SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA
1.0 KONSEP KEPIMPINAN
Benarkah
pendapat yang mengatakan bahawa pemimpin tidak dapat dipisahkan dengan
kepimpinan? Pemimpin dan kepimpinan adalah pelengkap antara satu sama lain.
Pemimpin adalah individu manakala kepimpinan pula melambangkan kebolehan individu
untuk melakukan sesuatu melalui orang lain. Tegasnya pemimpin tidak akan
bermakna jika wawasannya tidak lagi dituruti atau dipatuhi oleh orang lain.
Pemimpin adalah personaliti atau individu yang diberi tanggungjawab serta
diamanahkan untuk memimpin kelompok individu, kumpulan, organisasi, negara
ataupun sesuatu unit sosial (keluarga).Pemimpin juga boleh dilihat dari
berbagai perspektif seperti pemimpin politik, pentadbiran, korporat, komuniti,
agama dan sebagainya [1].
Wujud
perbezaan pendapat samada pemimpin dibentuk atau dilahirkan. Dalam buku The
Skill of Leadership menyatakan bahawa `Leaders are born not made’[2]. Dalam
buku,`Leadership Dilemmas- Grid Solutions pula menyatakan bahawa wujudnya
pelbagai persoalan berhubung dengan pemimpin seperti; “ we often hear the
question, Are leaders made or is leadership something only a select few are
born with?” [3]. Ciri-ciri pemimpin adalah meliputi sifat-sifat personaliti,
gaya kepimpinannya, keadaan atau bentuk pekerjaannya, dan keperluan pengikut-pengikutnya[4]
.Secara umumnya, ukuran kejayaan seseorang pemimpin terletak kepada
sejauhmanakah pemimpin tersebut berupaya mengikut serta memenuhi kehendak orang
yang dipimpinnya[5]. Untuk memenuhi kehendak pengikutnya, seseorang pemimpin
perlu kepada kuasa. Dari sudut sosiologi, manusia bersaing untuk mendapatkan
sumber yang terhad dan juga cuba mengawal tingkahlaku orang lain. Hampir setiap
perhubungan sosial adalah bercorak politik yang jelas menggambarkan terdapatnya
pergelutan antara ahli untuk mendapatkan kuasa. Selain dari kuasa, terdapat dua
konsep lain yang berkaitan dengan politik iaitu paksaan dan kewibawaan[6]. Seperti
kebanyakan pemimpin yang hebat, , Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang
berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat
universiti.Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak
berilmu.Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila
beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
2.0 ISI KANDUNGAN
2.1 BIODATA TAN SRI SYED MOKHTAR
SHAH BIN SYED NOR AL-BUKHARY
Tan
Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951.Keluarganya
berasal dari Hadhramaut, Yemen.Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah,
bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga.Seterusnya, bapanya ke
Thailand.Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar
mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah.Pada tahun 1946, bapanya
mendirikan rumah tangga.Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik
dan dia adalah anak yang ketiga.Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang
serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang
tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak
menelaah.Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Tan
Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau
berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya,
Syed Omar di Johor Bahru.Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke
tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya
di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di
Sekolah Saint Micheal's.Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan
seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut
majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada
2005 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia.Beliau merupakan anak
Melayu yang kini tersenarai dalam Forbes sebagai seorang billionaire, dalam
kedudukan ke 754 dunia[7].
Sumber : Laporan Akhbar
2.2 Kerjaya perniagaan runcit
Beliau
membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga.
Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu
bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki
dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis .Semua
ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan
dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun
1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau
membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga
Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar[8].
Pada
1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam
RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas
membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat
Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya
itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat
Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Pada
1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di
bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).Pada 1975,
beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada
Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya
mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas
Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi
Baru.[8]
2.3 Syarikat usahasama
Beliau
turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng
Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong
Tan pula pengilang beras.Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee dan
Chong Tan masing-masing 32 % dan 16 %.Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai
Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok
Wan Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini
mencecah RM250 juta.
Pada
1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai
empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli
dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung
coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah
pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Pada
1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %)
dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan
jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam
Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Tahun
1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China.
Beliau berjaya menjalankan sistem barter , iaitu menukarkan koko dari Malaysia
dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang
kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera.Beliau membeli secara terus
daripada pengilang.
Beliau
menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang
Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments
Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang
berpusat di Seberang Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa
Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang
diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan
memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings
mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan
Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
2.4 Penswastaan pelabuhan
Syed
Bukhari menubuhkan Bukhari Shipping dan bertindak sebagai broker kapal di bawah
polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia. Beliau membeli sebuah kapal
buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta dan diberi nama 'Angsa
Mas'. Kapal itu mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Beliau
terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, kerana rugi sebanyak
USD400,000 (USD1 juta – USD600,000). Seterusnya beliau membeli beberapa bidang
tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat
Bukhary Development.
Dasar
penswastaan dijalankan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad
bagi mengurangkan pergantungan kerajaan . Menteri Besar Johor ketika itu ialah
Tan Sri Muhyiddin Yassin . Syed Mokhtar membeli Johor Port melalui tender pada
harga RM330 juta menerusi program penswastaan dan menjayakan Pelabuhan Tanjung
Pelepas bagi menyaingi Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula
dibelinya pada harga RM135 juta. Pelabuhan itu semakin maju hingga berjaya
meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari
Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan
Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Apabila
bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan syarikat usahasama Equiventure Sdn.
Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %) dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis,
Oneo.
2.5 Lebuh raya
Syed
Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation pada harga RM3 sesaham
daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). MMC dapat kontrak membina Lebuh Raya
Pantai Timur iaitu membina lebuh raya sambungan dari Karak ke Kuala Terengganu
. Beliau turut memilik saham 22.7 % dalam Malakoff Berhad iaitu IPP iaitu
syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia .20 peratus pegangan dalam IJM
Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain
itu, beliau memiliki 18 % pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan
beras dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu
konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 %
pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran
barangan elektronik .Syed mokhtar juga mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH,
iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia dan Singapura.
Syed
Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment
Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik
Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam Malaysia Mining
Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Malakoff
Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan
Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC Corp Bhd telah bergabung
dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan kereta api berkembar
bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor
pemulihan ekonomi. Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender diperolehi
sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 2003.
Syed
Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan
Terbang Antarabangsa Senai, Johor. MMC juga mempunyai tanah di Senai Industrial
Park dan membeli Senai Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS).[13] Pada 1 November
2003,SATS mengambilalih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia
Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada harga RM80 juta. Menerusi syarikat DRB-Hicom
Bhd. (DRB)miliknya, membeli syarikat kereta Lotus dari Proton Holding bhd pada
harga RM1.29 bilion.[15] DRB-Hicom juga memiliki 32.21 % dalam Pos Malaysia
Bhd.
2.6 Kerja kebajikan
Syed
Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah
membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala
Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya
sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah
disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikan.
Menerusi
Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah
ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka
yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk mengajar Sains
dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut disalurkan kepada ke negara
Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa
Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.
Beliau
menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor
Setar, Kedah pada 2010.Bekas Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak
dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu
Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar.
Pusat
Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat
dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara percuma.
Menerusi
Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara
supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta -
2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000 jemaah); Kampung Paroi; Kampung
Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman
Anggerik, Batu Kikir.
Yayasan
juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998.Yayasan ini juga
membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak masjid untuk menunaikan
Haji setiap tahun.
Kompleks
al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004.Kompleks itu lengkap
dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti,
rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Muzium
Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta.Muzium empat
tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil
seni Islam.
Pada
tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford
Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata
dunia.Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan
Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains
dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Yayasan
al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi
dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Yayasan
al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu
projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek
pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang
kurang mampu.
2.7 Rahsia Kejayaan Tan Sri
Syed Mokhtar Al Bukhary
Banyak
yang diperkatakan mengenai seorang Taikun bumiputera terkenal di Malaysia iaitu
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam
Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam
mahupun di luar negara.Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang
perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan
hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa,
beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan
tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Tan
Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan
rendah di utara Semenanjung Malaysia.Keluarganya berasal dari Hadhramaut,
Yemen.Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga
ke Asia Tengah untuk berniaga.Seterusnya, bapanya ke Thailand.Pada pertengahan
tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di
Alor Setar, Kedah.Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.Tan Sri Syed
Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang
ketiga.Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya
yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun
kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9
tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar
di Johor Baru.Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan
dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya
di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di
Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan
lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia
tidak mempunyai pengetahuan.Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah
diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.
Disebabkan
oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang
sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual
roti canai.Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam
melakukan buku simpanan harian.
Selepas
tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam
perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis
akibat penyakit kaki dan mulut.Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih
perniagaan dan mula semula dengan menjual daging.Beliau pergi dari pekan ke
pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual.Beliau
kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada
peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar.Beliau berjaya
dalam perniagaan itu.Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan
diri dalam dunia perniagaan.
Daripada
perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan.
Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A.
Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang
digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar
kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun
1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras
daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya
mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas
Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri Johor.
Selepas
berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua
orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah
pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha
sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak
Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Daripada beras,
beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu
gula.Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan
tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Selepas
mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan,
beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.Ini ekoran kejayaannya
mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian
Pertahanan.Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000
pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam.Beliau kemudiannya membuat
keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan
kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila
Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun
1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark
Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile.
Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan
pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran
eksport.
Sekitar
tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada
bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh
korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula
dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi
Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan
pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan
Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh
yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus
ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah
berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30
tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).Seaport memiliki 60 peratus
daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai
pemegang saham yang terbesar.Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana
kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya
menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian
Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan
Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh
operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Iamerupakan satu projek yang
akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak
perkapalan yang termaju di rantau ini.
Tan
Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf
International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam
Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam
beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad
(MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad,
Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah
bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi
berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana
faktor pemulihan ekonomi.Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah
membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures
Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina
2100MW tapak ‘gas-fired‘ di Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai
kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memiliki
32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan
di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui
Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed
Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad
di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.
Walaupun
menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau
membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri
Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang
Allah kurniakan.“Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan
kita.Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita.Yayasan Al Bukhary
menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,”
pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan
beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta
di Kuala Lumpur.Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300
juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.Selain itu juga,
Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin.Antara inisiatif yang
dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya
belajar di Malaysia.Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah
RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian
Islam yang terkenal di serata dunia.Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu
Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan
Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani,
Kedah.Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan
Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada
projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang
dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary
menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan
oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar
dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Bagi
menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan
darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia
mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.
Jadi
banyak kebaikkan dan kebajikkan yang beliau lakukan kepada masyarakat tidak
dihighlight oleh media massa seperti Yayasan Al-Bukhary, Universiti al-Bukhary
dan sebagainya. Semoga bermanafaat buat semua!
2.8 SUMBANGAN TAN SRI SYED
MOKHTAR AL-BUKHARI
Beliau
menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di
bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka
yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.
Sehingga
ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada
tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta)
kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat
pengajaran Islam yang terkemuka.
Sebuah
pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh
senibina `Moorish' (Islam Maghribi) telah di bina di Alor Setar pada 2004.
Pusat
tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah
rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan
untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa.
Dalam
hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek
Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA)
untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi
pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.
Beliau
juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai
di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.
Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar
dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang
diwujudkan dengan kos RM110 juta.
SUMBANGAN YAYASAN ALBUKHARY
SUMBANGAN DALAM NEGARA :
(i)
Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah
Rokiah merangkumi;
a)
Pusat Dialisis dan Hospital Albukhary
b)
Hostel Albukhary
c)
Masjid Albukhary
d)
Pusat Pendidikan Masyarakat
e)
Pusat ‘Pondok’ Moden
f)
Rumah Anak-anak Yatim Albukhary
g)
Pusat Kanak-kanak Istimewa
h)
Pusat Jagaan Warga Emas
i)
Souq Albukhary dan pasar basah
j)
Universiti Antarabangsa Albukhary (kemasukan pertama dijangka pada 2010)
(ii)
Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(iii)
Tuisyen Albukhary (tuisyen percuma) kepada pelajar miskin seluruh negara
(iv)
Program Tahunan, Bantuan Uniform Sekolah kepada pelajar miskin
(v)
Kursi Albukhary di Fakulti Seni bina dan Rekaan Alam, UIAM
(vi)
Membina Muzium Kesenian Islam (muzium terbesar di Asia Tenggara yang memaparkan
hasil seni Islam)
(vii)
Membina dan membaik pulih masjid seperti Masjid Negara, Masjid Kapitan Keling,
Pulau Pinang dan Masjid Albukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
(viii)
Membina Institut Al-quran, Kuala Lumpur
(ix)
Sumbangan bagi pembinaan Blok Menara, Universiti Terbuka Wawasan, Pulau Pinang
(x)
Sumbangan bagi pembinaan kampus tetap Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar,
Perak
(xi)
Sumbangan / pembiayaan dalam bidang sukan dan rekreasi seperti Malaysian Lawn
Bowls Federation, ekspedisi solo Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir
ke Antartika dan Datuk Malik Mydin, rakyat Malaysia pertama berenang di Selat
Inggeris
(xii)
Membina Ibu Pejabat Yayasan Jantung Negara, Kuala Lumpur
(xiii)
Membina Pusat Hemodialisis di Kangar, Perlis dan Johor
(xiv)
Membina Ibu Pejabat Yayasan Budi Penyayang, Pulau Pinang
(xv)
Membina Pusat Pemuliharaan – Warisan & Seni Islam
(xvi)
Membiayai orang Islam miskin menunaikan haji
(xvii)
Sumbangan kepada Projek Langkawi (dana pendidikan luar bandar anjuran MCA)
SUMBANGAN PERINGKAT
ANTARABANGSA :
(i)
Sumbangan kepada Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom
(ii)
Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon
(iii)
Sumbangan bagi pembinaan kampus baru Darul Uloom Islamic Academy, Brisbane,
Australia
(iv)
Sumbangan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China
(v)
Program Anak-anak Yatim Albukhary di Daerah Nanggroe, Aceh, Indonesia
(vi)
Albukhary Rehabilitation Centre, misi kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi Bam,
Iran
(vii)
Albukhary Care Centre, Battagram, pusat latihan vokasional dan akademik di
Pakistan
(viii)
Schevenezia Software Technologies, pengajian teknologi maklumat kepada pelarian
Afghanistan dan rakyat Pakistan
(ix)
Sumbangan kepada Shaukat Khanum Memorial Cancer Hospital and Research Centre,
Lahore
(x)
Sumbangan bagi pembinaan bangunan utama universiti, Sarajevo School of Science
dan Technology dan pengukuhan Economics and Good Governance Fellowship
(xi)
Sumbangan bagi pembinaan Saidina Abubakar Hospital and Training Centre,
Kampala, Uganda (mencegah penularan HIV/Aids)
(xii)
Membeli dan mengubahsuai Cantray House, Afrika Selatan – pusat intelektual dan
kefahaman Islam
(xiii)
Membeli dan mengubahsuai Sir Herbert Baker Society’s Heritage Church kepada The
Jumu’a Mosque, Cape Town, Afrika Selatan
(xiv)
Street Kids Welfare Programme, Mitchel’s Plain, Cape Town, Afrika Selatan
(xv)
Baikpulih Masjid Mohiyudheen, Payyannur, Kerala, India dan Masjid Al-Rahma,
Azhikode, India
(xvi)
Islamic Studies Programme, Le High University, Pennsylvania, United States of
America
Masjid Al-Bukhary
Masjid
AlBukhary terletak di Jalan Langgar Alor Setar Kedah berdekatan dengan Souq
AlBukhary yang menempatkan Pasaraya Giant. Masjid yang indah ini dibina oleh
Yayasan Al Bukhary yang menjadi sebahagian daripada Kompleks Al-Bukhary di
persimpangan Jalan Tuan Abdul Razak dan Jalan Langgar terdiri daripada Pusat
Perdagangan Souq Al-Bukhary, Pusat Rawatan/Perubatan Al-Bukhary, Pusat komuniti
rumah anak-anak yatim dan warga tua dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary.
Kompleks
Yayasan Al-Bukhary yang berkonsepkan pondok moden dibina dengan kos RM400 juta
dengan keluasan 11.6 hektar dan siap sepenuhnya pada tahun 2004. Kompleks
berkenaan dibina di atas tanah asal milik datuknya dan Masjid tersebut juga
asalnya dibina oleh datuknya.Projek pembinaan Universiti Antarabangsa Albukhary
bernilai RM500 juta yang boleh menampung 3,000 pelajar siap dibangunkan pada
tahun 2009.
Pada
tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford
Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata
dunia.Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan
Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains
dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.Selain itu, Yayasan
al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi
dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Penglibatan
Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah.
Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang
bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh
organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM
satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi
mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga
memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Muzium Kesenian Islam
Sumbangan
beliau kepada khazanah seni Islam dan pembangunan pendidikan sahsiah Islam
Negara amatlah tidak terhingga nilainya, seperti dengan terbina dan dibangunkan
Muzium Kesenian Islam, di Jalan Lembah Perdana (sebelah Masjid Negara), Kuala
Lumpur.
2.9 ANUGERAH YANG DITERIMA
OLEH TAN SRI SYED MOKHTAR
v Tokoh
Maal Hijrah 1429H oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
v Panglima
Setia Mahkota (Tan Sri) - Persekutuan
v Dato’
Setia Mahkota Kedah (Dato’) – Kedah
v Pencalonan
‘Top 20 Progressive Asians’ oleh majalah World Business (20 Mei 2007)
v Muzium
Kesenian Islam - IRCICA Award daripada OIC Research Centre for Islamic Culture
& Art (2003)
v Muzium
Kesenian Islam – Montblanc Arts & Patronage Award daripada Paris-based
Montblanc Cultural Foundation (2003)
v ‘Malaysia’s
Chosen One’ – Majalah Time (2002)
2.10
PRINSIP
KEJAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY
1. Jangan
pentingkan diri sendiri
"Saya ada emotional
attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri
saya tidak penting. Pangkat dan gelaran itu kepada saya tidak mustahak."
2. Kerja kuat
untuk berjaya
"Saya malu kerana
orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda di bumi kita Malaysia. Ini kan Tanah
Melayu. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya, kena kerja kuat tidak
kira siang dan malam. Kita ada kekuatan yang Allah beri melebihi daripada
bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha."
3. Jangan malu
untuk berjaya
"Saya asalnya tidak
tahu apa-apa. Setiap orang yang mahu berjaya dan telah berjaya pada asalnya
bermula daripada sifar (reset to zero). Apa yang saya tidak tahu, minta
tolong daripada orang lain. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha
sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena
berani kerana benar. Apabila kita mendapat keuntungan dan rezeki lebih,
bolehlah kita menolong orang."
4. Anggaplah
kekayaan itu hanya sementara
"Kaya itu bukanlah
kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan, kepada bangsa
dan orang ramai. Jika kita kaya, kita hanya memegangnya hanya untuk sementara
sahaja."
5. Lakukan amal
yang baik
"Jika kita kaya,
usahlah kita hanya menyimpan kekayaan itu untuk anak dan isteri sahaja. Duit
itu tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan
akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi kita nanti, tetapi apa yang kita
lakukan sekarang."
6. Bijak mencari
peluang
"Saya perlu terus
mencari peluang supaya saya terus dapat membantu orang lain mengembangkan diri
masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata."
7. Yakinlah
& jangan takut dengan diri sendiri
"Banyak orang percaya
bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh
selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain.
Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh
membantu selama-lamanya."
8. Pergantungan
kepada Allah SWT
"Jika kita mahu
sesuatu, minta terus kepada Allah. Allah beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar, biarlah padan dengan badan sendiri."
9.
Bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan
"Jika kita senang,
kesenangan yang kita perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kita perlulah
lakukan amal jariah. Walaupun sedikit, biarlah yang sedikit itu ada
berkatnya."
10. Berkongsilah
kejayaan dengan orang ramai
"Saya suka kalau
nikmati sedikit yang saya dapat itu dapat dikongsi bersama."
11. Jangan mudah
lupa diri
"Jangan mudah lupa
diri kerana kejayaan atau kesenangan yang kita perolehi adalah milik Allah
untuk kita gunakan ke jalan yang baik."
12. Ambil masa
untuk bertapak & mengekalkan kejayaan
Saya tertarik dengan
kata-kata peninju terhebat, Muhammad Ali, katanya, "The man who views
the world at 50, same as he did at 20. he has wasted 30 years of his
life." Renung-renungkan.
13. Jangan mudah
putus asa
"Kita jangan cepat
putus asa. Putus asa boleh, tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk
bangkit semula. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung
apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian."
14. Tiada yang
mustahil (Nothing is impossible)
"Tiada sebab kenapa
Melayu tidak boleh maju. Kita kena berani berperang dengan musuh diri kita
sendiri iaitu nafsu. Nafsu akan sentiasa mendorong kepada perkara-perkara yang
negatif. Tukarkan ia menjadi positif. Maka, anda telah berjaya melawan nafsu
anda. Kalau saudara dan saudari jadi wartawan, saudara saudari kena tanam
semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia
tidak boleh berlaku."
15. Gigih, tekun
dan tidak mudah berputus asa
"Kejayaan dan
kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia
berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus
asa adalah kunci kejayaan. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang
Melayu berfikir."
16. Percayalah!
Allah sentiasa memberi peluang kepada orang yang berusaha
"Allah memberi peluang
kepada sesiapa sahaja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada kita hanya usaha.
Kita boleh melakukannya, tiada yang mustahil untuk dilakukan selagi kita tidak
mengatakan TIDAK."
17. Jangan
rosakkan diri kita dengan kemewahan
"Kita tidak usahlah
selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif
kepada orang Melayu. |Kita kene kurangkan bercakap tentang kereta dan rumah
besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi itu bukan matlamatnya."
18. Merendah
diri
"Sikap merendah diri
perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan
dicapai."
19. Bersyukur
atas nikmat yang Allah berikan
"Saya terima apa
sahaja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah
gelas pun saya bersyukur. Apa yang penting, kita perlulah berusaha."
3.0 RUMUSAN / KESIMPULAN
Mengikut
hadis Nabi S.A.W. sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari
berniaga.Malah, jika dilihat dari satu sudut, semua pekerjaan yang kita lakukan
adalah suatu bentuk perniagaan.Ayat-ayat al-Quran juga banyak menyentuh
mengenai perniagaan.Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang
digalakkan dalam Islam. Mencari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu
halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti:
"Kemudian
setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada
limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala
keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)."
Ayat
ini menjelaskan Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana dari
nikmat Allah s.w.t. yang mereka suka termasuk daripada perniagaan, tetapi
seharusnya kita tidak mengabaikan suruhanNya.
Tidak
dinafikan, seseorang yang berniaga akan mendapat lebih banyak kebebasan dalam
pelbagai segi. Bukan hanya dari segi masa, tapi juga dari segi bagaimana
pendapatan dijana, sumber pendapatan tersebut dan untuk apa keuntungan
kemudiannya digunakan.Berniaga juga membuka ruang yang luas untuk bersedekah
dan membantu orang lain, seperti memberikan peluang pekerjaan kepada fakir
miskin atau orang kurang upaya. Setiap manusia sudah ditentukan rezeki
masing-masing. Maka seelok-eloknya kita menggunakan rezeki yang dikurniakan itu
untuk membantu golongan lain pula.
Sesungguhnya,
Syed Mokhtar adalah contoh “hasil” kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah
dirangka oleh kerajaan dalam menghasilkan golongan “jutawan Melayu”. Dasar
Ekonomi Baru bertujuan mengimbangkan kek ekonomi kepada dalam purata 30:40:30.
Kebijaksanaan dan ketekunan Syed Mokhtar dalam merebut peluang dan menghargai
kedudukan beliau sebagai “bumiputera” telah membuktikan bahawasanya DEB BERJAYA MEMBENTUK GOLONGAN JUTAWAN
MELAYU.Dan MELAYU JUGALAH PENYEBAB
KEGAGALAN DEB MENGHASILKAN 30%pegangan ekonomi yang perlu dikuasai oleh Melayu
kerana ada Melayu yang telah menjual saham-saham bumiputera mereka kepada
orang-orang Cina yang sentiasa “dahagakan” peluang-peluang seperti itu. Syed
Mokhtar mendukung maruah seorang Melayu yang berpaksikan kepada ajaran Islam
yang lurus dan tabiat membuat kebajikan yang tidak pernah putus.
Jika
Melayu pada hari ini memegang 40% kek ekonomi, adakah kaum lain akan
mempersoalkan hak-hak kaum Melayu di Malaysia? Adakah kaum lain berani mengugut
kerajaan dan kaum Melayu? Sesempurna mana sekalipun plan tindakan kerajaan
untuk mengimbangi ekonomi kaum Melayu di Malaysia ini, jika kaum Melayu itu
sendiri gagal mengambil kesempatan dan tidak menghargainya, DEB hanyalah
tinggal sekadar nama, tidak lebih daripada itu. Melayu gagal bukan kerana
kerajaan itu gagal, tapi Melayu gagal kerana Melayu itu sendiri.Melayu bukan
malas, cuma suka bersenang lenang.
Membaca
pengalaman Syed Mokhtar Albukhary dalam meniti perjalanan hidup sejak kecil
sehingga di mana beliau berada sekarang dengan izin Allah, bagi saya lelaki ini
bukan sahaja berhak dihormati, malah layak UNTUK DISEGANI.Kekayaan yang Allah
limpahi untuk lelaki ini bukan dinilai dengan berapa banyak yang beliau ada,
tetapi BERAPA BANYAK YANG BELIAU TELAH
SUMBANGKAN.
Satu
perkara yang beliau pegang adalah perniagaan dan kebajikan perlu seiring.Tiada
siapa boleh menafikan hal tersebut dan beliau melakukannya tanpa perlu kepada
publisiti.Hamba melihat ini sebagai keberkatan pendidikan ibu beliau yang telah
menggalakkan anaknya melakukan kebajikan semenjak awal lagi.Ia menjadi
pengajaran kepada diri hamba sendiri bahkan kita semua agar memperuntukkan
sedikit apa yang kita ada untuk kesejahteraan orang lain. Mungkin berkat
daripada kesungguhan dicampur dengan doa orang yang pernah dibantu beliau maka
rezeki yang ada tidak pernah putus.
Comments