BAGAIMANA SESEBUAH TEORI KOMUNIKASI DIBENTUK
BAGAIMANA SESEBUAH
TEORI KOMUNIKASI DIBENTUK
1.0
PENGENALAN
Komunikasi
adalah suatu proses penyampaian maklumat atau pesanan dari satu pihak kepada
pihak yang lain agar terjadi keadaan yang mempengaruhi perbuatan seseorang. Ramai
pakar menilai bahawa komunikasi sangat diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ini diterangkan oleh Profesor Wilbur Schramm yang menerangkan bahawa komunikasi
dan masyarakat adalah dua data kembar yang tidak dapat dipisahkan satu sama
lainnya. Saodah, Narimah dan Mohd Yusof (2003) menerangkan komunikasi merupakan
suatu yang asas seperti mana keperluan kita untuk makanan, tempat tinggal dan
pakaian[1]. Individu dalam masyarakat akan berkomunikasi sama ada antara rakan
sekaum atau dengan kaum lain dalam proses sosial masyarakat. Kebiasaannya ia
melibatkan proses pertukaran dan koordinasi maklumat.
2.0
TEORI KOMUNIKASI
Teori
Komunikasi secara dasarnya adalah penyataan untuk menerangkan, menjelaskan,
menilai dan membuat ramalan terhadap komunikasi. Gabungan konsep antara teori iaitu
penyataan dengan komunikasi telah membentuk satu tanggapan atau proses yang
berfaedah untuk penyelidikan. Cragan dan Shields, (1998) menerangkan yang teori
komunikasi ialah satu kenyataan yang mengandungi konsep yang membantu memberi
secara keseluruhan atau sebahagian, keterangan, penjelasan dan mempunyai
perkaitan antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas dan menilai
fenomena serta ramalan[2].
Manakala
Borman (1989) pula member pendapat definisi satu perkataan atau istilah yang merupakan
pendokong kepada semua perbincangan yang berkaitan dengan proses komunikasi.
Berbanding Littlejohn (1996), pendapat yang dikemukakan oleh pakar komunikasi
ini lebih jelas iaitu teori komunikasi adalah satu teori atau sekumpulan
‘collective wisdom’ yang didapati daripada keseluruhan teori berkaitan proses
komunikasi. Teori komunikasi adalah penting bagi individu dan masyarakat untuk
memahami konsep interaksi individu yang menjadi pemangkin kepada pembentukan
masyarakat madani. Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang kepentingan
teori komunikasi kepada masyarakat. Terdapat pelbagai teori komunikasi yang
wujud didunia ini seperti Teori Komunikasi Lasswell, Teori Komunikasi Behaviorisme,
Teori Komunikasi Humanisme, Teori Penentuan Agenda dan lain-lain lagi.
3.0
BAGAIMANA SESEBUAH TEORI KOMUNIKASI
DIBENTUK
Saya
memilih untuk membincangkan mengenai salah satu teori komunikasi yang penting
iaitu Teori Penentuan Agenda (Agenda
Setting Theory). Walter Lipmann, seorang
wartawan dari Amerika Syarikat telah mempelopori teori penentuan agenda.
Menurut beliau, masyarakat menerima sesuatu fakta bukan sebagaimana adanya,
tetapi menerima apa yang mereka anggap sebagai fakta dan ada kalanya perkara
yang diterima merupakan fakta palsu. Menurutnya, hal ini demikian kerana
manusia tidak melihat sesuatu fakta dan merumuskan. Sebaliknya, merumuskan
sesuatu fakta dan kemudian merumuskannya.
McCombs
dan Shawan (2004) mendefinisikan penentuan agenda sebagai “mass media have the
ability to transfer the salience of items on their news agendas to public
agenda” (Griffin, 2010). Penjelasan ini memperincikan bahawa media massa berkuasa dalam mempengaruhi
serta mempengaruhi pola pemikiran khalayak melalui informasi yang disalurkan.
McCombs dan Shaw menerangkan bahawa media massa mampu membuat masyarakat
menilai sesuatu yang penting berdasarkan apa yang dipaparkan oleh media,
seperti ‘we judge as important what the media judge as important”.
Mereka berpendapat bahawa media massa selalunya mempunyai agenda tersendiri
iaitu menyampaikan berita kepada khalayak untuk mempengaruhi mereka. Masyarakat
sering kali beranggapan bahawa apa yang disampaikan oleh media adalah sangat
penting dan perlu diperhalusi secara terperinci. McCombs dan Shawan (2004)
beranggapan bahawa media tidak begitu signifikan dalam mempengaruhi pemikiran
rakyat tetapi media amat signifikan untuk mempengaruhi bagaimana rakyat
memikirkan sesuatu.
Sejak teori ini diperkenalkan, banyak kajian
ilmiah serta kertas kerja telah dibentangkan dalam pelbagai seminar di peringkat
antarabangsa. Denis McQuail (2000) mendefinisikan agenda setting sebagai “process
by which the relative attention given to items or issues in news coverage
influences the rank order of public awareness of issues and attribution of
significance. As an extension, effects on public policy may occur”.
Menurut
Bernard Cohen (1963) “The press may not be successful much of the
time in telling people what to think, but it is stunningly successful in
telling its readers what to think about”. Akhbar mungkin kurang berjaya
mendorong seseorang memikirkan sesuatu tetapi akhbar sangat berjaya mendorong
pembacanya untuk menetapkan apa yang perlu mereka fikirkan. Kenyataan ini jelas
menunjukkan pola pemikiran manusia boleh ditentukan mengikut sesuatu fakta atau
maklumat yang disebarkan. Teori Penentuan Agenda menggariskan bahawa media
massa berpengaruh untuk menyalurkan informasi serta menyedarkan masyarakat.
Media massa juga mampu mencuri tumpuan masyarakat terhadap sesuatu isu.
Penentuan agenda dapat ditakrifkan sebagai isu
atau berita yang penting untuk media, rakyat atau parti politik. Parti politik
menggunakan media untuk penentuan agenda untuk disampaikan kepada rakyat. Pada
tahun McCombs dan Shawan telah mempopularkan teori ini melalui kajian Pilihan
raya Amerika Syarikat. Mereka berpendapat bahawa media berkuasa mempengaruhi
rakyat.
Agenda
media Agenda
rakyat
Rajah I: Penentuan
Agenda
Namun
demikian, teori penentuan agenda ini juga telah mewujudkan beberapa polemik
dalam kalangan sarjana. Segelintir sarjana berpendapat bahawa media massa
mempunyai kuasa yang sangat kuat dan mampu meninggalkan kesan yang mendalam
dalam diri rakyat. Ini menggambarkan media massa menjadi ejen penentu agenda
calon pilihan raya ke atas pemilih. Rakyat bukan hanya bergantung kepada media
massa sahaja untuk mendapatkan informasi tentang calon pilihan raya, mereka
juga mendengar ceramah atau ucapan calon pilihan raya secara bersemuka dan
mampu membuat pertimbangkan logik berpandukan perkara yang disampaikan oleh
calon tersebut. Selain itu, publik juga mudah terpengaruh dengan khabar angin
atau berita palsu yang didengari daripada rakan-rakan dan ahli keluarga.
Di
samping itu, media massa secara beretika perlu menyediakan ruang liputan yang
sama rata untuk semua parti yang bertanding dalam pilihan raya. Namun demikian
realitinya adalah berbeza apabila kebanyakan media bertidak berat sebelah
dengan menyokong parti yang memerintah sesebuah negara. Ini menyebabkan berita
yang disiarkan tidak seimbang dan melanggar etika profesionalisme media massa.
Sekumpulan
sarjana berpendapat bahawa media tidak dapat mempengaruhi khalayak kerana media
massa hanya menyiarkan berita yang menjadi topik pilihan khalayak. Media massa
bagi tujuan survival perniagaan akan menyajikan berita yang sudah tersebar
dalam kalangan khalayak. Tahap mempengaruhi khalayak adalah pada peringkat
tahap kedua kerana khalayak terlebih dahulu sudah mendapat informasi awal
tentang sesuatu isu. Sarjana-sarjana ini berpendapat bahawa media massa hanya
berperanan memantapkan lagi persepsi khalayak tentang sesuatu isu. Mereka
berpendapat bahawa “news doesn’t select itself”. Berita tidak memilih dirinya
menjadi berita sebaliknya pihak-pihak tertentu yang menentukan perkara yang
perlu menjadi berita. Lazimnya, isu-isu semasa dalam kalangan khalayak akan
dijadikan berita.
Teori ini banyak digunakan dalam kajian pilihan raya
kerana rakyat bergantung pada media untuk membuat keputusan pilihan mereka
dalam pilihan raya. Pergantungan kepada media dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti akses mudah kepada media melalui internet. Dewasa ini, banyak surat
khabar dan majalah boleh dibaca dalam talian. Selain itu, di negara ini surat
khabar pelbagai bahasa mudah didapati di tempattempat tumpuan orang ramai. Di
samping itu, jarak antara rakyat dengan calon pilihan raya menyebabkan calon
pilihan raya tidak dapat menyalurkan informasi secara bersemuka kepada rakyat[3].
4.0
KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya dapat kita simpulkan disini bahawa komunikasi merupakan tunjang
dan asas utama dalam kehidupan bermasyarakat kerana ia berkait rapat dengan
tugas serta aktiviti harian kita khususnya dan masyarakat amnya. Dengan adanya
komunikasi kita dapat memberitahu, menghantar dan menerima pesanan kepada
seseorang. Tidak hanya disitu, melalui komunikasi, hubungan kemasyarakatan
dapat diterapkan melalui komunikasi yang berunsur hiburan dan jenaka yang boleh
mengeratkan hubungan antara individu dan masyarakat di dalam sesebuah komuniti
itu khasnya. Setiap ruang dan aspek kehidupan kita dipengaruhi oleh komunikasi
yang baik mahupun komunikasi dengan cara yang kurang baik, ia jelas mencakupi
segala aspek kehidupan masyarakat. Dengan demikian komunikasi tidak dapat
dipisahkan dengan kehidupan umat manusia dan masyarakat. Ia amat diperlukan
untuk mengatur aktiviti seharian dan pergaulan antara manusia.
5.0
RUJUKAN
[1] Saodah,
Narimah dan Mohd Yusof. (2003).
[2] Cragan, J. F., & Shields, D. C.
(1998). Understanding communication theory: The communicative forces for human
action. MA: Allyn & Bacon.
[3] KOMUNIKASI
POLITIK: STRATEGI KEMPEN CALON PILIHAN RAYA (Jessica Ong Hai Liaw ,Abdul Hamid
Moiden, S. Inderjit, Norlaila Mazura Mohaiyadin, Ahmad Azan Ridzuan, Noor Azmi
Zainol Abidin, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.(2018)
Comments