Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Kerja

Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Kerja

“Sila perkenalkan diri anda.”
99% temuduga biasanya akan dimulakan dengan soalan ini. Ramai penemuduga memilih soalan memperkenalkan diri sebagai ice breaking sebelum bertanya soalan lain.

Kesilapan Yang Sering Berlaku Semasa Memperkenalkan diri

Antara kesilapan graduan fresh graduate semasa menjawab soalan ini adalah mereka menjawab dengan meleret-leret. Tetapi jawapan yang diberikan itu tidak berisi dan tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Jangan ambil masa terlalu lama memperkenalkan diri kerana penemuduga ada soalan lain yang mahu ditanya lagi. Ambil masa sekitar 3-4 minit sahaja untuk memperkenalkan diri.
Dan pastikan jawapan anda itu ringkas dan padat.

Tips Dan Cara Memperkenalkan Semasa Temuduga kerja

Jawab dengan jujur semasa menjawab soalan. Jangan terlalu gementar. Soalan ini antara tujuannya adalah untuk membantu anda menghilangkan rasa gementar.

Apa Yang Boleh Diceritakan?

Ketika menjawab soalan memperkenalkan diri, ini adalah antara poin-poin yang anda boleh gunakan:
  • Nama
  • Umur
  • Asal
  • Status berkahwinan
  • Kelayakan akademik
  • Tahun bergraduasi
  • Minat berkaitan jawatan
  • Pengalaman kerja

Jika Tidak Pernah Bekerja

Bagi graduan fresh graduate, sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman kerja, anda boleh ceritakan pengalaman latihan industri anda.
Atau cerita tentang pengalaman kerja part-time yang pernah anda buat.
Dan jika anda memang tidak pernah bekerja langsung, anda boleh cerita tentang hobi dan minat anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Pendek kata, ceritakan sesuatu yang menampakkan anda berusaha untuk buat sesuatu.

Contoh Jawapan Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga

Saya (nama anda) berasal dari (tempat asal/tempat tinggal).
Saya mempunyai kelulusan (kelayakan akademik anda) dari (tempat anda belajar).
Saya (pernah/sedang) bekerja (nama syarikat) selama (tempoh bekerja).
Semasa belajar, saya pernah terlibat dengan (aktiviti/kelab/persatuan).
Saya mahir menggunakan (skil yang anda miliki).
Saya pernah mengikuti bengkel/kurus (nama kursus).
Boleh cuba susun dan ubah ayat ikut kesesuaian. Sebaiknya anda susun letak perkara positif tentang diri anda di bahagian depan.
Selamat pagi tuan. Nama saya Khairul Anuar berasal dari Kajang, Selangor.
Saya mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Kuala Lumpur. Saya baru bergraduasi pada bulan Oktober tahun lepas.
Ketika belajar saya telah membuat latihan industri di RTM Kuala Lumpur. Saya bekerja di bahagian Servis yang mana bantu selesaikan isu-isu teknikal yang timbul.
Saya sekarang ini sedang buat freelance membuat website. Saya ada membantu saudara dan kawan-kawan yang ini membuat website. Apabila ada masa lapang saya akan menulis artikel untuk blog peribadi saya.
Saya belum pernah bekerja dengan mana-mana syarikat lagi. Saya ke sini bagi memohon jawatan website designer.

Apa Yang Perlu Diberi Perhatian?

Ketika menjawab soalan, cuba untuk menjawab dengan lancar. Pastikan juga emosi anda terkawal dan jangan lupa untuk memberikan eye contact dengan penemuduga.
Walaupun anda gementar pastikan anda cuba menjawab dengan yakin. Insyaallah, selepas menjawab beberapa soalan, gementar itu akan hilang.
Semoga artikel ini dapat membantu anda memperkenalkan diri semasa temuduga dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

ANALISA PEKERJAAN