BPMN 1013 PENGANTAR PENGURUSAN


1.0         Pengenalan Tokoh
Description: Asa Candler Photo

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE : KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya pada tahun 1886. Asalnya ia dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19. Namun begitu hasil usaha dan strategi pemasaran yang bijaksana oleh usahawan Asa Griggs Candler, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coke masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.

Dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19, Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan Asa Griggs Candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke sanggup mendominasikan pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Ahli farmasi John Stith Pemberton dari Columbus, Georgia mereka wain koka yang diberikan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton ("Pemberton's French Wine Coca") pada tahun 1884. Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani[1].

Sewaktu Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap penjualan minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan versi kola wain Perancis tanpa alkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai "Coca-Cola" kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi lima auns daun koka. Jualan pertama dibuat di "Farmasi Jacob" di Atlanta, Georgia pada 8 Mei 1886. Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari. Pemberton mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut di Jurnal Atlanta.

Pada mula-mulanya, Coca-Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Walaupun Pemberton bermaksud minuman itu dijual sebagai minuman tanpa bergas, ia dijual melalui dispenser soda yang amat popular di Amerika Syarikat pada waktu itu kerana kepercayaan bahawa air berkarbonat adalah baik untuk kesihatan. Pemberton mendakwa bahawa Coca-Cola dapat mengubati banyak penyakit, termasuk ketagihan morfin, dispepsia, neurastenia, sakit kepala, dan mati pucuk[2].

Pada 1887 sementara mengalami ketagihan morfin, Pemberton menjual sebahagian hak milik syarikatnya kepada Asa Griggs Candler yang memperbadankannya menjadi Perbadanan Coca Cola pada tahun 1888. Pada tahun yang sama, Pemberton menjual haknya buat kali kedua kepada lagi tiga usahawan: J.C. Mayfield, A.O. Murphey, dan E.H. Bloodworth. Pada waktu yang sama, Charley Pemberton, anak Pemberton yang merupakan penagih alkohol, bermula menjual versi sendiri. Tiga versi Coca-Cola - dijual oleh tiga perniagaan yang berasingan - terdapat di dalam pasaran.

Untuk mengatasi masalah itu, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama "Coca-Cola" adalah kepunyaan Charley, akan tetapi kedua-dua pengilang yang lain itu boleh meneruskan penggunaan rumusannya. Oleh sebab itu, pada musim panas 1888, Candler menjual minumannya di bawah nama "Yum Yum" dan "Koke". Selepas kedua-dua nama itu gagal menerima sambutan yang baik, Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama "Coca-Cola pada akhir 1888 kerana ingin menutupkan perniagaan kedua-dua pesaingnya. Candler membeli hak eksklusif untuk rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker. Bagaimanapun, pada tahun 1914, Dozier mendakwa bahawa tandatangannya pada bil jualan adalah palsu, dan penganalisisan kemudian menunjukkan bahawa tandatangan John Pemberton juga mungkin merupakan pemalsuan[3].
Description: http://ww1.utusan.com.my/pix/2011/0424/Utusan_Malaysia/Rencana/re_13.1.jpg
Secret Recipe adalah rantaian kafe gaya hidup popular diasaskan sejak 1996 dan dilancarkan secara rasmi pada 1997. Kafe berpusat di Malaysia itu, berjaya membina jenama di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Filipina, Brunei, dan Australia dan berjaya membina jenama produknya tersendiri berdasarkan gabungan menu dan kualiti kek yang dicipta. Kafe ini juga diiktiraf dengan pensijilan halal yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)[4]. Secret Recipe komited untuk mematuhi piawaian penyediaan makanan dan pemprosesan semua di restoran mengikut garis panduan kawal selia, termasuk garis panduan analisis bahaya dan titik kawalan kritikal (HACCP) dan pembungkus produk yang didaftarkan untuk mendapat dan mewujudkan keyakinan pengguna ke atas keselamatan produk di samping sebagai kaedah penggalak pemasaran (VHM). Pelanggan boleh menikmati lebih daripada 20 jenis makanan, 40 ciptaan kek dan pastri, dengan pelbagai berperisa ais krim dan minuman.

Menaungi kira-kira 3000 pekerja di seluruh negara - 95 peratus rakyat tempatan, selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98 peratus daripada keseluruhan pekerjanya Melayu beragama Islam. Angka itu membuatkan keterujaan mahu menyelongkar di sebalik nama Datuk Steven Sim meluap-luap. Tidak banyak tulisan mengenainya sedangkan jenama Secret Recipe yang diasaskan beliau membina nama ke peringkat antarabangsa. Secret Recipe lebih menonjol daripada tuannya - kesempatan bersembang dua jam dengan Steven cukup untuk menjawab perbandingan tersebut.

Anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan itu hakikatnya amat merendah diri. Prinsip hidupnya antara lain jangan tamak. ''Kita dilahirkan kosong, bila mati pun tak bawa apa-apa,'' kata anak bongsu lapan beradik yang mengkategorikan kehidupan masa kecilnya susah. Suasana kampung sarat dengan kekurangan menjadikan Steven manusia kreatif. Semua permainan dibuat sendiri. Jika budak-budak lain membuat wau biasa, Steven menambah nilai misalnya memastikan wau hasil tangannya mempunyai bunyi berdengung. Untuk bermain hoki pelepah kelapa 'dikemaskan' manakala biji getah digosok hingga licin sehingga ada rakan tertarik lalu membelinya selain aktiviti menangkap ikan yang kemudiannya juga menjadi hasil jualan.

Majoriti rakan Steven berbangsa Melayu sementelah dia sendiri membesar di perkampungan Melayu. Hubungan dengan jiran biar berbeza bangsa sangat rapat, manakala di kalangan rakan-rakan tidak pernah berbangkit soal tidak boleh bermain bersama semata-mata kerana 'aku Melayu dan engkau Cina'. Mengakui dilahirkan dengan bakat berniaga, bagi Steven jiwa keusahawanan bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari atau boleh dibuat-buat. Sebagai anak bongsu dia sering mempertahankan haknya, lantang meluahkan perasaan. ''Anak bongsu biasalah abang-abang suka mengusik, buli. Tetapi saya ada keberanian untuk bersuara,'' katanya.

Pernah bercita-cita mahu menjadi Pereka Hiasan Dalaman, namun siapa sangka rezeki Steven melimpah-ruah dalam bidang perniagaan makanan. Itu pun bukan pekerjaan pertamanya. Dia pernah berkhidmat dengan syarikat antarabangsa dalam bidang pemasaran dan jenama khusus menyelia rangkaian pejabat di negara-negara Asia Pasifik. Banyak yang dipelajari terutamanya apabila berpeluang melawat pelbagai negara sepanjang kariernya itu. Steven gemar melancong namun dia tidak mahu pulang kosong. Dia menjadi pemerhati kepada gaya hidup masyarakat di negara yang dilawatinya. Setiap persoalan seperti mengapa penduduk Dubai makan lewat malam, penduduk Australia cepat menghabiskan kerja dianalisis dan dicari jawapan.

Ditanya bagaimana Secret Recipe bermula, Steven mengimbas kenangan kira-kira 14 tahun lalu di mana dia dan tiga anak saudaranya memulakan perniagaan kek dan kopi menggunakan konsep baru. ''Ketika itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang dalam perniagaan makanan di negara kita. Kita ada fine dining di hotel-hotel, manakala kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan kurang menjaga kebersihan.

''Tidak ada casual dining di mana kita boleh menikmati hidangan sambil bersantai dalam suasana yang menarik dengan harga makanan tidak terlalu mahal,'' katanya.

Dari situ bermulalah premis pertama Secret Recipe di SS2 Petaling Jaya. Anak tangga pertama tidak mudah didaki lantaran tiada siapa tahu tentang jenama itu. Oleh kerana tidak cukup modal untuk mengiklankan tentang outlet pertama, Steven melakukan pemasaran sendiri menawarkan kopi percuma. Ternyata ada perkembangan positif, daripada menikmati kopi percuma pelanggan mencuba pula kek-kek yang dijual di situ. Steven tidak lupa pengalaman yang mendedahkan Secret Recipe kepada dunia sebenar. Seorang wartawan dari majalah KL Vision mencuba kek kejunya dan mencadangkan supaya dia menyertai pertandingan kek keju tahunan. Apabila tiba hari pertandingan Steven langsung tidak membuat persiapan kerana terlupa tarikh yang dimaklumkan kepadanya. Dia cuma menghantar kek keju biasa dan tidak menaruh harapan untuk menang. ''Semasa itu peserta terdiri daripada chef-chef hotel terkenal, sedangkan Secret Recipe tak ada siapa pun yang kenal, hakim-hakim pun tak tahu tentang kami,'' katanya tidak menyangka ketika itu kek keju Secret Recipe memenangi Grand Champion. Selepas itu anugerah yang diterima Secret Recipe tidak terhitung. Terlalu banyak dan pelbagai sehingga memupuk kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut.

2.0         Gaya Kepimpinan kedua – dua tokoh
Gaya kepimpinan merupakan pendekatan dan cara gaya bertindak yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya mencapai matlamat organisasi (Newstan & Davis, 1993). Pendekatan ini sering dikaitkan dengan cara penggunaan kuasa yang diamalkan oleh seseorang pemimpin dalam menetapkan hala tuju organisasi, merancang dan melaksanakan strategi dan memotivasikan warga sekolah yang dipimpinnya (Mohd Najib Ghafar & Tamyis Arbah, 2008).

Asa Candler mempunyai kepimpinan yang terbuka dan kreatif. Beliau menggalakan pekerja bawahannya terlibat dalam memberikan idea bagi memajukan syarikat. Ini terbukti apabila Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada 1955. Beliau juga kreatif apabila bijak mengambil peluang untuk menjadikan jenama  coca cola sebagai hak milik beliau. Untuk mengatasi masalah itu, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama "Coca-Cola" adalah kepunyaan Charley, akan tetapi kedua-dua pengilang yang lain itu boleh meneruskan penggunaan rumusannya. Oleh sebab itu, pada musim panas 1888, Candler menjual minumannya di bawah nama "Yum Yum" dan "Koke". Selepas kedua-dua nama itu gagal menerima sambutan yang baik, Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama "Coca-Cola pada akhir 1888 kerana ingin menutupkan perniagaan kedua-dua pesaingnya. Candler membeli hak eksklusif untuk rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker.

Ditanya tentang nama Secret Recipe, Steven berkongsi cerita. Katanya, dia sememangnya seorang yang suka bekerja. Otaknya juga tidak berhenti bekerja walaupun ketika tidur. Lebih menarik lagi, di sisi katilnya mesti ada kertas dan pen. Tangannya akan menulis apa yang tercetus semasa tidur. Itu keistimewaan bapa kepada lima anak itu. Dia memberitahu nama Secret Recipe diperoleh semasa di Hong Kong. Seperti biasa bangkit daripada tidur dia membelek kertas kecil di meja sisi dan perkataan Secret Recipe tertera di situ. Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan memberi idea kepada Steven untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Bermula dengan saudara mara dan rakan-rakan rapat, Steven secara perlahan-lahan menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa saja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe. Kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara. Dia yang masih belum berpuas hati mahu mengembangkan jenama makanan Malaysia ke luar negara.

''Kita lihat masyarakat antarabangsa mudah mengenali makanan Thai, Jepun, Vietnam, China dan sebagainya tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej antarabangsa.
''Dari situ lahir keinginan saya untuk meneroka pasaran luar biar pun saya telah menjangkakan cabaran yang dihadapi bukan sedikit,'' katanya.
Steven berkongsi pengalaman memperkenalkan Secret Recipe di negara jiran Singapura. Hasrat membuka outlet di Orchard Road kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Tidak berputus asa dia mencuba di kawasan lain di republik itu ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan. Tatkala berjaya mencipta nama di situ, Steven ditawarkan ruang perniagaan di Orchard Road. Tidak terhenti di situ, dua kali dia didatangi pihak pelaburan Singapura mencadangkan supaya ibu pejabat Secret Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagai tawaran menarik turut mengiringi jemputan tersebut. Namun jati diri anak Kelantan itu ternyata kukuh, tidak mudah terpesona dengan tawaran yang sememangnya tidak diperoleh di negara sendiri.

3.0         Perkembangan Organisasi
Coca-Cola menjadi penaja Sukan Olimpik yang sulung pada sukan 1928 di Amsterdam dan telah menjadi penaja Olimpik yang tetap sejak masa itu. Tajaan korporatnya termasuk Sukan Olimpik Atlanta 1996 di Atlanta yang membenarkan menyoroti tempat asalnya. Sejak 1978, Coca-Cola ialah penaja utama untuk FIFA dan telah menaja setiap Piala Dunia FIFA dan pertandingan FIFA yang lain. Sebenarnya, salah satu daripada piala pertandingan: Kejohanan Belia Dunia FIFA dari Tunisia pada tahun 1977 hingga Malaysia pada tahun 1997 telah digelarkan "FIFA - Piala Coca Cola". Tambahan pula, Coca-Cola juga menaja Coca-Cola 600 untuk siri perlumbaan automobil, Piala Nextel NASCAR Nextel Cup, di Litar Lumba Motor Lowe, Carolina Utara. Coca-Cola mempunyai sejarah hubungan pemasaran sukan yang panjang. Sejak permulaannya, syarikat itu telah menaja bukan sahaja Besbol Liga Utama (Major League Baseball), Liga Bola Sepak Nasional (National Football League), Persatuan Bola Keranjang Nasional (National Basketball Association) dan Liga Hoki Nasional (National Hockey League), mahupun banyak pasukan dalam liga-liga ini. Syarikat itu juga telah lama menaja Liga Bola Sepak Australia (Australian Football League), dan pada suatu masa, memegang hak-hak penamaan untuk Musim Perdananya. Tiap-tiap tahun, Coca-Cola juga menaja permainan ujian Bola Sepak Peraturan Antarabangsa antara Australia dan Ireland.

Datuk berjaya membawa pencuci mulut yang mendapat sambutan yang sangat baik di masyarakat barat kepada masyarakat Melayu yang suka makan kerepek atau yang tidak suka produk Barat. Tetapi, Datuk telah memilih kek sebagai produk utamanya kerana masyarakat Melayu, Cina, India sama ada Barat akan membeli kek untuk pelbagai tujuan, iaitu menyambut hari jadi, Hari Ibu, Hari Bapa atau menyambut sesuatu kejayaan. Selain itu, Datuk juga memperkenalkan konsep baru, iaitu Secret Recipe bukan menjual kek sahaja dan juga menjual nasi, pasta, mee dan sebagainya. Datuk juga memperkenalkan konsep kedai makan yang baru di Secret Recipe. Konsep kedai makan kebiasaan dikenalkan di restoran tetepi bukan di kedai kek. Datuk telah memperkenalkan konsep yang baru dan unik dan Datuk juga bekerja keras demi menunaikan konsep walaupun perjalanan untuk menunaikan konsep tersebut sangat susah dan Datuk telah membuktikan konsep beliau dengan kejayaan. Inilah sebab-sebab saya memilih Datuk Steven Sim, pengasas Secret Recipe.

Kini dengan pasaran menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lagi, percaturan Steven bersama tiga anak saudaranya pada tahun 1997 untuk mengangkat jenama Malaysia ternyata tidak silap. Dia juga bersungguh-sungguh memastikan jenama Malaysia itu membawa sijil Halal biar di mana saja ia dibuka lantaran percaya industri makanan halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam ada di mana saja untuk menikmatinya selain orang bukan Islam yang juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang disajikan.

Semasa diawalkan pembukaan, Secret Recipe kurang mendapat sambutan. Oleh itu, beliau mengedarkan flyers yang tertera "free coffee" dengan berjalan kaki. Seperti yang kita sedia maklum masyarakat Malaysia sukakan benda yang percuma. Ole itu, ramai pelanggan datang ke warung Secret Recipe mencuba pelbagai kek yang ada. Dato Steven Sim mengambil peluang tersebut untuk mendapat maklum balas kepuasan pelanggan, dan daripada komen-komen yang diberi beliau mengubah kek-kek tersebut mengikut cita rasa masyarakat  Malaysia.

4.0         Tahap pertumbuhan organisasi
Pada tahun 1892, Candler memperbadankan syarikat kedua, "Syarikat Coca-Cola" ("The Coca-Cola Company") (perbadanan kini), dan kemudian pada 1910, dia membakar rekod-rekod syarikat yang terawal untuk mengaburkan keasalan syarikatnya di sisi undang-undang. Candler kemudian bermula memasarkan produk itu secara agresif, tetapi kesan yang diharap-harapkan daripada kempen pengiklanan tidak dapat diperolehi sehingga jauh kemudian.

Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada 1955. Pembotolan Coca-Cola yang pertama dilaksanakan di Syarikat Biedenharn Candy di Vicksburg, Mississippi, pada tahun 1891. Pemiliknya Joseph A. Biedenharn. Botol yang asli adalah botol Biedenharn, yang kelihatan amat berbeza daripada reka bentuk skirt hobel yang kini amat biasa. Asa Candler tidak yakin akan pembotolan minuman itu, tetapi kedua-dua usahawan yang mengemukakan gagasan itu amat meyakinkan sehingga Candler menandatangani kontrak yang memberikan kawalan prosedur pembotolan kepada mereka. Bagaimanapun, kontrak yang tidak ketat itu membawakan kesulitan kepada syarikat Coca-Cola pada dekad-dekad yang berikut. Masalah itu dirumitkan lagi dengan keputusan pembotol untuk memberikan subkontrak kepada syarikat-syarikat yang lain &mdash pada hakikatnya, menjadi pembotol induk. Ini bermakna bahawa Coca-Cola dijual dalam pebagai jenis botol, sehingga pengenalan botol Coke piawai yang ikonik pada tahun 1916.

Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan memberi idea kepada Steven untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Bermula dengan saudara mara dan rakan-rakan rapat, Steven secara perlahan-lahan menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa saja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe. Kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara. Dia yang masih belum berpuas hati mahu mengembangkan jenama makanan Malaysia ke luar negara.

''Kita lihat masyarakat antarabangsa mudah mengenali makanan Thai, Jepun, Vietnam, China dan sebagainya tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej antarabangsa.
''Dari situ lahir keinginan saya untuk meneroka pasaran luar biar pun saya telah menjangkakan cabaran yang dihadapi bukan sedikit,'' katanya.

Kini dengan pasaran menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lagi, percaturan Steven bersama tiga anak saudaranya pada tahun 1997 untuk mengangkat jenama Malaysia ternyata tidak silap. Dia juga bersungguh-sungguh memastikan jenama Malaysia itu membawa sijil Halal biar di mana saja ia dibuka lantaran percaya industri makanan halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam ada di mana saja untuk menikmatinya selain orang bukan Islam yang juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang disajikan.

Kini terdapat 270 kafe Secret Recipe di lapan buah negara termasuk di Australia dengan lebih 3,500 pekerja. Secara puratanya, kesemua kafe Secret Recipe mencatat jualan sebanyak RM400 juta setahun. Daripada jumlah ini, RM150 juta dijana oleh 50 cawangan yang dimiliki sendiri oleh Secret Recipe, dengan catatan untung bersih sebanyak RM20 juta.

5.0         Kesimpulan
Asa Candler, juga seorang bekas jurujual, membina armada jualan untuk menjual sirap Coca-Cola ke restoran-restoran setelah membeli formulanya dari John Pemberton seorang ahli farmasi dengan harga USD2,300 pada tahun 1886[5]. Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada 1955. Pembotolan Coca-Cola yang pertama dilaksanakan di Syarikat Biedenharn Candy di Vicksburg, Mississippi, pada tahun 1891. Pemiliknya Joseph A. Biedenharn. Botol yang asli adalah botol Biedenharn, yang kelihatan amat berbeza daripada reka bentuk skirt hobel yang kini amat biasa. Asa Candler tidak yakin akan pembotolan minuman itu, tetapi kedua-dua usahawan yang mengemukakan gagasan itu amat meyakinkan sehingga Candler menandatangani kontrak yang memberikan kawalan prosedur pembotolan kepada mereka. Bagaimanapun, kontrak yang tidak ketat itu membawakan kesulitan kepada syarikat Coca-Cola pada dekad-dekad yang berikut. Masalah itu dirumitkan lagi dengan keputusan pembotol untuk memberikan subkontrak kepada syarikat-syarikat yang lain pada hakikatnya, menjadi pembotol induk. Ini bermakna bahawa Coca-Cola dijual dalam pebagai jenis botol, sehingga pengenalan botol Coke piawai yang ikonik pada tahun 1916 dan ia terus terkenal dan produk yang laris sehingga kini.
Apakah resipi rahsia Steven Sim, seorang usahawan yang ‘low profile’, dalam membangunkan jenama Secret Recipe hingga mencapai tahapnya sekarang?
#1 - Pilih produk yang tepat untuk pasaran
Steven Sim memilih kek sebagai produk utamanya kerana walau pun ia berasal dari Barat, ia merupakan makanan universal dan terdapat dalam setiap kebudayaan, bangsa dan negara. Ia merupakan produk yang mudah dan juga tergolong dalam kategori produk yang menyeronokkan, serta diminati setiap orang tidak kira kanak-kanak, remaja, orang muda mahupun orang tua.

#2 – Perkenalkan konsep yang unik dan baru
Steven Sim mengambil keputusan untuk menceburi bisnes ini apabila mendapati terdapat kekurangan yang ketara, dalam konsep kafe yang menawarkan suasana menikmati hidangan yang kasual dan santai pada ketika itu.

#3 – Bina pasukan kerja yang berkemahiran
Pada peringkat awal, Steven Sim bekerjasama dengan tiga orang anak saudaranya untuk memulakan bisnes. Ketiga-tiga anak saudaranya mempunyai kemahiran dalam bidang pembuatan kek, dan membangunkan produk-produk baru yang mampu menarik perhatian dan selera pelanggan.

#4 – Hasilkan perancangan yang jelas
Pada peringkat awal, Steven Sim memfokuskan pada strategi membina jenamanya untuk membezakan Secret Recipe dengan pesaing. Ini termasuklah mencipta logo, memilih warna korporat bisnes, memperincikan strategi pemasaran, menghasilkan uniform pekerja, merekabentuk paparan menu hidangan, menetapkan hiasan dalaman (interior design) kafe, dan mewujudkan standard bagi khidmat pelanggan.

#5 – Sesuaikan produk dengan ‘selera’ tempatan
Sebelum memasuki sesuatu pasaran di negara baru, Steven Sim akan melakukan kajian pasaran berkaitan gaya hidup, pembezaan budaya, jenis makanan utama dan budaya pemakanan masyarakat di negara tersebut. Ini bagi memastikan produk Secret Recipe mudah diterima oleh masyarakat tempatan tersebut.

#6 – Jaga kualiti produk
Sebagai sebuah jenama yang mempunyai kehadiran di pelbagai negara, cabaran paling besar yang dihadapi oleh Steven Sim adalah memastikan kualiti produk yang konsisten, di setiap cawangan terutamanya rasa bagi setiap menu (kecuali menu yang perlu diubahsuai berdasarkan citarasa tempatan).

#7 – Berfikiran besar
Walaupun telah mempunyai 15 cawangan pada tahun 2000, termasuk satu di Singapura, Steven Sim tidak berpuas hati dengan hanya mencapai tahap itu. Pada tahun yang sama beliau mengorak langkah untuk membina Secret Recipe menjadi jenama global, dengan meneroka pasaran Thailand. Seperti yang dinyatakan di awal artikel, kini terdapat 270 cawangan Secret Recipe di mana 80 darinya terletak di luar Negara[6].

#8 – Percaya pada diri sendiri
Sebelum menjadi usahawan, Steven Sim pernah memegang beberapa jawatan tinggi seperti pengarah urusan Modern Mum Sdn Bhd, pengarah Tony & Guy Hairdressing dan pengarah pemasaran Tigi Asia Pty Ltd dengan gaji mencecah lima angka[7].


6.0                                                                             Rujukan


[2] https://www.georgiaencyclopedia.org/articles/history-archaeology/asa-candler-1851-1929




[6] https://www.secretrecipe.com.my/our-story/








Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

ANALISA PEKERJAAN