BPMN 1013 PENGANTAR PENGURUSAN
1.0
Pengenalan
Tokoh
Nike
adalah jenama pengeluar sukan yang sangat berpengaruh di dunia. Bagi yang
meminati Nike ini, mereka pastinya menganggap jenama ini sebagai no.1 di dunia.
Atlet seperti Michael Jordan, Maria Sharapova, Cristiano Ronaldo dan Tiger
Woods antara nama-nama besar yang berjaya diikat Nike dengan kontrak jutaan
dollar setahun. Nike diasaskan pada 1964 oleh Blue Ribbon Sports di bawah
pegangan saham Bill Bowerman. Pada awalnya operasinya, Blue Ribbon Sports
adalah pembuat kasut untuk jenama kasut Jepun, Onitsuka Tiger yang kini
dikenali Asics. Pada 1971, Nike akhirnya memiliki syarikat penuh mereka sendiri
dengan nama Nike Inc. Pada saat syarikat ini ditubuhkan mereka meminjam $1,200
daripada bank. Angka yang agak besar ketika itu.
Bowerman
bekerjasama dengan jurulatih balapan dan acara padang iaitu Phil Knight yang
menjadi pengasas bersama yang menubuhkan Nike Inc. Knight pada awalnya mahu
menggelarkan nama syarikat mereka Dimension 6. Namun selepas beberapa hari
memerah otak, Knight terjumpa satu etimologi Greece iaitu nike (disebut
ny-kee). Dalam bahasa Greece, Nike merujuk kepada tuhan kejayaan. Kasut pertama
Nike dibuat pada 1971 digelar Nike Waffle Trainer. Segalanya bermula apabila
Bill Bowerman melihat bentuk waffle yang dibuat isterinya untuk sarapan pagi.
Knight mendapat idea untuk menghasilkan tapak kasut yang penuh cengkaman
seperti waffle. Knight telah menggunakan pemanas (iron) waffle isterinya untuk
menghasilkan tapak kasut Nike Waffle yang kemudiannya dipatenkan oleh Nike.
Nike kemudiannya cuba mencari logo untuk jenama mereka. Pada 1971, seorang
pelajar rekaan grafik Universiti Portland, Carolyn Davidson menghasilkan logo
Nike. Carolyn diberikan insentif $35 pada ketika itu. Namun Nike kini dikatakan
telah memberikan Carolyn $640,000 hasil daripada kerja beliau itu dahulu. Pada
2015, tulisan Nike dikeluarkan daripada logo[1].
Dalam
satu dokumentari khas tentang pengiklanan The Origins of Just Do It (Art and
Copy 2009), satu siri telah mengeluarkan fakta yang menarik tentang slogan Just
Do It oleh Nike. Ramai yang tidak tahu asal-usul slogan ini. Bermacam-macam
versi dicipta oleh media tentangnya. Peminat Nike sendiri ramai tidak tahu akan
asal-usul slogan ini. Perkataan itu rupa-rupanya diambil daripada pembunuh
bersiri Gary Gilmore. Gilmore dijatuhkan hukuman tembak sampai mati pada 1977.
Ketika menjalani hukuman, Gilmore telah diminta menyebut kata-kata terakhir,
dan dia berkata: ‘Let’s Do It’.
RAMLY FOOD PROCESSING SDN
BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal
dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan
hasilan laut berjenama RAMLY. Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga
kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap
dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih
dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman
Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan
daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk
berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada
antarabangsa[2].
Sebut
sahaja burger, pasti nama satu jenama yang tidak asing lagi iaitu Ramly akan
bermain di fikiran. Ya, rata-rata kita semua membesar dengan mengenal Ramly
Burger dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat negara Malaysia tanpa
mengira agama, bangsa dan pangkat. Ramly Burger adalah jenama yang menjadi
kebanggaan buat seluruh warga negara Malaysia. Hal ini kerana ia sudah cukup
sinonim dengan penerimaan rakyat Malaysia dengan nama Ramly untuk makanan ala
barat tambahan lagi apabila berkaitan dengan burger.
2.0
Gaya
Kepimpinan kedua – dua tokoh
Beliau
seorang yang bijak mengambil peluang dalam perniagaan apabila menggunakan
seleberiti sukan dalam meluaskan pasran. Nike menguatkan pengaruh mereka dengan
menaja atlet-atlet ternama dari seluruh dunia. Kuasa publisiti Nike sangat
besar. Dan ia telah dilakukan sejak dahulu lagi. Atlet yang mendapat tajaan
paling tinggi daripada Nike adalah Michael Jordan meskipun beliau sudah lama
bersara. Nike mengeluarkan jenama khas Air Jordan ketika atlet paling popular
dalam sejarah NBA ini dalam prestasi kemuncak. Pada Jun 2017, Forbes
mengeluarkan senarai atlet yang mendapat tajaan terbesar oleh Nike termasuk
bayaran royalti adalah[3]:
1.
Michael Jordan: $110 juta
2.
LeBron James: $32 juta
3.
Kevin Durant: $25 juta
4.
Cristiano Ronald $22 juta
Jelas
sekali, Michael Jordan mendahului senarai atlet lain dengan margin yang sangat
besar. Ada 3 atlet yang berjaya memenangi tajaan seumur hidup oleh Nike iaitu
Michael Jordan, LeBron James dan Cristiano Ronaldo. Berbalik kepada sejarah
penajaan. Atlet pertama yang mendapat tajaan Nike ioalah Ilie Natase pada 1972.
Atlet tenis berbakat namun seorang yang agak nakal. Berhadapan dengan banyak
penggantungan dan dibatalkan penyertaan kerana sikapnya. Ilie juga pernah
membuat kontroversi memakai jenama Adidas yang merupakan seteru utama Nike[4].
Selain
itu, Phil Knight juga seoarang yang mengenang budi apabila membalas jasa
apabila pada tahun 2016 beliau telah menyumbang sebanyak 500 juta dolar amerika
kepada Univeristi Oregon dimana tempat beliau berlatih larian di trek
university tersebut.
Dato'
Haji Ramly seorang bijak merebut peluang dan berpandangan jauh tidak pernah
berputus asa walaupun ideanya itu pernah diperlekehkan sesetengah pihak dan
juga pihak bank yang tidak yakin dengan kekuatan produk beliau. Namun, sokongan
keluarga terutama isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya menjadi
pembakar semangat baginya untuk terus berjaya. Berbekalkan dengan simpanan
sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan
Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan
perniagaannya.
Bagi
memastikan kualiti produknya sentiasa berada di tahap terbaik bagi memenuhi
citarasa pelanggannya, Makmal Mikrobiologi Ramly telah ditubuhkan. Tujuan
penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produknya adalah suci (dari
pemilihan bahan mentah sehinggalah produk siap) dan selamat untuk dimakan
pengguna. Selain itu, makmal yang lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi
ini juga berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk
Ramly.
Di
samping itu juga, beliau tidak pernah mengambil enteng akan setiap pandangan
yang diberikan oleh para pelanggan terhadap produk keluaran syarikatnya.
Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati pelanggan pasti akan dilayan oleh
beliau dengan sebaiknya, malah beliau akan memperbaiki mutu produknya dengan
berjumpa pelanggan tersebut dalam kadar segera untuk mengetahui masalah yang
timbul. Tindakan yang diambil beliau menggambarkan beliau bukan seorang yang
cepat melatah pada hal-hal remeh malah menangani masalah yang timbul dengan cekap
dan efisyen. Hasil kerja keras beliau selama hampir 30 tahun telah melayakkan
beliau dianugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Dato’ pada Disember
2009 daripada Sultan Selangor pada Hari Keputeraan Baginda dan beberapa kali
dianobatkan Anugerah Usahawan Terbaik.
Beliau
pernah memohon pinjaman dengan sebuah institusi kewangan, tapi ditolak kerana
mereka kata orang Malaysia tak makan burger. “Kini saya sudah buktikan kita
boleh berjaya dengan usaha dan kerajinan yang bersungguh-sungguh,” kata Pengasas
dan Pengarah Urusan Kumpulan RAMLY, Datuk Ramly Mokni dalam Bicara Agro di
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pemilik jenama
daging sejuk beku dan burger popular negara ini memegang prinsip jika orang
lain boleh buat, dia juga boleh buat[5].
3.0
Perkembangan
Organisasi
Pada
tahun 1971 seorang karyawan Jeff Johnson terpikir untuk memberi nama Nike (dewi
Yunani setelah kemenangan) untuk perusahaannya. Phil Knight akhirnya memperoleh
nama untuk perusahaan yg saat ini menjadi perusahaan besar, tetapi ia juga
memerlukan sebuah logo. Caroline Davidson, yang mengenal Phil ketika ia masih
menjadi mahasiswa di University of Oregon. Dia diminta untuk merancang logo
untuk Nike, yang terkenal di seluruh dunia dengan sebutan “The Swoosh”.
Pada
tahun 1976, perusahaan itu menyewa John Brown and Partnernya, yang berbasis di
Seattle, (seperti biro iklan pertama). Tahun berikutnya, perusahaan nike
menciptakan “iklan produk” pertama untuk Nike, yang disebut “Tidak ada garis
finish (There is no finish line)”, dan tidak ada produk Nike yang ditunjukkan.
Pada
tahun 1980, Nike telah mencapai pasaran 50% di pasaran kasut bagi atlet AS, dan
perusahaan go public pada bulan Desember tahun itu. Inovasi terbesar Nike
adalah Michael Jordan, kontrak ini ditandatangani langsung oleh University of
North Carolina. Hal ini lah yang membuat Nike unggul dalam bersaing dengan
Reebok. Michael Jordan memang terkenal, namun bukan pilihan utama Phil Knight.
Nike berusaha untuk mendapatkan Larry Bird dan Magic Johnson, 2 dari atlet yang
sangat popular pada saat itu.
Kisahnya
bermula pada tahun 1978 yang mana pada waktu itu negara kita kecoh dengan isu
halal haram berkenaan dengan daging burger ini. Jadi, Ramly Bin Mokni sebagai
pemotong daging mengambil peluang ini untuk buat sendiri dan menjual daging
burger dari rumah bersama dengan bantuan isterinya, Shala Siah Binti Abdul
Manap.
Dengan
berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu, mereka suami isteri telah
buat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa bantuan apa-apa mesin
sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka disebuah flat Jalan Haji Hussein,
Kampung Baru. Dikatakan pada mula perniagaan mereka dapat kurang sambutan
kerana masyarakat di negara Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger.
Namun, berkat kesabaran dan kecekalan pemilik Ramly Bin Mokni dan isteri,
mereka tetap terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan
Chow Kit.
Sejak
dari itu, permintaan terhadap daging Ramly Burger semakin hari semakin
bertambah. Bermula dengan 200 keping daging sehari kemudian mereka mula
mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari. Pada tahun 1980, mereka mula
buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya membuka
sebuah kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping
dalam 1 hari.
Cabaran
Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak membangun adalah pihak
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan
orang Malaysia tak ramai makan burger akan tetapi pihak Bank Pembangunan pula
yang luluskan permohonan mereka. Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah
RM1 billion dan daging yang digunakan untuk sehari menghampiri 1.5 tan untuk
menghasilkan pelbagai jenis produk jenama Ramly. Kini, jenama Ramly bukan lagi
sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging
kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.
4.0
Tahap
pertumbuhan organisasi
Pada
tahun 1987 Nike merilis model pertamanya yaitu Air Max Line. Gelembung udaranya
(Air Bubbles) dan keselesaannya meyakinkan banyak orang untuk membeli sepasang
Air Max Line.Nike pada awalnya hanya dikenal sebagai perusahaan kasut larian,
tetapi pada tahun 1984 Nike menandatangani kerjasama dengan pemain basket
Michael Jordan, yang hingga hari ini menjadi sebahagian dari Nike. Beberapa
model yang dikenali sampai hari ini adalah : Nike Air Force 1, Nike Vandal,
Nike Air Max garis, dan Nike Air Jordans. Hingga hari ini Nike terus memajukan
teknologi mereka.
Dulunya
beliau hanya bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasaraya di ibu kota
pada awal 70-an, di mana ketika itu kebanyakan makanan sejuk beku tidak dapat
dipastikan status halal haramnya. Mengambil peluang yang ada di depan mata,
beliau lantas mendapat idea untuk menghasilkan makanan sejuk beku yang halal
untuk memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia.
Pada
tahun 2008 pula, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. telah mengambil satu keputusan
besar dengan membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di
Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Melalui pembesaran kilang
ini yang disertakan juga dengan penggunaan teknologi yang lebih baik, dilihat
dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga tiga kali ganda dengan kualiti
yang sama standardnya.
Walaupun
dihimpit pelbagai cabaran dan halangan, namun, berbekalkan keyakinan yang
tinggi, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya daripada hanya
mengeluarkan daging burger sebanyak 300 keping sehari kepada 30 tan daging
sehari selepas 20 tahun dalam dunia perniagaan. Antara produk yang bernaung di
bawah jenama Ramly adalah daging burger ayam dan daging, rangkaian produk
nugget, jejari, sosej dan banyak lagi. Namun begitu, produk burger Ramly masih
kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 peratus kepada
perniagaannya. Bagi memastikan kualiti produknya sentiasa berada di tahap
terbaik bagi memenuhi citarasa pelanggannya, Makmal Mikrobiologi Ramly telah
ditubuhkan. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produknya
adalah suci (dari pemilihan bahan mentah sehinggalah produk siap) dan selamat
untuk dimakan pengguna. Selain itu, makmal yang lengkap dengan peralatan
berteknologi tinggi ini juga berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan
pembangunan produk Ramly.
Lebih
dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan
produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly
Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak,
Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat
jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk
dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
5.0
Kesimpulan
Phil
Knight telah bersara sebagai Pengerusi pada Jun 2016 setelah 52 tahun menerajui
syarikat. Nike mempunyai keuntungan sebanyak 34 billion dolar amerika dan
74,400 orang pekerja di 52 buah Negara. Pada tahun 2016 beliau telah menyumbang
sebanyak 500 juta dolar amerika kepada Univeristi Oregon. Kekayaan beliau yang
terkini diumumkan forbes setakat 19 september 2018 adalah bernilai 35.2 billion
dolar amerika[6]. Beliau bukan sahaja pandai merebut peluang dalam perniagaan
tapi juga seorang yang dermawan. Legasi yang beliau tinggalkan amat besar dalam
dunia sukan kerana bagi saya jenama NIKE ini amat popular dan selesa dipakai.
Hasil
perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly, dijangkakan melonjak kepada RM2
bilion berbanding RM1 bilion pada masa ini sebaik kompleks pengeluaran baharu
di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhnya pada 2018. Fasa pertama
kompleks itu yang dijadual siap akhir tahun depan, akan meluaskan kapasiti
pengeluaran kumpulan kepada 300 tan sehari berbanding 100 tan sekarang, kata
Pengasas dan Pengarah Urusannya Datuk Ramly Mokni. Pertumbuhan perniagaan kini
tidak banyak berubah memandangkan kemudahan sedia ada sudah beroperasi dalam
kapasiti penuh, katanya. Kompleks baharu ini akan dilengkapi depot penyimpanan,
logistik halal, pusat latihan dan pusat penyelidikan dan pembangunan. Kapasiti
pengeluaran yang dipertingkat itu kelak akan membolehan Ramly Group
meningkatkan eksport ke rantau Asean. Timur Tengah, Eropah, Jepun dan Korea,
yang juga merupakan pelan peluasan syarikat[7].
6.0
Rujukan
[1] https://news.nike.com/history
[2] www.ramly.com.my
[3]
http://opendorse.com/blog/2016-highest-paid-athlete-endorsers/
[4]
https://www.washingtonpost.com/outlook/2018/09/06/
[5] https://www.hmetro.com.my/node/126152
[6] www.forbes.com
Comments