GMGF 2014 EKONOMI & PEMBANGUNAN
1.0 Pengenalan
Di
Malaysia, nanas yang menjadi tumpuan terdapat empat jenis iaitu N36, MORRIS,
SARAWAK dan JOSAPINE. Varieti N36 lebih tertumpu bagi pasaran tempatan manakala
Varieti MORRIS, SARAWAK dan JOSAPINE pula mendapat sambutan yang mengalakkan di
pasaran antarabangsa. Buah nanas boleh dimakan segar samada sebagai pencuci
mulut, atau dibuat salad atau rojak. Selain itu, nanas boleh diawet dan
ditinkan bagi tujuan eksport. Ia juga ditinkan sebagai koktail bersama dengan
buah-buahan lain. Nanas juga diproses menjadi jem, jus, kordial, cuka, minuman
keras dan bahan perasa makanan seperti tat, kek, dan pizza. Disamping itu juga,
kulit nanas sesuai digunakan sebagai bahan campuran untuk makanan lembu.
Perusahaan
nanas Malaysia berupaya dibangunkan sebagai satu pelaburan yang memberi
pulangan tinggi. Komoditi berbagai guna ini dipakai di dalam industri
pengetinan, jus minuman, asas makanan snek dan untuk dimakan segar. Pasaran
antarabangsa bagi nanas Malaysia pula telah lama wujud. Peluang untuk membesarkan
lagi syer pasaran yang sedia ada masih terbuka luas, selaras dengan
perkembangan perdagangan buah-buahan segar, buah-buahan proses dan jus dunia.
Lembaga
Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1957
di bawah Pineapple Industri Ordinance 1957 dan berfungsi untuk mentadbir,
memaju, mengawal dan menyelia industri nanas negara agar berkembang dengan
sempurna dan teratur. Pada tahun 1990, Pineapple Industry Ordinance 1957 telah
disemak semula dan dikenali sebagai Akta Perindustrian Nanas 1957 (semakan
1990). Namun begitu, Akta ini hanya meliputi negeri-negeri di Semenanjung dan
tidak merangkumi negeri Sabah dan Sarawak. Susulan daripada itu, nama Lembaga
Perusahaan Nanas Tanah Melayu (LPNTM) telah ditukarkan kepada Lembaga Perindustrian
Nanas Malaysia (LPNM).
Pada
29 Mei 1996, Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk membubarkan LPNM.
Keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan bahawa industri nanas tidak
berdaya saing dan dalam masa yang sama penekanan kerajaan adalah kepada sektor
perindustrian, manakala fungsi-fungsi LPNM boleh dijalankan oleh agensi-agensi
lain. Ini adalah selaras dengan penetapan Dasar Pengecilan Saiz Perkhidmatan
Awam ketika itu. Sejak itu, langkah-langkah ke arah pembubaran telah dibuat.
Antaranya ialah meletakkan LPNM di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani. Namun begitu, pada 07 Jun 2000 Jemaah Menteri semasa
mempertimbangkan Laporan Tahunan LPNM 1999 telah bersetuju atas cadangan
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani supaya pembubaran LPNM dikaji
semula memandangkan nanas merupakan salah satu daripada 10 buah-buahan yang
diberi keutamaan untuk dieksport.
Selain
itu, terdapat banyak lagi tanah-tanah terbiar yang berpotensi untuk dimajukan
dengan tanaman nanas dan LPNM mempunyai peranan besar yang boleh dimainkan
dalam pembangunan industri nanas Malaysia. Pada 15 September 2004, Jemaah
Menteri memutuskan untuk mengekalkan LPNM sebagai peneraju pembangunan industri
nanas negara. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan sub-sektor
pengeluaran makanan sepertimana penekanan kepada Dasar Pertanian iaitu sektor
pertanian sebagai salah satu enjin pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan skop,
peranan serta fungsi-fungsinya diperluaskan dengan halatuju yang lebih mantap
dan skop fungsi diperluaskan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
2.0 Metodologi
Data
yang digunakan untuk kajian diperolehi daripada sumber sekunder. Data keluasan
tanaman, pengeluaran nanas segar, pengeluaran nanas dalam tin (nanas kaleng)
diperolehi daripada agensi kerajaan termasuk Lembaga Perindustrian Nanas
Malaysia (LPNM) dan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA). Bagi data perdagangan
nanas dan produk nanas pula diperolehi daripada LPNM dan Food and Ariculture
Organization (FAO). Sementara itu bagi maklumat Inovasi teknologi penanaman
nanas saya perolehi dari Jurnal dari kajian Malaysian Agricultural Research and
Development Institute (MARDI) dan pemasaran nanas pula diambil daripada Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
3.0 Pengeluaran & pemasaran
3.1 Pengeluaran
Malaysia
berada di kedudukan ke-20 daripada 87 negara yang terlibat dalam pengeluaran
Nanas Dunia pada tahun 2013 dengan pengeluaran sebanyak 315,977 tan metric dan
syer pasaran yang dimiliki sebanyak 1.18%. Manakala China merupakan pengeluar
Nanas Dunia yang paling besar pada tahun 2013 dengan pengeluaran sebanyak
3,162,722 tan metrik dan penguasaan syer pasaran sebanyak 11.90% seperti di Jadual 1[1]. Keluasan bertanam nanas
Malaysia dari 2010-2013 semakin menurun namun menaik semula pada tahun 2014
dengan keluasan tanaman sebanyak 10,000 hektar dan pengeluaran juga meningkat
dari tahun 2010 hingga tahun 2014 dengan catatan pengeluaran sebanyak 400,000
tan metrik pada tahun 2014 seperti di Graf
1[2]. Selain itu berdasarkan Jadual
2, Johor merupakan negeri yang paling banyak mengeluarkan nanas di Malaysia
pada tahun 2015 dengan hasil pengeluaran sebanyak 329,954.15 tan metrik dengan
keluasan bertanam sebanyak 9,675.85 hektar.
Jadual 1 : Pengeluaran Nanas
Dunia 2013
(sumber : FAO,
Food and Ariculture Organization)
Graf 1 : Keluasan Bertanam
& Pengeluaran Nanas Malaysia 2010-2014
Sumber : Laporan Tahunan
LPNM 2014
Jadual 2 : Keluasan &
Pengeluaran Nanas 2015
3.2 Pemasaran
Di
bawah Rancangan Malaysia Ke-9, sektor pertanian diberi tumpuan yang khusus
terutamanya aktiviti-aktiviti pengeluaran dan nilai tambah yang boleh
meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan sektor pertanian sebagai
penjana pertumbuhan ekonomi ketiga negara. Penekanan diberikan kepada beberapa
aspek pembangunan pertanian termasuk pengeluaran berkualiti yang mempunyai
nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti pemprosesan, penggredan,
pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.
Program
Ladang Kontrak adalah salah satu projek berimpak tinggi yang di perkenalkan
sebagai salah satu mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil
dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat
pulangan yang setimpal. Program ini di jalankan secara integrasi di bawah
konsep MOA Inc. melibatkan Jabatan/Agensi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
Skop
Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan
Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Kementerian Pemodenan
Pertanian Sarawak sebagai pengeluar dan FAMA/Lembaga Perindustrian Nanas
Malaysia bertindak sebagai pembeli dan bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman
di mana petani mengeluarkan hasil tanaman mengikut jenis, varieti, kualiti,
gred, pembungkusan dan jadual pengeluaran yang ditetapkan.
Bagi
pengeluaran buah-buahan, Program Ladang Kontrak memberi tumpuan kepada ladang
kelompok di samping usahawan dan pengeluaran individu di bawah Jabatan/Agensi
dan pengeluaran individu swasta. Bagi komoditi nanas pula, pelaksanaannya
adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Kaedah
pemasaran bagi program ladang kontrak dilaksanakan melalui 2 cara iaitu Pengaturan
Pasaran dan Belian Terus Oleh Fama[3].
4.0 Eksport & Import
Berdasarkan
Jadual 3 seperti dibawah, jumlah eksport nanas segar Malaysia telah menurun
pada tahun 2011-2013 namun semakin meningkat pada tahun 2014 dengan jumlah
eksport bernilai RM24,352,689 dengan kuantiti sebanyak 23,584 tan metrik. Bagi
import Nanas Segar Malaysia pula menunjukkan kuantiti dan nilai yang tidak
konsisten di mana pada tahun 2011 dan 2012 ia meningkat namun menurun pada
tahun 2013 dan meningkat semula pada tahun 2014 dengan nilai import 3,635,623
dengan kuantiti import sebanyak 2,536 tan metrik. Bagi perdagangan Nanas Kelang
Malaysia pula menunjukkan penurunan pada tahun 2011-2013 namun ia meningkat
semula dengan jumlah eksport bermilai 37,075,565 dengan kuantiti eksport 8,474
tan metrik. Bagi import nanas kaleng pula menunjukkan peningkatan pada tahun
2010- 2013 namun menurun semula pada tahun 2014 dengan nilai import 9,091,321
dengan jumlah 1,643 tan metrik.
Jadual 3 : Sumbangan Eksport
& Import Industri Nanas
China
merupakan pengeksport nanas kaleng paling banyak di dunia pada tahun 2005 dan 2006
dengan nilai eksport sebanyak RM 30,438,498 dan 33,737,838 manakala Malaysia
berada di kumpulan pertengahan dengan nilai eksport bernilai RM 8,471,456 pada
tahun 2005 dan RM 9,515,471 pada tahun 2006[4].
Jadual 4 : Eksport nanas
Kaleng Dunia Mengikut Negara
5.0 Pelaburan & Stok Simpanan
Nanas
dari varieti N36 mendapat tempat dalam pasaran tempatan bagi kegunaan segar,
walaupun dari segi proses ia kurang digunakan. Bagi pasaran antarabangsa pula,
varieti MORRIS, SARAWAK dan JOSAPINE lebih mendapat perhatian, samada dalam
bentuk segar atau diproses. Sistem rangkaian pemasaran yang lancar di daratan,
laut dan udara, serta kemudahan infrastruktur lain seperti bilik sejuk,
menjamin pemasaran nanas yang mudah dan cepat. Kerajaan Malaysia menyediakan
banyak kemudahan dan faedah untuk memajukan kegiatan pertanian. Antaranya ialah
Bank Pertanian yang menyediakan program pinjaman untuk kemudahan petani. Di
samping itu juga, Skim Akreditasi Tanaman Ladang dilaksanakan bagi memberi
pengiktirafan kepada petani yang mengeluarkan hasil yang selamat dan
berkualiti.
Peluang
Pelaburan di Malaysia
Khidmat
Sokongan
a.
Pengangkutan
Penyediaan
lori-lori sejuk, kontena, cold-chain dan sebagainya di ladang-ladang nanas
diperlukan untuk meningkatkan jangkahayat komoditi.
b.
Kemudahan lepas tuai
Kemudahan-kemudahan
seperti bilik sejuk dan pembungkusan yang memenuhi kehendak pasaran luar negara
juga penting bagi menawan pasaran antarabangsa.
Pengeluaran
a.
Pengeluar/pengusaha ladang
Permintaan
bagi nanas yang kian bertambah, kos pelaburan yang rendah, serta pulangan yang
tinggi, merupakan peluang yang patut disambut oleh pengeluar atau petani baru.
b.
Penghasilan biji benih yang bermutu
Penyelidik
yang berjaya menghasilkan benih yang bermutu amat diharapkan supaya dapat menghasilkan
nanas yang berkualiti tinggi.
c.
Sistem kawalan serangga
Sistem
kawalan serangga diperlukan untuk mengawal sebarang penyakit kepada nanas.
6.0 Harga, Permintaan &
Penawaran
Data
sekunder digunakan bagi mengumpulkan data dari sumber yang disediakan oleh LPNM
serta pengumpulan maklumat melalui model relatif dimana ia merupakan satu
kaedah melibatkan pembolehubah bersandar iaitu pembolehubah yang boleh
mempengaruhi pembolehubah yang lain manakala pembolehubah bebas adalah
pembolehubah yang memberi kesan pembolehubah lain. Hipotesis yang dibuat adalah
merangkumi harga semasa nanas segar (HN) adalah dipengaruhi oleh nilai eksport
nanas segar (EN) dan pengeluaran nanas segar (PN). Pembolehubah bebas adalah
pengeluaran nanas segar (PN) dan eksport nanas segar (EN). Pembolehubah
bersandar adalah harga nanas segar (HN).
Model
ini menunjukkan relatif di antara pembolehubah bersandar dan tak bersandar.
Oleh yang demikian untuk analisis hubungan antara pemboleh ubah dalam model
ini, penggunaan kaedah regresi model yang boleh menjadi bentuk ialah:
HN
= f (EN, PN) atau HN = a0 + a1EN + a2PN
Jika
perubahan EN (Pertambahan atau pengurangan) 1 unit, HN akan perubahan unit a1
(Pertambahan atau pengurangan) dan tanda relatif adalah positif. Dan, jika PN
perubahan (Pertambahan atau pengurangan) 1 unit, HN akan berubah unit a2
(Pertambahan atau pengurangan) dan tanda relatif juga positif.
Jangkaan model yang diperolehi adalah seperti
berikut:
Relatif
antara EN dan PN dijangka sebagai positif kerana jika harga pasaran semasa
nanas segar meningkat, pengeluar atau kerajaan akan mengeksport nanas segar
dengan cara yang banyak, Dalam masa yang sama peningkatan akan berlaku terhadap
tenaga buruh (kesan jangka pendek) atau penggunaan operasi kilang (kesan jangka
panjang) untuk mendapatkan hasil keluaran yang tinggi .
Hasil
pengeluaran nanas segar (PN) mempunyai hubungan yang positif dengan eksport
nanas (EN). Ia berlaku apabila permintaan yang tinggi terhadap nanas segar maka
hasil keluaran nanas segar perlu ditingkatkan bagi memenuhi permintaan.
Contoh
harga buah nanas pekebun kecil yang dijual di kilang berdaftar dari tahun 1980
– 2008 seperti di Jadual 5. Pada tahun 1980, harga nanas ialah RM 39/kg dan RM
390/tan.
Jadual 5 : Harga Buah
Nanas Pekebun Kecil Dijual Di Kilang Berdaftar
7.0 Pelaburan Asing dalam
Industri Nanas di Malaysia & faktor-faktor ekonomi yang lain
7.1
Pelaburan Asing dalam Industri Nanas di Malaysia
Pelaburan
merupakan elemen penting dalam menentukan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
Kemasukan pelaburan asing amat penting kepada sesebuah negara yang sedang
membangun terutama Malaysia. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh
kerajaan untuk menarik pelabur asing bagi memantapkan perindustrian nanas
Malaysia. Kepentingan pelaburan asing ialah menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk terutama dalam sektor perindustrian sama ada tenaga buruh mahir
atau separuh mahir. Sumbangan perindustrian nanas ini menyediakan peluang pekerjaan
kepada rakyat Malaysia. Kewujudan peluang pekerjaan akan mengurangkan kadar
pengangguran di negara ini. Selain itu, kemasukan pelabur asing dari negara
maju seperti Amerika Syarikat dapat meningkatkn pendapatan negara melalui
pengaliran masuk mata wang asing dari negara asing. Kemasukan pelaburan asing
akan meningkatkan KDNK ( Keluaran Dalam Negara Kasar ) negara dan menjamin pertumbuhan
ekonomi yang pesat.
Selain
itu, kemasukan pelaburan asing dalam sesebuah negara dapat meningkatkan
teknologi dan berlaku pemindahan teknologi. Pemindahan teknologi dan
perkongsian kepakaran untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu
bersaing di peringkat global. Kemasukan syarikat multinasional akan menyebabkan
kemajuan dalam sektor perindustrian. Contohnya, R&D (Penyelidikan dan
Pembangunan ) dalam pengeluaran nanas Malaysia mampu meletakkan Malaysia mampu
bersaing dengan Negara-negara lain dari segi teknologi pengeluaran nanas.
Pelbagai
langkah dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan asing. Antara
langkah yang dilakukan ialah menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur
yang lengkap. Kemudahan asas yang lengkap seperti jaringan pengangkutan yang
cekap, sistem telekomunikasi dan bekalan air dan elektrik. Prasarana yang
lengkap dapat menarik pelabur asing untuk melabur terutama dalam sektor
perkilangan.Contohnya, penyediaan tapak kilang yang strategik dan mempunyai
darjah ketersampaian yang tinggi dapat menarik minat pemodal asing untuk
membuka kilang di negara ini. Penyediaan galakan pelaburan atau insentif
merupakan daya tarikan untuk menarik minat pelabur asing untuk membuat
pelaburan.Kerajaan telah memberi galakan pelaburan kepada pemodal asing seperti
taraf printis iaitu pengecualian cukai dalam tempoh 10 tahun kepada pelabur
asing, di samping itu, kerajaan melonggarkan peraturan pelaburan dengan
membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang tinggi sehingga seratus peratus
dalam sesuatu projek. Kesimpulannya, pelaburan asing dijangka meningkat
sekiranya Malaysia berusaha menyediakan suasana yang kondusif dan menjamin
keselamatan pelaburan asing di negara ini.
7.2 Teknologi Inovasi Bagi
Industri Nanas Negara
Menurut
Raziah (2010), analisis secara makro dan jangka panjang umumnya menunjukkan
teknologi yang dibangunkan selama ini tidak berjaya meningkatkan produktiviti
nanas secara mapan[5]. Justeru, kajian mengenai teknologi inovasi nanas amat
signifikan untuk dikaji terhadap impaknya ke atas industri nanas Negara.
Kemerosotan pengeluaran output industri nanas Negara juga perlu dikaji terutama
berkaitan maklumat aas tahap penggunaan dan permintaan terhadap teknologi nanas
di peringkat penanam, pengusaha industri kecil sederhana (PKS) dan pengilang
besar kerana di antara kelemahan industri nanas yang turut dikenalpasti oleh
FAMA (2004)[6] adalah :
a)
Tahap pengurusan ladang yang rendah serta tidak efisien.
b)
Kedudukan kebun nanas yang bertaburan dengan saiz tanah yang tidak ekonomik
serta pengeluaran hasil buah yang tidak stabil dan selaras serta tidak seperti
kualiti yang dikehendaki oleh pasaran.
c)
Kekurangan kemudahan infrastruktur serta bekalan benih yang bermutu.
d)
Penggunaan teknologi konvensional diperingkat ladang dan perusahaan kecil
sederhana (PKS)
e)
Kecekapan kilang memproses nanas di Malaysia masih beroperasi di bawah tahap
maksimum kapasiti dan kecekapan
Berdasarkan
kajian MARDI (2011) didapati bahawa, majoriti PKS amat memerlukan teknologi
separuh automatik di mana teknologi yang dihasilkan itu mestilah tidak terlalu
mahal, mudah dikendalikan dan kurang penyelenggaraan. Manakala, bagi pengilang
besar pula, mereka mengalami masalah kekurangan buah nanas yang sesuai untuk
kaleng yang kritikal bagi memenuhi kehendak pelanggan disamping kos barangan
yang semakin tinggi dan sukar di kawal. Sehubungan itu, penyelidikan terhadap
varieti khas untuk nanas kaleng yang bermutu tinggi, mempunyai hasil yang
banyak serta rintang terhadap penyakit perlu dibangunkan dengan kadar yang
segera. Penjimatan kos pembungkusan melalui penyelidikan dalam proses
pembungkusan bagi penggunaan PKS dan pengilang besar juga perlu dipertingkatkan
bagi mengurangkan kos pengeluaran yang semakin meningkat.
8.0 Kesimpulan
Malaysia
berpotensi besar untuk menjadi pengeluar uatama nanas segar di pasaran dunia
terutama pasaran Asia Tenggara dan negara-negara Teluk. Namun yang demikian
pihak LPNM perlu berusaha untuk membangunkan pembangunan varieti nanas segar
yang berkualiti tinggi dan mengaplikasi teknologi terkini dalam meningkatkan
produktiviti nanas segar untuk bersaing dengan Negara Pengeluar yang lain seperti
Thailand, Filipina dan Indonesia yang menduduki lima tangga teratas pengeluar
nanas dunia. Jika dilihat keupayaaan Negara Indonesia yang hanya menduduki
tangga yang ke-17 bagi kelulusan kawasan tanaman nanas tetapi berupaya menjadi
pengeluar di tangga ke-5 dunia berbanding dengan Malaysia mempunyai keluasan
kawasan tanaman di tangga ke-15 tetapi menjadi pengeluar di tangga ke-18 bagi
kedudukan negara pengeluar nanas dunia.
Pihak
LPNM dan MOA perlu menjadikan negara Thailand dan Indonesia sebagai contoh dan
menjadikan sebagai panduan bagaimana kedua-dua negara tersebut berupaya
meningkatkan produktiviti nanas dengan kawasan tanaman nanas yang lebih kurang
sama dengan Malaysia.
Usahawan
nanas juga perlu cekal dan fokus dalam tanaman nanas dengan bantuan khidmat
sokongan berterusan daripada pihak agensi kerajaan dilihat dapat membantu
Malaysia menjadi pengeksport utama nanas segar dunia pada masa akan datang dan
memenuhi keperluan nanas segar bagi pasaran domestik tanpa mengimport nanas
segar daripada negara luar.
RUJUKAN
[1].
Food and Ariculture Organization (FAO)
[2].
Laporan Tahunan LPNM 2014
[4]
Sumber http://www.gtis.com/gta
[5]
Raziah, M.L. (2010). Senario dan Prospek Industri Nanas Malaysia.Economic and
Technology Management Review. Malaysian Agricultural Research and Development
Institute (MARDI).Serdang m.s 11-24.
[6]
FAMA (2004). Analisis Industri Buah Nanas. Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA).
Comments