BWBS 3043 PENGURUSAN PERBANKAN ISLAM
PAJAK GADAI SECARA ISLAM & KONVENSIONAL :
Abstrak
Skim pajak gadai Islam Ar-Rahn yang ditawarkan oleh Bank Kerjasama
Rakyat Malaysia dengan kerjasama Bank Negara dan Yayasan Pembangunan Ekonomi
Islam Malaysia YPEIM mula bergerak setelah dilancarkan pada 27 Oktober 1993. Skim
ini merupakan alternatif kepada pajak gadai konvensional yang telah wujud sejak
sekian lama di Malaysia. Skim Ar-Rahn yang berlandaskan hukum syariah dapat
mengatasi masalah-masalah operasi pajak gadai konvensional yang dikatakan
mengekploitasi golongan bependapatan rendah. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972
dikatakan gagal menangani masalah-masalab tersebut dan memiliki unsur riba
bertentangan dengan agama Islam.Pajak gadai konvensional yang telah lama bertapak
di Malaysia sejak dari zaman Melaka kini hanya mengalami pertumbuhan kecil. Skim
Ar-Rahn kini mula berkembang maju di mana beberapa organisasi seperti Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad, Muasasah Gadaian Islam
Terengganu, Permodalan Kelantan Berhad, Koperasi Pengguna Pahang Berhad,
Yayasan Islam Melaka dan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah telah
sama-sama menawarkan skim ini.Bilangan cawangan atau kedai pajak gadai Ar-Rahn
turut meningkat.
1.0 PENGENALAN
Pajak Gadai di Malaysia begitu mendapat sambutan yang memberangsangkan
di kalangan masyarakat kelas miskin dan menengah bagi mendapatkan sumber
kewangan dengan cepat dan mudah. Atas asas itu, Kedai Pajak Gadai dan Kedai
Emas di seluruh Malaysia menawarkan skim pajak gadai ini. Kemasukan gelombang
Islamisasi ke Malaysia membawa sekali semangat untuk menerapkan Islam dalam
seluruh system kehidupan dan kenegaraan masyarakat Malaysia. Hasil daripada
dorongan dan gelombang tersebut lahir institusi Perbankan dan Pasaran Modal
Islam di Malaysia pada awal 1980 an. Kewujudan al-Rahn adalah pelengkap kepada
sistem kewangan yang ada iaitu pada mulanya al-Rahn ditawarkan oleh Institusi
bukan Perbankan (NBFI) seperti Bank Kerjasama Rakyat yang dibangunkan di bawah
Akta Koperasi 1970, Muassasah Gadaian Terengganu dan Permodalan Kelantan
Berhad. Perkembangan dan sambutan yang menggalakkan memberikan semangat kepada
institusi perbankan menawarkan perkhidmatan al-Rahn yang terpisah daripada
perkhidmatan perbankan yang ada. Hasilnya lahir Bank Islam, EON Bank (sekarang
Hong Leong Bank) dan Bank Pertanian (sekarang Agro Bank) dengan instrumen
al-Rahn masing-masing. Kajian ini akan menelusuri sejarah al-Rahn di Malaysia
dan analisis perbandingan dengan sistem pajak gadai konvensional.
2.0 ISI KANDUNGAN
LATARBELAKANG SISTEM PAJAK GADAI KONVENSIONAL & AR –RAHN DI MALAYSIA
Pajak Gadai Konvensional
Amalan gadaian sudah menjadi perkara lumrah dan menjadi darah daging
dari segi praktiknya kepada masyarakat Malaysia khususnya orang-orang Melayu
(Islam) dalam memenuhi keperluan kredit mudah tunai bagi golongan yang
berpendapatan rendah. Amalan tersebut terus berjalan walaupun ada sungutan
tentang adanya unsur penindasan terhadap pelanggan yang dilakukan oleh
institusi pajak gadai konvensional tersebut.
Perjalanan sistem pajak gadai oleh pemegang pajak gadai di Malaysia tertakluk kepada Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Akta ini adalah menggantikan Sembilan Enakmen /Ordinan yang berasingan di Malaysia sebelumnya iaitu (Azizian Abdul Hamid: 2006)[1].
Perjalanan sistem pajak gadai oleh pemegang pajak gadai di Malaysia tertakluk kepada Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Akta ini adalah menggantikan Sembilan Enakmen /Ordinan yang berasingan di Malaysia sebelumnya iaitu (Azizian Abdul Hamid: 2006)[1].
i. Ordinan Pemegang Pajak gadai Negeri-negeri Melayu Selat Perkara 216
(Pawn-Broker Ordinance S.S. Cap 216). Pemakaiannya termasuk di Pulau Pinang,
Melaka dan Singapura.
ii. Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Melayu Bersekutu Perkara 85
(Pawn-brokers Enactment F.M.S cap 85). Pemakaiannya termasuk di Pahang, Selangor,
Perak dan Negeri Sembilan.
iii.Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Johor No. 36.
iv.Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Kedah No. 71.
v.Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Terengganu No. 42.
vi.Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Perlis No. 5 Tahun 1335H.
vii.Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Kelantan No.8 tahun 1910.
viii.Ordinan Pemegang Pajak Gadai Negeri Sabah Perkara 94.
ix.Ordinan Pemegang Pajak Gadai Negeri Sarawak Perkara 115.
Ar-Rahn
Ar-Rahn
Dalam bahasa Arab, Ar -Rahnu bermaksud sesuatu barang yang diserahkan
kepada seseorang sebagai cagaran hutang.
Dari segi syarak pula, ia membawa erti harta yang dijadikan cagaran
kerana sesuatu hutang untuk menyamakan hutangnya apabila tidak berkemampuan
pembayarannya oleh yang berhutang mengikut ketentuan syarak. Manakala dari segi
syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang
terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar.
Selain itu, Definisi Ar-Rahnu menurut istilah undang-undang Islam ialah
sebagaimana yang diperkatakan oleh para ulama Maliki iaitu “Pemberian seseorang
yang diizinkan berkontrak, sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang
mempunyai gharar yang sedikit sebagai sandaran (jaminan) ke atas sesuatu hak”.
Definisi di atas adalah meliputi definisi yang dinyatakan oleh empat mazhab
utama ahli sunnah iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab
Hambali. Penggunaan perkataan “pemberian” membawa maksud semua urus niaga
samada gadaian atau jual beli. Ungkapan “seseorang yang diizinkan berkontrak”
pula membawa maksud mukallaf (mukallaf adalah orang dipertanggungjawabkan
dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam
serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia
dewasa dan mempunyai akal) yang
diizinkan berurus niaga mengikut perundangan Islam iaitu berakal, baligh dan
tidak boros. Manakala ungkapan “sesuatu
yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar (yang sedikit)” membawa
maksud sesuatu perkara yang boleh digunakan dalam berkontrak contohnya berjual
beli.
Perkataan gharar dalam bahasa Arab berasal daripada kata perbuatan
gharra bermakna memperdaya. Dari segi istilah, gharar ialah sesuatu yang tidak
diketahui kewujudannya atau ketiadaannya atau tidak diketahui jumlahnya sama
ada sedikit atau banyak atau sesuatu yang tidak mampu diserahkan ketika
berkontrak. Gharar yang sedikit pada pandangan mazhab Maliki ialah sesuatu
ketidakpastian yang dimanfaatkan oleh masyarakat.
Ungkapan “sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar
(yang sedikit)” adalah merangkumi perkara yang boleh digadaikan. Akan tetapi tidak
semua perkara boleh dijadikan seperti babi, arak, bangkai dan sebagainya benda
ini haram dan tidak boleh sama sekali dijadikan barang gadaian walaupun ianya
boleh dijual beli. Ungkapan ini memberi pengertian umum terhadap sesuatu itu
sama ada ia benda atau manfaah (manfaat daripada benda), berdasarkan pandangan
sesetengah mazhab yang membenarkan “bukan benda” atau manfaah. Ulama telah
bersepakat menetapkan bahawa hukum gadaian adalah harus, ini kerana ianya telah
nyata di dalam disebut Al-quran dan selari dengan Al-hadis.
3.0 APLIKASI
Pajak Gadai Konvensional
Akta berkenaan menjelaskan kuasa mengeluar dan penarikan balik lesen dan
peraturan-peraturan yang lengkap mengenai pelbagai urusan penggadaian. Akta ini
juga memberikan kuasa kepada Menteri untuk menetapkan bilangan lesen
dikeluarkan di tiap-tiap kawasan dalam negeri-negeri dan melantik beberapa
pegawai pelesen dan inspektor pajak gadai dalam negeri-negeri tersebut.
Mengikut Seksyen 3(1) Akta berkenaan, seseorang itu dikira menjalankan urusan
pajak gadai sekiranya ia:
a. Menerima atau mengambil daripada sesiapa juga sebarang benda yang
dijadikan sebagai cagaran untuk pembayaran balik pendahuluan wang atau sejumlah
wang yang tidak melebihi lima ribu ringgit.
b. Membeli atau menerima atau mengambil benda-benda dan seterusnya
membayar atau mendahulukan atau member pinjaman wang yang tidak melebihi lima
ribu ringgit dengan perjanjian atau persefahaman sama ada secara nyata atau
tidak nyata bahawa benda-benda berkenaan kemudiannya akan ditebus atau dibeli
semula dengan apa jua syarat.
Kajian mengenai penglibatan masyarakat di Negara ini yang menggunakan
perkhidmatan kedai pajak atau pawn-brokers pernah dibuat oleh pusat
penyelidikan Islam, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1978 ke atas 13 buah
premis Kedai Pajak Gadai di Wilayah Persekutuan. Kajian menunjukkan
pelanggan-pelanggan yang terlibat menggunakan perkhidmatan tersebut mengikut
pecahan kaum ialah 42.05% ialah orang Melayu, 31.14% orang India,26.58% orang
Cina dan 0.23% lain-lain bangsa. Oleh kerana tidak ada suatu sistem alternatif
kepada masyarakat terhadap sistem gadaian pada masa tersebut, mereka terpaksa
berurusan kerana desakan hidup walaupun sistem ini memberatkan pelanggannya.
Antara rasa tidak puas hati yang disuarakan dalam pengamalan sistem ini ialah
(Azizian Abdul Hamid: 2006).
a. Semakin rendah nilai barangan (sandaran), semakin tinggi kadar bunga yang dikenakan.
a. Semakin rendah nilai barangan (sandaran), semakin tinggi kadar bunga yang dikenakan.
b. Memberi pinjaman kepada penggadai dengan tidak memberikan nilaian
sandaran semasa ke atas barang yang digadaikan.
c. Menghilangkan hak penggadai di bawah undang-undang jika tidak dapat
ditebus.
Pajak Gadai Islam/ Ar-Rahn
Keputusan menubuhkan perbadanan al-Rahnu di Malaysia telah diputuskan
dalam persidangan Pengarah/ Yang Di Pertua Jabatan Agama Islam Negeri-negeri
ke-13 pada 28 Mei 1979 di Melaka. Ekoran keputusan tersebut beberapa siri
perbincangan lanjut mengenainya termasuk memperkemaskan peraturan/undang-undang
mengenainya telah dirangka bagi tujuan penyelarasan di semua negeri. Laporan
mengenai cadangan penubuhan Perbadanan al-Rahn ini telah dipersetujui bagi
mulai 30 Januari 1985 (Azizian Abdul Hamid: 2006) . Selain daripada itu
terdapat pengecualian di bawah Seksyen 46, Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai
1972, ianya menyebut bahawa organisasi berikut adakah dikecualikan daripada
peruntukan Akta ini, iaitu :
i. Sebuah bank yang diberi lesen untuk menjalankan perniagaan bank di
Persekutuan;
ii. Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian Malaysia 1969;
iii. Sebuah syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan berhubung dengan syarikat kerjasama.
ii. Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian Malaysia 1969;
iii. Sebuah syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan berhubung dengan syarikat kerjasama.
Sehubungan dengan Akta di atas maka wujudlah satu peluang baru yang
selaras dengan tuntutan Islam yang mana ianya dinamakan Skim Pajak Gadai Islam
Ar-Rahnu. Skim ini juga merupakan rentetan dari perlaksanaan Syariah dalam
sistem perbankan pada awal 1983. Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya
oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai
Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Perlaksanaannya yang memenuhi kehendak
Syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKNK).
Melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ia telah
mewujudkan ‘Kedai Ar-Rahn’ yang mula beroperasi pada Mac 1992. Dari segi
perlaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim ini kepada
masyarakat umum. Perlaksanaannya mendapat kerjasama sepenuhnya dari Bank Negara
Malaysia yang turut bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan pada 23
Oktober 1995 (Abdul Rahman Dewani: 2005)[2].
Sambutan yang baik dan menggalakkan daripada pelbagai golongan telah
memberi peluang kepada YPEIM untuk menjadi pelopor yang berdaya saing. Fasa
seterusnya dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan
Bank Pertanian Malaysia (BPM) pada November 1997. Sungguhpun begitu,
perlaksanaan skim ini di semua institusi kewangan adalah sama kerana hukum
Syariah dijadikan landasan dan panduan. Memandangkan skim ini berdaya maju dan
memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan
kerajaan negeri telah mula menceburkan diri ke dalam bidang ini. Kerajaan
Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari
1997. Antara badan pergerakan koperasi
yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad,
Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan
Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN). Sebagai contoh, KOKANUN telah
mewujudkan Muassasah Gadaian Islam (Ar-Rahnu) KOKANUN atau 2001. Ianya telah
mula beroperasi pada tarikh yang sama setelah mendapat mandat daripada
anggota-anggotanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOKANUN Kali Ke-31 pada 17 Jun
2000. Al-Rahn terus disemarakkan lagi dengan pembukaan perkhidmatan pajak gadai
Islam di EON Bank Berhad pada tahun 2002 (Abdul Ghafar Haji Ismail: 2005)[3]. Namun
begitu, secara praktikalnya, menurut perangkaan oleh Bank Negara Malaysia pada
2005, nilai pajak gadai Islam hanya merangkumi 15 peratus dari pasaran pajak
gadai sedia ada, manakala nilai pinjaman yang ditawarkan hanyalah RM275 juta
berbanding dengan jumlah nilai pinjaman sedia ada iaitu RM1.5 bilion (Pelancar:
2005)[4].
Operasi Al-Rahn Di Malaysia
1.
Sistem Gadaian
Islam al-Rahn di Terengganu
Skim ini diwujudkan mengikut seksyen 225 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam Terengganu dan dibiayai oleh kerajaan negeri. Ia dikendalikan oleh
Unit Muassasah Gadaian Islam bertempat di tingkat 3, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (salah satu unit di bawah Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Terengganu. Ianya dikendalikan oleh seramai 16 orang
pekerja dan diketuai oleh seorang Pegawai Pentadbir Negeri. Marhun yang
diterima bagi maksud gadaian ialah emas dan berlian. Kadar minimum gadaian yang
diterima ialah sebanyak RM 10.00 dan kadar maksimum sehingga 75% daripada nilai
marhun atau tidak melebihi RM 1500 untuk seorang. Bilangan penggadai dihadkan seramai
150 sahaja untuk sehari. Perkhidmatan gadaian yang diberi adalah percuma tetapi
pihak ‘muassasah’ menerima sumbangan ikhlas daripada penggadai. Tempoh gadaian
yang dibenarkan ialah sehingga tiga bulan dan perlanjutan tempoh
dipertimbangkan untuk tiga bulan lagi. Apabila lelongan berlaku ke atas marhun
yang tidak ditebus, lebihan hutang dan kos lelongan akan dikembalikan kepada
tuan punya. Sambutan masyarakat terhadap skim ini menjangkau nilai gadaiannya
secara purata RM 122,000.00 (Abibullah Shamsuddin: 2005)[5].
2.
Sistem Gadaian Islam
(al-Rahn) di Kelantan
Perlaksanaan skim al-Rahn ini dilaksanakan oleh Permodalan Kelantan
Berhad (anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan) dan pusat
operasinya di P.T 95, Seksyen 7, Jalan Temenggong, Kota Bharu, Kelantan.
Perjalanannya diuruskendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Permodalan Kelantan
Berhad dan mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian Gadai dan Tebus. Ianya
dikendalikan oleh 16 kakitangan dan diketuai oleh seorang pentadbir. Barang
gadaian (marhun) yang diterima adalah emas sahaja dan pinjaman maksimum
sebanyak RM 5000.00 untuk seorang. Pendapatan (keuntungan) yang akan diperolehi
adalah daripada upah penjagaan marhun. Perkhidmatan gadaian yang dikenakan
berdasarkan nilai marhun bukannya ke atas pinjaman. Kadar upah yang dikenakan
adalah untuk tempoh sebulan bagi setiap bagi setiap seratus ringgit. Tempoh
gadaian yang dibenarkan ialah selama enam bulan dan perlanjutan tempoh tebus
balik boleh dipertimbangkan sehingga 4 bulan. Urusan melelong barang gadaian
akan dilaksanakan bagi melunaskan hutang dan lebihan (bayaran hutang dan kos
lelongan ) akan dikembalikan kepada penggadai. Perjalanan al-Rahn ini mendapat
sambutan masyarakat dengan jumlah purata gadaian sebulan ialah RM 15000 hingga
RM 20000 (Azizian Abdul Hamid: 2006).
3.
Sistem Gadaian
Islam (al-Rahn) di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Skim ini dikendalikan dan dibiayai bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi
Islam Malaysia (YPEIM). Operasinya meliputi 70 buah cawangan diseluruh negara.
Ia dikendalikan oleh kakitangan bank berkenaan dan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Bahagian Pinjaman (memproses dan memberi pinjaman) dan bahagian
Barangan Cagaran (menyimpan dan mempastikan keselamatan barang cagaran).
Perkhidmatan gadaian yang dikenakan oleh pihak bank ini ialah dalam bentuk upah
menjaga marhun mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap seratus ringgit
sebulan. Pada mulanya Bank Rakyat memperkenalkan Pajak Gadai-i iaitu skim yang
menawarkan pinjaman sehingga RM 5000 bagi sehari sehingga jumlah gadaian
terkumpul sebanyak RM 25 000 dengan tempoh bayaran balik secara ansuran selama
6 bulan dengan tempoh lanjutan tidak melebihi 4 bulan. Mengikut skim ini,
pembiayaan boleh mencapai 65% daripada nilaian marhun. Sebagai lanjutan kepada
skim tersebut atas sambutan yang memberangsangkan, Bank Rakyat memperkenalkan
skim baru iaitu Pajak Gadai-i Az-Zahab yang merangkumi pembiayaan 65% daripada
nilai gadaian yang menawarkan pinjaman RM 5001 sehari sehingga jumlah gadaian
terkumpuk RM 50 000 dengan tempoh ansuran lebih fleksible selama 3 tahun. Jika melebihi tempoh tersebut perlelongan
marhun yang tidak ditebus akan dilakukan bagi maksud melunaskan pinjaman. Baki
bersih lelongan setelah ditolak kos lelongan akan dikembalikan kepada pemilik
barang (www.bankrakyat.com: 22 Mac 2010)[6].
4.
Sistem Gadaian
Islam (al-Rahn) Bank Islam Malaysia Berhad
Perlaksanaan skim al-Rahn oleh bank ini juga melalui kerjasama dan
pembiayaan oleh pihak YPEIM. Peringkat awal perlaksanaannya adalah meliputi
cawangannya di Medan MARA dan Selayang sahaja kemudian ia telah diperluaskan ke
semua cawangannya di Malaysia yang merangkumi 60 buah cawangannya. Barangan
yang diterima untuk gadaian adalah emas sahaja. Tempoh gadaian yang dibenarkan
ialah selama enam bulan dan perlanjutan dipertimbangkan sehingga 3 bulan lagi.
Sekiranya marhun tidak ditebus dalam tempoh yang dibenarkan, perlelongan akan
dilakukan, lebihan bayaran hutang dan kos lelongan akan dikembalikan kepada
pemilik barang berkenaan(Azizian Abdul Hamid: 2006).
5.
Sistem Gadaian
Islam (al-Rahn) Pahang
Operasi al-Rahn di Pahang dijalankan
oleh Koperasi Pengguna Pahang Berhad berdasarkan peruntukan Undang-undang Kecil
Koperasi badan tersebut. Perjalan skim al-Rahn ini dibiayai bersama dengan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang. Skim ini dikendalikan oleh
seramai 5 orang pekerja dan diketuai oleh seorang pengurus iaitu kakitangan
koperasi itu sendiri. Perjalanan urusan gadaian terhad kepada ahli koperasi
sahaja dan bagi mereka yang tidak menjadi ahli ia perlu menjadi ahli bersekutu
terlebih dahulu. Barang yang diterima untuk gadaian adalah emas dengan kadar
hutang maksimum sebanyak 50% daripada nilai marhun tetapi tidak melebihi RM
5000. Perkhidmatan gadaian yang dikenakan berdasarkan nilai marhun yang dikira
atas setiap RM 100.00. Tempoh gadaian yang dibenarkan hanya 3 bulan dan
perlanjutan tempoh hanya dibenarkan 3 bulan lagi dengan syarat semua upah bagi
tempoh tiga bulan yang telah luput dijelaskan. Barang gadaian akan dilelong
setelah 6 bulan tidak ditebus dan akan digunakan untuk melunaskan hutang dan
lebihan akan dikembalikan kepada penggadai. Sambutan ahli terhadap operasi ini
ialah purata nilai gadaian sehari adalah antara RM 15,000 hingga RM 20 000(Azizian
Abdul Hamid: 2006).
6.
Sistem Gadaian
Islam (al-Rahn) Agro Bank Berhad (Bank Pertanian Malaysia)
Agro Bank Berhad juga antara pelopor
sistem gadaian Islam di Malaysia. Pada mulanya ia adalah hasil daripada
kerjasama YPEIM selepas kejayaan perlaksanaan skim ini di Bank Rakyat dan Bank
Islam. Agro bank menawarkan kemudahan al-Rahn sehingga RM 50 000 dengan limit
harian sebanyak RM 5000. Pelanggan boleh mencagarkan emas dengan serendah nilai
RM 100. Skim ini menawarkan pembiayaan dengan bentuk pengiraan yang agak ganjil
iaitu dengan memberi pilih kepada pelanggan untuk mengambil pinjaman berasaskan
kepada 50%, 60% atau 70% daripada nilai gadaian. Kadar upah simpan dikira
berasaskan setiap RM 100 seperti skim yang lain. Masa penebusan ialah selama 6
bulan. Namun jangka waktu boleh di sambung selama 3 bulan, dan jika gagal
ditebus, pelanggan masih boleh minta perlanjutan selama 2 bulan lagi. Barang
gadaian akan dilelong setelah 11 bulan tidak ditebus dan akan digunakan untuk
melunaskan hutang dan lebihan akan dikembalikan kepada penggadai. Antara
cawangan Agro bank yang menawarkan skim ini ialah cawangan Kota Bharu, Pasir
Mas, Tanah Merah, Kuantan, Kangar, Alor Setar, Kepala Batas, Bagan Serai,
Tanjung Karang, Selayang, Melaka, Muar, Langkawi, Jitra, Pendang, Kuala
Kangsar, Banting, Port Dickson, Raub, Jerteh, Dungun, Kemaman, Kuala Krai,
Georgetown dan Nibong Tebal[7]
PROSES PENAWARAN PRODUK PAJAK GADAI KONVENSIONAL & AR-RAHN
Pajak Gadai Konvensional
1. Faedah yang dibenarkan ialah 2% sebulan atau 24% setahun.
2. Barang kemas menjadi pilihan utama serta jam tangan dan pen
berjenama.
3. Tidak boleh menerima apa-apa barang antara 6 petang – 8 pagi, tidak
boleh mengadakan urusan perniagaan pada waktu tersebut.
4. Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun.
5. Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berada dalam keadaan mabuk
atau tidak sempurna akal.
6. Tidak boleh menyimpan apa-apa barangan yang mempunyai tanda-tanda
hakmilik kerajaan atau kerajaan negeri.
7. Apa-apa barangan disyaki ” dicuri daripada pemilik asalnya” juga
tidak boleh diniagakan.
8. Sekiranya pemajak gadai gagal menebus sebelum tamat tempoh, barangan
gadaian boleh dilupuskan. Pinjaman yang kurang daripada RM 100 akan menjadi
milik pemegang pajak gadai secara automatik.
9. Pinjaman melebihi RM 100 akan dilupuskan melalui lelongan awam dan
wang lebihan adalah hak mutlak pemajak gadai.
ADAKAH TERDAPAT SEKATAN TERHADAP WAKTU PERNIAGAAN
DAN SEKATAN TERHADAP PENERIMAAN BARANGAN?
Akta Pajak Gadai 1972 menjelaskan dengan jelas tentang sekatan
perniagaan iaitu:
• Tidak boleh menerima apa-apa barang antara pukul 6 petang dengan 8
pagi. Tiada boleh mengadakan urusan perniagaan pada waktu tersebut.
• Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berumur dibawah 18 tahun.
• Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berada dalam keadaan mabuk
atau tidak sempurna akal.
• Tidak boleh menyimpan apa-apa barangan yang mempunyai tanda-tanda
hakmilik kerajaan ataupun kerajaan negeri.
• Apa-apa barangan disyaki “dicuri daripada pemilik asalnya”
APAKAH CARA UNTUK MENGADAI DI PAJAK GADAI?
Pemajak gadai dikendaki membawa barangan gadaian tersebut untuk
mendapatkan pinjaman. Pemegang pajak gadai haruslah mencacatkan butir-butir
transaksi pemajakgadaian dalam buku dena mengelurkan surat pajak gadai.
Contohnya ingin meminjam RM150.00 dengan mengadai seutas cincin emas
dengan kadar faedah 2% sebulan dalam tempoh 6 bulan. Jumlah yang dipinjam
RM150.00 + faedah 2% (2x6bulan = RM18) = RM168.00
BERAPAKAH KADAR FAEDAH YANG AKAN DICAJ?
Menurut Akta Pajak Gadai 1972 faedah yang dibenarkan ialah 2% atau 24%
setahun. Jikalau dicaj selebih daripada jumlah tersebut adalah merupakan satu
kesalahan.
TEMPOH UNTUK MENEBUS BARANG GADAIAN?
Tempoh gadaian ialah selama enam bulan, tetapi gadaian juga boleh
ditebus pada bila-bila masa. Sekiranya tidak dapat menebus gadaian sebelum
tamat tempoh pemajak gadai boleh memberitahu kepada pemegang pajak gadai untuk
melanjutkan tempoh masa tidak kurang daripada tiga bulan. Setiap butir lanjutan
hendaklah dibuat dalam buku pemegang pajak gadai juga dalam surat pajak gadai.
SEKIRANYA TEMPOH GADAIAN TELAH TAMAT, ADAKAH BARANG
GADAIAN MENJADI HAKMILIK PEMEGANG PAJAK GADAI?
Sekiranya pemajak gadai gagal menebus sebelum tamat tempoh, barangan
gadaian boleh dilupuskan. Pinjaman yang kurang daripada RM200.00 akan menjadi
milik pemegang pajak gadai secara automatik. Jikalau pinjamanya melebihi RM200,
ia hanya boleh dilupuskan melalui lelongan awam oleh pelelong berlesen.
Pemegang pajak gadai juga boleh membuat tawaran untuk membeli barang gadaian
tersebut.
APAKAH PERLINDUNGAN AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972
SEKIRANYA GAGAL MENEBUS GADAIAN SEBELUM TAMAT TEMPOH?
Wang lebihan adalah hak mutlak pemajak gadai. Pemegang pajak gadai
dikehendaki memberitahu pemajak gadai mengenai jualan itu melalui surat berdaftar
dalam tempoh tujuh hari dari had lelongan dan menghantar penyata menunjukan
lebihan berkenan. Jika pemajak gadai tidak menuntut lebihan berkenan dalam
tempoh empat bulan, pemegang pajak gadai berkenan dikehendaki membayar wang
lebihan tersebut kepada Akauntan Negara (Kerajaan) dalam masa 14 hari. Pemajak
gadai masih boleh menuntut lebihan itu daripada Perbendaharaan.
ADAKAH PEMAJAK GADAI MEMPUNYAI HAK UNTUK MEMERIKSA
BUKU JUALAN?
Dalam tempoh empat bulan selepas pelelongan,pemegang pajak gadai hendaklah
membernarkan pemegang surat pajak gadai itu memeriksa catatan mengenai jualan
itu dalam buku pemegang pajak gadai.
SEKIRANYA RESIT PAJAK GADAI HILANG ATAU BINASA,
APAKAH HAK PEMAJAK GADAI?
Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 memperuntukan salinan surat pajak gadai
diberikan secara percuma dengan tidak berlengah. Walaubagaimanapun, perkara
yang biasa yang dipraktikan oleh pemegang pajak gadai ialah meminta pemajak
gadai untuk membuat laporan polis dan seterusnya mendapatkan surat sumpah
daripada Pesuruhjaya Sumpah.
ADAKAH BARANGAN GADAIAN DIBERIKAN PERLINDUNGAN OLEH
PEMEGANG PAJAK GADAI?
Pemegang Pajak Gadai mempunyai tanggungjawab untuk menjaga barang-barang
gadaian itu dengan cermat dan bersungguh-sungguh sebagaimana menjaga harta
bendanya. Pmegang Pajak Gadai hendaklah bertanggungjawab bagi kehilangan atau
kerosakan barang gadaian Jikalau berlaku romapakan, kebakaran atau malapetaka
ke atas kedai pajak gadai sehingga menyebabkan barang gadaian hilang atau
rosak. Nilai gadaian itu hendaklah bagi maksud pampasan kepada pemajak gadai
itu dikira sebagai satu perempat lebih daripada jumlah pinjaman. Pemegang Pajak
Gadai hanya perlu membayar jumlah pimjaman + 25% lagi kepada pemajak gadai
sebagai pampasan. Nilai pampasan tersebut adalah tidak memadai dan juga tidak
adil tetapi inilah di peruntukan dalam Akta Pajak Gadai 1972.
Prosedur Gadaian, Peraturan Dan Sekatan Al-Rahnu
1. Perkhidmatan al-Rahn dibuka kepada semua individu yang berumur 18
tahun dan ke atas.
2. Jumlah pinjaman sehingga 60% dan ke atas dari nilai barang sandaran (
marhun ).
3. Barang-barang sandaran ( marhun ) yang terdiri daripada barang-barang
emas sahaja yang diterima.
4. Penggadai dikenakan upah menyimpan barang gadaian bergantung kepada
nilai marhun.
5. Gadaian dikira sah dan sempurna ( Ijab dan Qabul ) apabila penggadai
dan pemegang gadai serta saksi menandatangani surat gadaian menandakan telah
bersetuju menerima syarat-syarat yang dikenakan.
6. Tempoh gadaian adalah selama enam (6) bulan dari tarikh gadaian.
Bagaimanapun penggadai boleh memohon melanjutkan tempoh gadaian mengikut
persetujuan kedua-dua belah pihak sehingga enam bulan lagi.
7. Jika penggadai gagal menebus, al-Rahn akan mengeluarkan ” Notis
Lelong ” sebelum menjual marhun secara lelongan oleh pelelong berlesen.
8. Baki harga lelong akan dikembalikan kepada penggadai, sesudah ditolak
jumlah hutang, upah, kos.
Cara
Pajak Emas Di Ar-Rahnu
Apa yang anda perlu
tahu, polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Berapa nilai emas, apa
dokumen yang diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama
tempoh pinjaman, memang berbeza antara setiap ar-rahnu.
Emas + sijil ketulenan (kalau ada) +
resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.
Apa jenis
emas yang diterima ar-rahnu?
Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar,
dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah
ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas
tak diterima.
Berapa
banyak pinjaman akan diberi?
65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang
anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh
pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold, tapi
berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga
setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu
harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga
semasa mereka di website.
Densimeter – alat penimbang & menguji ketulenan emas
Untuk menentukan
berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test
ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza
daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh
penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas
tu ke ar-rahnu cawangan lain.
Contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank
Berapakah
caj yang dikenakan?
Caj pajakan
ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan
emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya
patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap
RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”),BUKAN
atas nilai pinjaman. Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana
tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan.
Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam
tempoh pajakan ataupunsekaligus masa tebus emas tu nanti.
Berapa
lama tempoh pinjaman?
Tempoh standard
ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’
sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu
ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat
pajak. Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa
walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj
pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.
Bagaimana
cara sambung pajakan bila tamat tempoh?
Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke
ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan
dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas
RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik
menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas
RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan
atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).
4.0 PERBANDINGAN PENAWARAN PRODUK PAJAK GADAI
KONVENSIONAL & AR-RAHN
KELEBIHAN AL-RAHN BERBANDING PAJAK GADAI KONVENSIONAL
Antara kelebihan al-Rahn berbanding pajak gadai konvensional ialah :
a. Tidak melibatkan unsur riba
Antara kelebihan al-Rahn berbanding pajak gadai konvensional ialah :
a. Tidak melibatkan unsur riba
Dalam perjanjian al-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (
interest ) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding pajak
gadai konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi
pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam. Islam pada hakikatnya memandang
kepada kontrak yang dilaksanakan. Bentuk perlaksanaan kontrak yang menepati
prinsip Islam walaupun kelihatan hampir sama dengan pengamalan konvensional, ia
tetap diharuskan.
b. Nilai gadaian tidak merosot
Nilai gadaian bagi barangan yang ingin ditebus semula tidak merosot dan
tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Barang gadaian akan diuji
berat dan ketulenan emas dan dibuat catatan. Berbanding pajak gadai
konvensional nilai gadaian mungkin akan merosot kerana Akta Pajak Gadai 1972
tidak mewajibkan pajak gadai untuk mencatatkan berat, panjang dan jenis emas
kepada barang kemas yang menjadi gadaian. Perkara ini dapat diteliti dalam
Bahagian III, Seksyen 14. Banyak aduan yang diterima oleh FOMCA berkaitan dengan
nilai barang gadaian menyusut akibat perbuatan individu daripada pajak gadai
konvensional mengikis emas atau barangan kemas yang digadaikan (Mohd Hamdan
Haji Adnan: 2005).
c. Wang Lebihan Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang
ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu
atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga
jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku
kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
Manakala sistem konvensional kerap dilaporkan bahawa pemegang pajak gadai tidak
memberi penggadai wang lebihan daripada gadaiannya yang dilelongkan selepas
mengira hutang yang perlu dibayar (Mohd Hamdan Haji Adnan: 2005). Ini adalah
kerana tiada peruntukan khusus yang menyatakan pemegang pajak gadai perlu untuk
memulangkan semula lebihan tersebut. Perkara ini boleh diteliti dalam Bahagian III,
Seksyen 23, Akta Pajak Gadai 1972.
d. Penyimpanan Barang Gadaian
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di
mana penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas
barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian
tidak perlu risau dengan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di
pihak penerima gadaian. Semua Institusi gadaian Islam di Malaysia menggunakan
sistem takaful bagi melindungi barang-barang yang disimpan. (Mohd Hamdan Haji
Adnan: 2005) Situasi yang sama dapat dilihat dalam Akta Pajak Gadai 1972 dalam
Seksyen 22 (1), (2) dan (3). Namun begitu, barang-barang tersebut tidak
diinsurankan tetapi pemegang pajak gadai perlu menggantikannya berasaskan
kepada peruntukan dalam Seksyen 22 (3) yang menyatakan:
’Dalam hal mana-mana sandaran telah binasa atau rosak kerana atau akibat
kebakaran, kecuaian, peninggalan, kecurian atau rompakan atau selainnya, nilai
sandaran itu adalah bagi maksud pampasan kepada pemajak gadai itu dikira
sebagai satu perempat lebih dari jumlah pinjaman ke atasnya’
e. Jenis Bayaran dan Tempoh Membayar Balik Yang DiJelaskan
Sistem gadaian Islam menerima bayaran secara ansuran daripada pelanggan. Ansuran ini boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan dan lebih berdasarkan kepada tempoh perlanjutan yang dibenarkan seperti yang terdapat dalam kontrak yang ditandatangani bersama oleh penggadai dan pemegang pajak gadai. Sistem konvensional tidak menerima bayaran secara ansuran dan hanya menerima bayaran secara tunai untuk penebusan . Sistem ini hanya membenarkan bayaran bunga sahaja bagi setiap bulan tanpa boleh membayar pinjaman secara ansuran. Manakala tempoh pula adalah selama 6 bulan dan tempoh perlanjutan tidak dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 23 (1). Ini memberi ruang kepada pemegang pajak gadai memanipulasikan barangan tersebut menurut kehendak mereka.
Sistem gadaian Islam menerima bayaran secara ansuran daripada pelanggan. Ansuran ini boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan dan lebih berdasarkan kepada tempoh perlanjutan yang dibenarkan seperti yang terdapat dalam kontrak yang ditandatangani bersama oleh penggadai dan pemegang pajak gadai. Sistem konvensional tidak menerima bayaran secara ansuran dan hanya menerima bayaran secara tunai untuk penebusan . Sistem ini hanya membenarkan bayaran bunga sahaja bagi setiap bulan tanpa boleh membayar pinjaman secara ansuran. Manakala tempoh pula adalah selama 6 bulan dan tempoh perlanjutan tidak dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 23 (1). Ini memberi ruang kepada pemegang pajak gadai memanipulasikan barangan tersebut menurut kehendak mereka.
f. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai
sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar
balik untuk mereka telah habis. Selain daripada notis yang berbentuk surat
rasmi yang menyatakan butiran barang gadaian, pihak al-Rahn biasanya akan
memaklum secara panggilan telefon atau sms bagi memaklumkan gadaian tersebut.
Dengan ini pihak penggadai akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik
yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan
dilelongkan. Berbeza dengan pajak gadai konvensional, melelong gadaian bernilai
lebih RM 100 tanpa memberitahu pihak penggadai. Apa yang sering berlaku ialah
pemegang pemajak gadai tidak melelongnya tetapi terus mengambil alih miliknya.
Selain itu, kebanyakkan penggadai tidak mengetahui bahawa gadaian mereka akan
dilelongkan. Iklan-iklan memberi notis kepada orang ramai mengenai acara lelong
lazimnya disiarkan dalam akhbar-akhbar Cina dan Inggeris sahaja. Akibatnya
ramai daripada mereka sering terlepas peluang untuk menebus gadaian mereka (Mohd
Hamdan Haji Adnan: 2005).
PERBANDINGAN PENGIRAAN ANTARA SISTEM GADAIAN ISLAM AL-RAHN BANK RAKYAT
DAN SALAH SEBUAH KEDAI PAJAK GADAI DI TANAH MERAH, KELANTAN.
SISTEM AL-RAHN BANK RAKYAT
Di bawah sistem Islam, perniagaan pajak gadai Islam (murtahin) tidak
mengenakan faedah (riba ). Keuntungan yang diperolehi ialah daripada yuran menyimpan
aset yang dicagar
Contoh :
Jika nilai cagaran ialah RM 3,000 atau kurang. Nilai pinjaman yang diberikan = 60% x RM 3000 = RM 1800 Upah simpan = ( RM 1000/ 100 ) x 0.65 sen = RM 6.50 sebulan
= (RM 2000/100)x 0.75 sen = RM 15 sebulan
Jika nilai cagaran ialah RM 3,000 atau kurang. Nilai pinjaman yang diberikan = 60% x RM 3000 = RM 1800 Upah simpan = ( RM 1000/ 100 ) x 0.65 sen = RM 6.50 sebulan
= (RM 2000/100)x 0.75 sen = RM 15 sebulan
Jumlah upah simpan
6 Bulan = RM 6.50 x 6 bulan
= RM 39
= RM 15.00x 6 bulan
= RM 90
= RM 90 + RM 39
= RM 129
Jesteru, untuk menebus peminjam (rahin) perlu membayar murtahin RM 1929.
SISTEM PAJAK GADAI KONVENSIONAL: SALAH SEBUAH KEDAI PAJAK GADAI DI TANAH MERAH, KELANTAN
Di bawah sistem ini, kedai pajak gadai mendapat keuntungan daripada kadar faedah yang dikenakan dan bayaran tambahan daripada transaksi dengan peminjam[8].
= RM 39
= RM 15.00x 6 bulan
= RM 90
= RM 90 + RM 39
= RM 129
Jesteru, untuk menebus peminjam (rahin) perlu membayar murtahin RM 1929.
SISTEM PAJAK GADAI KONVENSIONAL: SALAH SEBUAH KEDAI PAJAK GADAI DI TANAH MERAH, KELANTAN
Di bawah sistem ini, kedai pajak gadai mendapat keuntungan daripada kadar faedah yang dikenakan dan bayaran tambahan daripada transaksi dengan peminjam[8].
Contoh :
Jika nilai cagaran
ialah RM 3,000 atau kurang.
Nilai pinjaman yang diberikan = 60% x RM 3000
= RM 1800
Caj faedah = RM 2 bagi setiap RM 100 yang dipinjamkan.
( kadar faedah 2% sebulan ) = ( RM 1800/ 100 ) x RM 2
= RM 36 sebulan
Jumlah caj faedah selama 6 Bulan = RM 36 x 6 bulan
= RM 216
Nilai pinjaman yang diberikan = 60% x RM 3000
= RM 1800
Caj faedah = RM 2 bagi setiap RM 100 yang dipinjamkan.
( kadar faedah 2% sebulan ) = ( RM 1800/ 100 ) x RM 2
= RM 36 sebulan
Jumlah caj faedah selama 6 Bulan = RM 36 x 6 bulan
= RM 216
Jesteru, untuk
menebus jumlah yang perlu dibayar oleh penggadai ialah RM 2016.
Dapat dilihat disini perbezaan bayaran semasa menebus barang gadaian adalah sebanyak RM 87 ( RM 2016- RM 1929 )
Dapat dilihat disini perbezaan bayaran semasa menebus barang gadaian adalah sebanyak RM 87 ( RM 2016- RM 1929 )
PERBEZAAN ANTARA PAJAK GADAI ISLAM DENGAN BUKAN
ISLAM
PAJAK GADAI ISLAM
|
PAJAK GADAI BUKAN
ISLAM
|
Memberi pinjaman
tanpa bunga (mengikut syariah Islam)
|
Memberi pinjaman beserta bunga
(riba)
|
Tidak dibenarkan
mengaut keuntungan
|
Mengaut keuntungan dari
kesusahan pelanggan
|
Upah menyimpan yang
rendah
|
Upah menyimpan yang tinggi
|
Lebihan wang ke
atas barang yang dijual akan dikembalikan kepada pelanggan
|
Lebihan wang ke atas barang
yang dijual tidak akan dikembalikan kepada pelanggan
|
APAKAH KELEMAHAN PAJAK GADAI?
1. Kadar faedah tinggi iaitu 2%
sebulan atau 24% setahun, jauh melebihi kadar pasaran
2. Barang kemas yang digadai,
samada cincin, gelang atau rantai biasanya tidak ditimbang atau diukur. Banyak
aduan diterima di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dimana barang
kemas yang digadai itu lebih ringgan atau pendek apabila ditebus. Terdapat
aduan yang peniaga pajak gadai sudah kikis sedikit emas daripada barang itu.
Cadangan: Oleh kerana itu, pemajak seharusnya meminta pemegang pajak
untuk merekodkan barangan yang
digadai contohnya sebentuk cincin, seutas rantai dan yang paling penting
menimbang berat dan mengukur panjang rantai emas tersebut dan meminta
butir-butir tersebut dituliskan diatas resit sebelum memberikan barangan
tersebut.
3. Andai peminjam gagal menebus
dalam tempoh yang ditetapkan, pemegang pajak gadai boleh memiliki nilai gadaian
yang kurang daripada RM200, tanpa melantik pelelong berlesen. Akta Pajak Gadai
1972 juga tidak memperuntukan barang gadaian dipamerkan sewaktu leongan awam
dilakukan.
Cadangan: Peruntukan mempamerkan barangan gadaian adalah perlu dijadikan
keperleuan mandotori.
4. Terdapat aduan daripada
orang ramai berkenan barangan gadaian yang telah dilelong dan punggutan wang
lebihan juga tidak diberikan notis seperti yang diperuntukan oleh Akta Pajak
Gadai 1972. Ini merupakan satu penganiyaan terhadap pemajak gadai.
5. Jika berlaku rompakan,
kebakaran atau malapetaka ke atas kedai pajak gadai sehingga menyebabkan barang
gadaian hilang atau rosak, pemegang pajak gadai hanya perlu membayar jumlah
cagaran yang ditambah 25% lagi kepada pemajak gadai sebagai pampasan. Itu tidak
memadai dan tidak adil tetapi inilah yang diperuntukan dalam akta yang sedia
ada.
KEBAIKAN AR-RAHNU
Diantara kelebihan utama dalam Ar-rahnu dengan pajak gadai yang lain
adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan
bukan pada gadaian itu sendiri. Ini kerana keuntungan dalam Ar-Rahnu tidak
diambil daripada pinjaman secara langsung sebaliknya mengambil manfaat daripada
peminjaman dan penerimaan barang. Faedah tersebut terbit daripada kontrak baru
yang diwujudkan iaitu kontrak upah simpan. Kontrak upah adalah satu kontrak
yang wujud dan halal dalam perundangan Islam, tidak sepertimana sistem pajak
gadai konvensional yang mengambil keuntungan dari faedah bergantung pada nilai
pinjaman yang dilakukan ini dapat dilihat dalam syarat gadaian konvensional
yang menetapkan bahawasanya penghutang mesti membayar faedah atau bunga pada
kadar 2% sebulan ke atas jumlah pinjaman.
Syarat ini bertentangan dengan perundangan Islam secara langsung yang tidak
membenarkan penambahan kepada kadar asal pinjaman berdasarkan tempoh masa
sebagaimana ketetapan yang dibuat oleh Majlis Penyelidikan Islam dalam
persidangannya yang kedua pada tahun 1965. Ia menyatakan bahawa segala jenis
faedah ke atas semua jenis pinjaman adalah riba yang diharamkan oleh
perundangan Islam. Kaedah ini nyata sekali haram disisi Islam kerana ia dilihat
member keuntungan hanya pada satu pihak saja dan satu pihak lagi tertindas,
firman yang dinyatakan dalam lampiran.
Di samping itu penggadai tidak perlu bimbang akan keselamatan barang
gadaiannya, kerana barang yang berada
dalam simpanan pemegang gadaian akan dijamin keselamatannya . Di mana, penerima
gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas
yang diberi oleh pemberi gadaian dan jika apa–apa yang tidak diingini berlaku
terhadap barang gadaian tersebut samada hilang ataupun rosak pihak pemegang
gadaian akan bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi ke atas barang gadaian
itu iaitu dengan membayar ganti rugi kepada pihak penggadai. Dengan ini,
pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan
barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian. Dalam
Ar-Rahnu juga penggadai tidak perlu bimbang akan nilai gadaiannya kerana dalam
Ar-Rahnu kadar nilai barang gadaian dijamin tidak akan merosot apabila ingin
ditebus semula ianya akan tetap dengan harga asal sepertimana yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ketika berakad dan tidak akan berlaku sebarang masalah di mana
barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau
pendek sedikit daripada sebelum digadai.
Dan jika sekiranya pihak yang menggadai tidak mampu menjelaskan
hutangnya pada masa yang ditetapkan iaitu tamatnya tempoh perjanjian maka
pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang
terpaksa dijual bagi melangsaikan hutangnya yang tertangguh itu, Sekiranya
harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan, hal
ini berlaku kerana nilai gadaian adalah jauh lebih tinggi daripada nilai hutang
tersebut.
Selain itu juga Ar-Rahnu mengenakan caj perkhidmatan yang rendah
terhadap penggunanya. Ini dapat dilihat dalam aspek pengurusan di Ar-Rahnu yang
hanya melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak
Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvensional menawarkan caj perkhidmatan yang
tinggi dan ada juga sebilangan pemegang
Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan
dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut. Pemberi gadaian juga
tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan
dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan
semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada
pemberi gadaian.
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak
ansur dengan pelanggannya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman
yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan
boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai
Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian
sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman
mereka ini ternyata membebankan pihak yang berhutang, sedangkan dalam Islam
melarang sebarang penindasan yang berlaku.
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai
sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan ini berlaku kerana tempoh
masa membayar balik untuk mereka telah tamat. Dengan ini pihak pemberi gadaian
akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk
mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan. Ini bertepatan
dengan perundangan Islam kerana ia adalah sebahagian daripada kesan atau
natijah kontrak gadaian tersebut.
Ar-Rahnu turut menitik beratkan soal penentuan nilai gadaian yang
sepatutnya. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang
sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai contohnya ialah
kadar hutang yang ditetetapkan oleh penggadai
hendaklah bersamaan dengan 50% atau 60% daripada nilai barang gadaian
(barang kemas emas). Syarat ini berkaitan dengan mensyaratkan kadar tertentu
untuk hutang berdasarkan nilai barang gadaian. Para ulama membenarkan
meletakkan syarat yang tidak bertentangan dengan maksud kontrak dan tidak
memberi mudarat kepada salah satu daripada dua pihak yang berkontrak. Bahkan
mereka bersepakat membenarkan kadar hutang sama ada bersamaan atau melebihi
atau kurang daripada nilaian barang gadaian. Tidak seperti kedai Pajak Gadai
Konvensional yang memberi kadar pinjaman berdasarkan rundingan yang
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak tanpa mengambil kira nilai barang
gadaian yang digadaikan. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak
menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan berbeza
dengan pajak Ar-Rahnu di mana nilai taranya telah ditetapkan.
KEBURUKAN AR-RAHNU
Gadaian anda akan dimasukkan dalam Central Credit Reference Information
System (CCRIS). Hal ini akan menjadikan anda disenarai hitam dalam sistem
perbankan. Kalau anda nak buat loan perumahan di mana2 bank, mesti ditolak.
Kenapa? Emas merupakan kekayaan anda, bukan pinjaman tanpa cagar dari Bank.
CCRIS itu sangat serius!!
Proses pemajakgadaian telah ditukar kepada PINJAMAN BERCAGAR EMAS.
Banyak kerumitan dikenakan. Anda perlu membayar DUTI SETEM untuk perjanjian
pinjaman bercagar emas sebanyak RM10.00. Banyak borang kena ditandatangan dan
juga dicop ibu jari. Anggota ahli keluarga yang rapat diambil nama &
telefon, semua ini tektik pemasaran Bank.
Imbangkan bahawa banyak borang yang dikena sign dan satu barang emas
perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 20minit. Kalau seorang 20minit, katakan
3 orang di depan anda, anda perlu tunggu 1 jam baru sampai giliran anda. Di
Pajak Gadai Berlesen, proses secepat 3 minit utk satu barang. Penggunaan
komputer yang paling canggih dengan perisian pemajakgadaian.
Nilai Pinjaman yang rendah. Ar-rahnu paling tinggi bagi sehingga 75%
daripada nilai marhun. Kedai Pajak Gadai Berlesen sekarang mampu bersaing
sehingga 82% daripada nilai marhun.
Tempoh gadaian maksimum 10 bulan. Perlu ditebus kembali selepas ini! Di
pajak gadai berlesen tradisi, kalau upan simpan 6 bulan dibayar setiap kali,
simpan seumur hidup pun tiada masalah!
5.0 KESIMPULAN
Sistem Ar-Rahnu dalam ekonomi Islam di Malaysia
lebih bersifat adil berbanding konvensional. Oleh itu kami menyarankan konsep
Ar-Rahnu dalam Islam diperluaskan kerana konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman
tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan, ia bagi membantu masyarakat kita
tanpa mengira agama dan keturunan. Islam menggalakkan dan menghalalkan sistem
gadaian kerana ia dapat meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam
masyarakat. Selain daripada itu, ia dapat mengembangkan potensi perniagaan
serta menggalakan mereka mencari rezeki yang halal lagi berkat. Konsep ini
dapat membantu meringankan beban seseorang yang dalam kesusahan mahupun dalam
keadaan terdesak. Ia juga bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan sosial
dalam institusi masyarakat seperti meminjam daripada along dan lintah darat.
Sistem ini adalah dihalalkan dan tidak akan berlaku sebarang masalah penipuan.
Hal ini kerana, setiap pelangan yang urusan akan diberikan penjelasan yang
terang dan nyata melalui dokumen perjanjian yang akan persetujui bersama.
Dokumen tersebut mengandungi syarat-syarat perjanjian yang dikuatkuasakan oleh kedua-dua
belah pihak.
Tidak dinafikan juga, apabila masih ada skim
Ar-Rahnu yang mengandungi unsur-unsur riba dalam transaksinya. Walau
bagaimanapun, skim ar-rahnu ini juga mempunyai manfaat, jika dibandingkan
dengan transaksi konvensional. Oleh itu, usaha ke arah menghilangkan syubhat
riba perlu dilakukan dan dititik beratkan. Adalah menjadi tanggungjawab kita
sebagai umat Islam yang berkelayakkan dan berkemampuan untuk mengubah situasi
ini. Agar ekonomi kita dapat dijalankan dengan berteras Al-Quran dan As-sunnah
serta terus berkembang dan membangun sejajar dengan arus pembangunan negara.
Firman
Allah :
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا
كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
"Tiap-tiap diri terikat, tidak
terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya.........."(Surah
Al-Muddasir 74:38)
Berpandukan ayat diatas, semua urusniaga yang
dijalankan haruslah ditulis kerana ia dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh
dan jelas. Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk
dilaksanakan oleh umatnya bagi mengelakkan berlakunya unsur-unsur gharar
(penipuan) dan riba. Unsur-unsur ini boleh dielakkan jika kita mempunyai
instrumen kewangan Islam serta menggunakannya cara yang efesien dan berkesan.
RUJUKAN
[1] Azizian Abdul Hamid. 2006. Al-Rahn sebagai Alternatif Sistem Pajak Gadai di Malaysia. JAKIM: Putrajaya.
[2] Abdul Rahman Dewani. 2005. Model
Mikro Kredit dan Kesannya kepada Sosioekonomi Ummah di Negara Serantau.
Kompilasi Prosiding Konvensyen Ar-Rahn Serantau 2002/2004. YPEIM: Kuala Lumpur.
[3] Abdul Ghafar Haji Ismail. 2005. Skim al-Rahn: Ke Arah Pengukuhan
Kerjasama Serantau: Pengalaman Serantau. Kompilasi Prosiding Konvensyen Ar-Rahn
Serantau 2002/2004. YPEIM: Kuala Lumpur.
[4] ANGKASA. 2005 Pelancar: Kuala Lumpur.
[5] Abibullah Shamsuddin. 2005. Skim al-Rahn: Satu Model Mikro Kredit di
Malaysia.
[6] http:// www.bankrakyat.com: 22 Mac 2010
[7] http://www.agrobank.com.my: 22 Mac 2010
[8] Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh (2). Temubual. 13 Mac 2010. Aspek
Pengiraan Kedai Pajak Gadai Konvensional di Tanah Merah, Kelantan.
Comments