VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II


CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : GOTONG ROYONG PERDANA & MAJLIS MESRA SISWA/SISWI DI KG LAUT, TUMPAT, KELANTAN

1.0                 PENGENALAN
           
Program Khidmat Masyarakat merupakan sebahagian dari kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar semseter 2 UUM PJJ cawangan Kelantan. Melalui mata pelajaran ini pelajar dikehendaki merancang satu projek khidmat masyarakat bagi menyemarakkan semula semangat sukare masyarakat yang kian pudar.  Oleh itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu khidmat masyarakat.

Program ini berhasrat untuk melaksanakan  khidmat bakti di sebuah kampong yang diberi nama “Kampong Laut” yang terletak di daerah Tumpat, Kelantan. Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa kampong tersebut telah mengalami banjir besar pada hujung tahun 2014, Keadaan fizikal di kampong ini masih dalam proses pemulihan pasca banjir dimana keadaan kampong masih berdebu dan berberapa infrastruktur seperti jalan raya yang rosak akibat banjir baru sahaja dibaiki.

Selain itu, penduduk Kg. Laut masih mengalami trauma sejak banjir berlaku dimana banyak juga penduduk yang mengalami kemusnahan harta benda dan ternakan. Mengikut hasil kajian Overview kami, kabanyakan penduduk disini menjalan aktiviti ekonomi seperti perusahaan serunding daging, dodol dan menternak binatang. Sejak banjir banyak kilang-kilang atau perusahaan serunding dan dodol yang ditelenggami banjir dan belum dapat beroperasi sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di tempat yang dicadangkan ini. Gambar banjir besar yang berlaku di Kg Laut pada hujung tahun lepas adalah seperti di Gambar 1.

            Mahasiswa dan Mahasisiwi UUM juga akan dideahkan dengan kesenian Kg. Laut. Rebana Kercing merupakan tarian tradisional yang telah bertapak di Kampung Laut Kelantan sejak 150 tahun yang lampau. Rebana kercing merupakan kegiatan kesenian yang giat dipelajari terutamanya di Kelantan. Pementasan rebana kercing ini menggabungkan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Orang dewasa akan bertindak sebagai pemalu rebana manakala kanak-kanak akan bertindak sebagai penari.

Seni rebana kercing ini dikatakan telah dibawa masuk oleh pedagang Arab pada zaman silam melalui jalan air ke Kampung Laut, Tumpat. Rebana kercing ini mempunyai tiga elemen yang digabungkan dalam satu persembahan, iaitu pukulan rebana kercing, penari, dan lagu. Penari kanak-kanak akan memakai baju Melayu dengan kelengkapan hiasan seperti pemekup dada, siba dayang, dan untaian buah yang bertujuan untuk menambahkan seri persembahan mereka.

Menurut pengasas Kumpulan Budaya Rebana Kercing Kampung Laut, Pak Su Harun, ada tiga perkara asas yang perlu dikuasai sebelum seseorang itu mampu mengetuai sesuatu kumpulan. Seseorang itu mestilah fasih setiap lagu rebana kercing, mampu memimpin paluan rebana kercing dan pandai menyusun gerak tari yang membabitkan pergerakan tangan dan kaki yang aktif dan bersopan.

Semua lagu yang dimainkan dalam persembahan rebana kercing ini dikatakan menggunakan bahasa Arab dan sehingga kini ada 58 buah lagu yang diperturunkan secara lisan dari generasi dahulu tetapi hanya 26 buah lagu yang berjaya dikesan. Satu perkara yang membimbangkan penggiat seni ini ialah lagu-lagu yang terdapat dalam kesenian ini akan pupus kerana tidak ada pihak yang mengambil bahagian aktif untuk menyalin atau merakamkan lagu-lagu ini. Selain itu, usaha-usaha untuk menterjemahkan lagu-lagu ini dalam bahasa Melayu tidak pernah dilakukan. Kebanyakan lagunya berkisar tentang memuji kebesaran Tuhan dan mengisahkan perjuangan nabi.

Seperkara lagi yang menarik ialah peralatan hiasan yang digunakan seperti pemekup dada dikatakan telah berusia 150 tahun. Pemekup dada ini dipulihara agar dapat digunakan dan menjadi warisan sejarah yang bernilai. Pak Su Harun mendakwa ada pihak yang ingin membeli pemekup dada ini dengan harga yang tinggi tetapi beliau enggan menjualnya kerana barangan barangan ini ialah pusaka warisan Kampung Laut. Pemekup dada ini lebih bernilai daripada wang ringgit kerana barangan ini milik masyarakat bersama.Beliau juga berharap agar usaha-usaha yang dijalankannya untuk membimbing kanak-kanak untuk menguasai kesenian ini seterusnya mengembangkannya ke persada seni mendapat perhatian pelbagai pihak dan mampu mewarnai persada seni rakyat Kelantan. Aktiviti Persatuan Rebana Kercing Kg. Laut seperti di Gambar 2.

Sebut sahaja sambal daging dari Kampung Laut, Tumpat, pasti ramai yang tahu mengenai keenakan serunding itu terutama penduduk di negeri Kelantan. Sudah 20 tahun serunding kampung tersebut berada dalam pasaran dan sentiasa mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Sehingga kini terdapat seramai 52 pengusaha serunding di kampung itu yang menghasilkan bertan-tan serunding setiap minggu dan Perusahaan Serunding Wan Esah Wan Husin atau lebih dikenali sebagai Sambil Daging Mak Sah merupakan salah satu yang terkenal di kampung berkenaan. Kami akan membuat lawatan ke kilang beliau seperti di Gambar 3.

                                  Siswa/ siswi adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, siswa/siswi harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu  menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi.

                                  Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

GAMBAR 1 : BANJIR BESAR 2014  DI KG LAUT


GAMBAR 2 : PERSATUAN REBANA KERCING KG. LAUT



GAMBAR 3 : PERUSAHAAN SERUNDING KG LAUT

Proses merebus daging
Pekerja sedang menggoreng serunding daging


2.0                 MATLAMAT PROJEK 

Projek  ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.  Selain memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ia juga bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Melalui projek ini, semagat sukarelawan di antara siswa/siswi dan penduduk kampong dapat disemarakkan. Mahsiswa dan mahasiswi UUM juga dapat mengenali tarian tradisonal seperti Reabana Kercing telah lama bertapak di Kg. Laut sejak sejak 150 tahun yang lampau. Diharap generasi kini tidak melupakan kesenian tempatan yang merupakan warisan nenek moyang dan kebanggaan Negara.

3.0                 OBJEKTIF PROJEK   

Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat;

3.1           Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada  komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
3.2           Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang positif.
3.3           Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil  peranan secara peranan secara aktif dalam kumpulan.
3.4    Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan masyarakat tempatan
3.5        menyemarakkan semuala semangat sukarelana dikalangan masyarakat
3.6        Menjalinkan kerjasama erat anatara siswa/siswi dengan agensi Kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
3.7        Generasi kini mengenali tarian tradisonal seperti rebana kercing

4.0                  MAKLUMAT PROJEK
·         Nama Projek            : Projek Khidmat Masyarakat UUM Pace PJJ
                                       Ambilan Sesi Oktober 2014/2015, Semester 2
·         Tarikh Projek           : 22 Ogos 2015 (Sabtu)
·         Tempat Projek         : Kg. Laut, 16040 Tumpat, Kelantan
·         Jumlah Peserta       : 25 Orang pelajar UUM PACE
                                  1 orang pensyarah pengiring 
                                     30 orang wakil penduduk kg laut
                                     30 orang pemalu gendang & penari Rebana Kercing Kg. Laut
                                     10 orang pemain Persatuan Bola Sepak Kg. Laut
                                     5 orang wakil agensi Jabatan Bomba dan Pemyelamat
                                     Malaysia
                                     5 orang wakil agensi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
                                    
5.0                  JADUAL PROJEK
                                                
06 April 2015 (Isnin)

7                          07.00 pagi : Berkumpul di Pusat UUM PACE Kok Lanas Kota Bharu

07                        07.30 pagi     :    Bertolak dengan dua buah Van Toyota Hiace ke Kg Laut, Tumpat,
                                                     Kelantan.
Df
N                          08.30 pagi     :    Tiba di masjid Kg. Laut. Sarapan bersama penduduk kg dan Wakil
                                                         Agensi Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan
                                                         Awam Malaysia (JPA 3).

                             09.00 pagi     :   Taklimat awal dari Pengarah Projek, Mahasiswa Zainal Zainal Fikri
                                                        Bin Abd Manaf.

                             09.15 pagi     : Perasmian Gotong Royong Perdana oleh Pengarah UUM PACE
                                                      Cawangan Kelantan dan Ketua Kg Laut
                            
                             09.30 pagi     : Gotong royong membersihkan masjid dan Perkarangan masjid KG.
                                                      Laut

                             10.30 pagi     : Gotong royong membersihkan kubur kg laut

                             11.30 pagi     : Gotong-royong membersihkan pasar awam dan tandas awam Kg
                                                      Laut
                                       
                             01.00 tgh hr  : Berkumpul di Masjid Kg Laut. Jamuan makan Tengah Hari.

01.30 tgh hr  : Solat Zohor Berjemaah

02.30 ptg       : Lawatan ke Kilang Perusahaan Serunding Kg. Laut

04.30 ptg       : Solat Berjemaah di Masjid Kg. Laut.

05.00 ptg       : Aktiviti beriadah. Perlawanan persahabatan bola sepak diantara
                         Siswa UUM dengan Pasukan Bola Sepak Kg. Laut. Minum Petang.

07.00 mlm      : Makan malam. Solat Maghrib Berjemaah. Ceramah agama oleh    
                          Imam Masjid Kg. Laut.

08.30 mlm     : Solat Isyak Berjemaah.

09.00 mlm     : Lawatan ke Persatuan Rebana Kercing Kg. Laut.

10.00  mlm    : Majlis Penutup Program oleh Penyelaras Program UUM PACE dan
                         Cenderahati kepada Ketua Kg. Laut, Wakil agensi Bomba, Wakil
                          JPAM, Wakil Persatuan Bola Sepak Kg. Laut, Pengerusi Persatauan
                          Perusahaan Serunding Kg. Laut  dan Pengerusi Persatuan Rebana
                          Kercing Kg. Laut.

10.30 mlm     : Bertolak balik ke Pusat UUM Pace Kok Lanas, Kota Bharu.


6.0                  JAWATANKUASA INDUK
                  Sila rujuk Lampiran A

7.0                  JAWATANKUASA PELAKSANA & SENARAI TUGAS
      Sila rujuk Lampiran B

8.0                  ANGGARAN PERBELANJAAN
      Sila rujuk Lampiran C

9.0                   SENARAI NAMA PESERTA
       Sila rujuk lampiran D

10.0               PENUTUP

Diharapkan projek ini dapat diterima dan dililuskan oleh ahli mesyuarat. Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan tuan puan  amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………………...................
Zainal Fikri bin Abd Manaf (235747)
Semester 2  Okt 2014/2015
Bachelor of Business Administration

Diluluskan oleh,

............................................
( Encik Shahrol)                                           
Penyelaras Khidmat Masyarakat,
UUM PACE PJJ CAW. KELANTAN


LAMPIRAN A
JAWATANKUASA INDUK

Penaung                                                       :  Pengarah UUM PACE PJJ, UUM
                                                                              Sintok, Kedah Darul Aman.
Pengerusi                                                     :  Timbalan Pengarah UUM Pace PJJ
Penyelaras Khidmat Masyarakat                  :  En Shahrol



JAWATANKUASA  PELAKSANA

Pensyarah Pengiring                                   : En Shahrol
Pengarah Program                                       :  Zainal Fikkri bin Abd Manaf
Timbalan Pengarah Program                       :  Hasanah bt. Ali
Setiausaha                                                   :  Masrah bt. Yahya
Bendahari                                                     :  Umi Kalsom bt. Daud


AHLI JAWATANKUASA :

DOKUMENTASI & FOTOGRAFI   :Nawabiyaton B. Zainon                                          
MAKANAN                                     : Liza Bt. Mat Yatim
PENGANGKUTAN                         : Mohd Shaifuddin Bin A’kasah
KESELAMATAN & KEBAJIKAN    : Azman Bin Din
CENDERAMATA                            : Hasanah Bt. Ali
PENGACARAAN                            : Kasniza Jumari Bin Samsir
     
SUKAN                                             : Zainal Fikri bin Abd. Manaf



LAMPIRAN B
JAWATAN KUASA PELAKSANA
Bil

Jawatankuasa
AJK
Bidang Tugas
1.
Dokumentasi & Fotografi
Nawabiyaton b. Zainon 
Paizah bt. Mohd Yusof (Fotografi)
Membuat dokumentasi sebeblum dan selepas program
Mengambil gambar-gambar program yang djalankan
2.
Makanan
Liza bt Mat Yatim
Zainab bt Mohd Noor
Haslina bt Ngadimin
Zainab bt Ali
·         Menguruskan sarapan dan makan tenghari bagi peserta dan semua wakil penduduk dan agensi
·         Menghidang makanan untuk majlis perasmian dan penutup
·         Memastikan agihan makanan kepada semua mengikut jadual
3.
Pengangkutan
Sallehuddin b Meor Hassan
Abdul Hamid b Abdul Manap
·         Menguruskan pengangkutan  untuk membawa peserta pergi dan balik  (sewaan Van Toyota Hiace)
4.
Keselamatan & Kebajikan
Azman b Din
Nor Haniah bt Abdul Rahman
M Menjaga keselamatan dan kebajikan pepeserta sepanjang pelaksanaan projek.
5.
Cenderamata
Hasanah bt. Ali
Rosita bt Md Jali
  Menyediakan dulang /alas meja
untuk majlis penyampaian cenderamata


6.
Pengacaraan
Kasniza Jumari Bin Samsir
Mempengerusikan setiap  majlis
   Memastikan kelancaran setiap aktiviti
7.
Sukan
Zainal fikri
Memastikan semua pakaian sukan dan peralatan sukan pemain bola sepak siswa UUM






LAMPIRAN C
ANGGARAN PENDAPATAN

Bil.
Pendapatan
Harga  Seorang/sumber
Jumlah (24 orang)
1
Kutipan ahli
RM 100 x 25
RM 100.00 X 25 = RM 2,500.00
JUMLAH
RM 2,500.00



ANGGARAN PERBELANJAAN  

Bil.
Waktu Makan
Harga  Seorang/sumber
Jumlah (66 orang)
1
Sarapan Pagi
RM 3.00
RM 3.00 X 66 = RM 198.00
2
Makan tengah hari
RM 8.00
RM 8.00 X 66 = RM 528.00
3
Minum petang
RM 3.00
RM 3.00 X 35 = RM 105.00
4
Makan Malam
RM 10.00
RM 8.00 X 30 = RM 240.00
5
Cenderamata
RM 100.00
6 x hamper = RM 600.00
6
Pengangkutan
Sewa Van Hiace Rm 250/hari
2 van = RM 500.00
7
Petrol
RM 100 1 van
2 van = RM 200.00
8
Banner
54.50 satu
53.50 x 2 banner = RM 109.00
9
Dokumentasi
Rm 10.00/rim
T
Kertas A4 – 2 rim = RM 20.00
JUMLAH
RM 2,500.00





LAMPIRAN D
SENARAI NAMA PELAJAR UUM PACE PJJ CAWANGAN KELANTAN  BBA SEMESTER 2
 AMBILAN OKTOBER 2014/2015
BIL
NAMA
NO KAD PENGENALAN
NO TELEFON
1
ABDUL HAMID BIN ABDUL MANAP
641210-08-5269
017-5242447
2
AHMAD ZAKI BIN BASAR
661111-10-5130
019-6943576
3
AZMAN BIN DIN
660921-07-5327
013-3067070
4
HAMSIAH BINTI JAMALUDIN
650702-10-6120
013-2267692
5
HASANAH BINTI ALI
651220-13-5724
012-6783067
6
HASLINA BINTI NGADIMIN
650919-08-5164
019-3716659
7
HIRAWATI BINTI HASHIM
660919-01-5616
013-6689478
8
KASNIZA JUMARI BIN SHAMSIR
661028-10-5399
012-3921672
9
LIZA BINTI MAT YATIM
660525-10-6726
016-9953468
10
MASRAH BINTI YAHYA
660819-10-5286
019-6501908
11
MD YUSUF BIN HASHIM
670215-02-5591
016-2955814
12
MOHD AMIN BIN HAMZAH
660418-05-5177
019-2189697
13
MOHD SHAIFUDDIN BIN A'KASAH
650320-10-7275
012-6542211
14
NAWABIYATON BINTI ZAINON
660401-10-5182
019-3047615
15
NOR HANIAH BINTI AB. RAHMAN
661121-03-5268
012 2582514
16
NORAZIAH BINTI YUSOFF
700914-02-5034
016 2530045
17
PAIZAH BINTI MOHD YUSOF
711110-06-5544
0195907172
18
ROSITA BINTI MD. JALI
660928-10-5058
017-2749299
19
SALEHUDDIN BIN MEOR HASSAN
640727-08-6315
019-4210026
20
UMI KALSOM BINTI DAUD
660904-10-6718
013-3754828
21
ZABIDAH BINTI YUNOS
670418-01-6388
012-5750733
22
ZAINAB BINTI ALI
650911-01-5452
019-6315741
23
ZAINAB BINTI MOHD NOR
660427-10-5834
017-3556606
24
ZAITON BINTI ABD. RAHMAN
660718-01-5492
012-3327661
25
ZAINAL FIKRI BIN ABD MANAF
013-9286586



                       






Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

ANALISA PEKERJAAN