemboleh ubah Kemurungan dan Resilien antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Skor min Kemurungan Kumpulan Rawatan telah menurun sebanyak -1.68 (iaitu daripada 22.75 dalam praujian kepada 21.076 dalam posujian) jika dibandingkan dengan Kumpulan Kawalan yang memperoleh penurunan skor min yang sangat sedikit iaitu sebanyak -0.25 (dari 23.90 kepada 23.65). Skor min untuk Resilien pula didapati meningkat untuk Kumpulan Rawatan sebanyak +16.33 (dari 78.67 kepada 95.0) berbanding dengan skor min kumpulan kawalan yang telah menurun sebanyak - 0.60 (dari 80.60 kepada 80.30). Secara keseluruhannya berdasarkan analisis perbandingan min antara praujian dan posujian didapati Modul KKPR telah dapat meningkatkan KMR dan RES kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan.

5.0       PERSAMAAN/PERBEZAAN
Hasil analisis MANCOVA terhadap praujian dan posujian KMR dan RES di atas membuktikan modul KKPR didapati berkesan terhadap kumpulan rawatan lelaki dan kumpulan rawatan perempuan berbanding kumpulan kawalan. Melalui analisis Post Hoc terhadap posujian KMR dan RES pula membuktikan tidak terdapat perbezaan kesan modul KKPR antara kumpulan rawatan berdasarkan gender.
Analisis statistik MANCOVA untuk melihat kesan modul KKPR terhadap praujian dan posujian pembolehubah KMR dan RES berdasarkan kelompok fasilitator lelaki, kelompok fasilitator perempuan dan kelompok kawalan ditunjukkan dalam Jadual 4. Hasil analisis MANCOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara praujian dan posujian KMR dan RES antara kelompok fasilitator lelaki, kelompok fasilitator perempuan dan kelompok kawalan iaitu KMR pada nilai F (1,59) = 86.657 (p < .05); dan RES pada nilai F (1,59) = 8.696 (p < .05).

6.0       KOMEN / KRITIKAN
Oleh kerana hasil kajian MANCOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara praujian dan posujian semua pembolehubah psikologi antara kelompok fasilitator lelaki, kelompok fasilitator perempuan dan kelompok kawalan, makan ujian Post Hoc perlu dilakukan. Justeru, ujian Post Hoc jenis Tukey dilakukan untuk menguji adakah gender fasilitator iaitu kelompok fasilitator lelaki dan kelompok fasilitator perempuan memberi kesan intervensi modul KKPR terhadap pembolehubah-pembolehubah psikologi.

7.0       RUMUSAN
Sumbangan kajian Modul KKPR berkesan dalam mengurangkan kemurungan dan meningkatkan resilien dalam kalangan remaja berisiko mengambil dadah. Modul ini dapat dilaksanakan oleh GBK yang berkemahiran dan berminat. Lantaran itu, GBK sewajarnya menjalankan intervensi awal dengan menggunakan KKPR di sekolah. Kajian ini turut membuktikan dengan kejayaan GBK mengubah pemikiran tidak rasional kepada pemikiran rasional seseorang remaja, kemurungan dapat dikurangkan dan resilien dapat ditingkatakan. Hal ini sejajar dengan teori yang didasari dalam membina KKPR iaitu REBT. Dengan terbuktinya kesan yang memberangsangkan terhadap aspek psikologi remaja berisiko mengambil dadah, adalah wajar KKPR dilatih kepada GBK untuk digunakan bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai ciri berisiko mengambil dadah.



ANALISIS ARTIKEL JURNAL 4 : MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0       TOPIK/ISU YANG DIBINCANGKAN
Artikel ini membincangkan tentang masalah sosial yang berlaku kepada pelajar dan khususnya kepada remaja. Remaja hari ini adalah tonggak dan harapan generasi akan datang. Di usia remaja, seharusnya para pelajar ini tekun menelaah pelajaran mereka. Bidang pendidikan adalah satu pelaburan yang amat berharga buat remaja dan para pelajar ini. Dengan pendidikan, mereka akan menjadi manusia yang hebat di dunia dan akhirat. Justeru itu, peranan para pensyarah khususnya Pensyarah Pendidikan Islam seharusnya memainkan tanggungjawab besar dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya pengajaran mereka akan terkesan di hati para pelajar. Pengajaran yang berkesan ini akan menyentuh hati pelajar dan seterusnya menjadi peringatan kepada mereka dari terjebak ke dalam gejala sosial.

2.0       TEORI KOMUNIKASI MENJADI FOKUS ARTIKEL.
Jurnal ini membincangkan mengenai teori himpunan tindakan yang membincangkan tentang masalah sosial yang berlaku kepada pelajar dan khususnya kepada remaja.

3.0       PERKARA YANG DIKAJI PADA MASA LEPAS
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri (2012) juga bersetuju dan bersependapat dengan Abdullah Nasih Ulwan (1989), al-Nahlawi (1995), Saipo Ayub (2005), Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008), Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Che Husain (2008), Abdull Sukor Shaari (2010), dan Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary (2010) bahawa pendidik berperanan sebagai penyampai ilmu pengetahuan, perancang dan pengurus pembelajaran, pengembang dan pengukuh kemahiran, pembentuk akhlak, pembimbing dan kaunselor, dan sebagai contoh teladan atau model. Beliau turut menambah
peranan pendidik juga sebagai pelajar dan pembina budaya ilmu, penghubung dalam masyarakat, serta penyelidik dan penilai.

Pada ketika saat cabaran dan masalah dalam pendidikan semakin banyak. Pendidik bertindak sebagai penyelidik (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2012; Esah Sulaiman, 2012). Esah Sulaiman (2012) menambah masalah P&P, disiplin, dan pengurusan menjadi faktor yang menggerakkan pendidik menjalankan kajian tindakan. Tindakan daripada pendidik ini akan menjadi satu usaha yang murni dalam berusaha mencari penyelesaian masalah pelajar melalui kajian secara saintifik.

4.0       DAPATAN / HASIL KAJIAN
Penyelidik menyatakan  hasil kajian juga telah menyatakan bilangan etnik melayu mendominasi setiap jenis kesalahan yang berlaku. Hal ini menunjukkan masalah sosial terlalu dekat kepada bangsa melayu yang menjadi suatu kebimbangan yang amat sangat jika tidak dicegah. Jadual berikutnya menjelaskan betapa kemelut najis dadah belum lagi dapat diatasi oleh masyarakat hari ini. Walaupun kerajaan sudah melaksanakan berbagai bentuk usaha membasmi kegiatan najis musuh nombor satu ini, masalah ini terus berlaku. Berdasarkan data pada kedua-dua statistik ini (jadual 1.1 dan jadual 1.2), memberi maklum kepada semua bahawa cabaran akhlak, disiplin, dan moral merupakan satu permasalahan yang memerlukan satu usaha yang serius.

5.0       PERSAMAAN/PERBEZAAN
Pendidik yang bertindak sebagai penyucian akan memelihara diri dan pelajar dalam aspek pembersihan diri, pemeliharaan diri, serta pemelihara fitrah manusia (Siti Rokina Mas, 2008) bahkan dalam aspek-aspek yang lebih khusus seperti pendidikan keimanan, moral, jasmani, mental, rohani, sosial, dan seks (Abdullah Nasih Ulwan, 1989) dapat diteguhkan dengan kefahaman yang tinggi. Apabila diri dapat dibersihkan dari unsur-unsur yang tidak baik, maka proses p&p akan dapat dilaksanakan dengan hati dan jiwa yang bersih serta mudah menerima pengajaran yang disampaikan dan membawa perubahan positif kepada pembangunan insan  khususnya kepada para pelajar (Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Che Hussain,
2008).
6.0       KOMEN / KRITIKAN
Masalah sosial dalam kalangan pelajar sedikit sebanyak memberi kesan kepada pertumbuhan
modal insan melahirkan masyarakat yang bertamadun dan berkualiti. Justeru itu, peranan pensyarah khususnya Pensyarah Pendidikan Islam dalam masa melaksanakan p&p mereka,
tanggungjawab memberi nasihat, teguran, bimbingan, dan menjadi teladan serta model yang baik kepada pelajar adalah semestinya selari dan seiring berjalan. Hal ini kerana dalam perbincangan terdahulu dinyatakan bahawa pendidik sememangnya berfungsi dalam pengajaran dan penyucian (al-Nahlawi, 1995). Di sinilah peranan Pensyarah Pendidikan Islam untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan menyentuh hati para pelajar seterusnya cuba menghadkan keterlibatan mereka dalam gejala sosial.
7.0       RUMUSAN
Berdasarkan aspek yang telah disebutkan ini, nyatalah peranan dan tanggungjawab Pensyarah
Pendidikan Islam sebagai seorang pendidik adalah amat besar dan dituntut dalam membantu
membendung masalah sosial daripada berlaku dan merebak. Komitmen dan iltizam yang tinggi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah dituntut supaya para pelajar yang dilahirkan akan menjadi manusia yang menyumbang kepada modal insan yang cemerlang.
























RUJUKAN
[1] kanammah manukaram, melissa ng lee yen abdullah dan shahizan hasan (2014) , Pengaruh Faktor Psikologi Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah

[2] Che Nidzam Che Ahmad, Saidatul Ainoor Shaharim, Asmayati Yahaya (2016), Kesesuaian Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar, Komitmen Belajar Dan Keselesaan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Biologi

 [3] Mohammad Nasir Bistamam, Aslina Ahmad, Amelia Mohd Noor, Ahmad Jazimin Jusoh, Mohd Bazlan Mustafa, Noraini Ismail, Samsiah Mohd Jais, Mohd Noor Idris & Faizura Rohaizad (2015), Kesan Kaunseling Kelompok Penyesuaian Remaja Terhadap Kemurungan dan Resilien Dalam Kalangan Remaja Berisiko Mengambil Dadah

[4] Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A. Shukor (2016), Masalah Sosial Dalam Kalangan Pelajar Dan Peranan Pensyarah Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran



Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

ANALISA PEKERJAAN