Masjid Muhammadi: Mercu perkembangan Islam di Kelantan
Masjid
Muhammadi: Mercu perkembangan Islam di Kelantan
Muhammad
Iman haikal Bin Nazman
3
As-Salam
Pendahuluan
Masjid merupakan Rumah Allah, dan menjadi kewajipan
setiap pemerintah Kerajaan Islam membina kemudahan ibadat ini dengan harapan
seluruh rakyat boleh memakmurkan Rumah Allah ini. Begitulah adatnya diseluruh
Alam Nusantara ini, masjid dan surau ada dimana sahaja dan tidak menjadi satu
masalah kepada Umat Islam untuk menunaikan kewajipan Ibadat Solat termasuklah
di Kelantan.
Masjid yang sentiasa
diingati di Kelantan adalah Masjid
Muhammadi. Masjid ini menyaksikan Islam berkembang dengan Pesat di Kelantan
berikutan ia menjadi lokasi utama masyarakat umum dari Kelantan, Patani,
Terengganu, Kedah serta dari Acheh menadah ilmu agama Islam sebelum melanjutkan
pelajaran ke Tanah Suci Mekah dan Al azhar di Mesir. Ramainya penuntut dan
pelajar yang bermusafir di Masjid Muhammadi menyebabkan mereka membina kediaman
sementara sekitar Masjid yang dikenali sebagai pondok sebagai tempat berteduh menunggu hari siang. Begitulah
kelangsungan budaya menuntut ilmu di Kelantan terutamanya di Kota Bharu pada
waktu itu, tetapi ramai yang melihat fungsi Masjid Muhammadi sekadar sebagai
pusat perkembangan Ilmu di Kelantan, jarang yang cuba menyelidiki kisah
disebalik pembinaan dan tujuan ia dibina dengan senibinanya yang unik yang pada
satu masa dirujuk sebagai Masjid Besar
Kelantan.
Pembinaan
Tarikh tepat mengenai
pembinaan masjid ini tidak dapat dipastikan, setakat yang diketahui ianya telah
berdiri ratusan tahun lampau, bagaimanapun ia sering dilanda banjir hinggalah
pentadbiran Sultan Muhammad II (1838—1886) mengarahkan pembinaan semula masjid
tersebut di atas tapak asal masjid lama selepas ia dilanda bah pada 1847. Pada masa pemerintahan beliau juga, Kelantan
telah mengamalkan undang-undang syariah
sepenuhnya malah Hukum Hudud juga
telah dikuatkuasakan.
Berdasarkan kepada foto
1905, itulah rupa bentuk Masjid Besar,
paling menarik saya dalam gambar ini adalah lampu
jalan berhampiran pintu gerbang masjid. Ketika ini strukturnya masih
sepenuhnya dalam senibina Melayu yang menggunakan kayu-kayu terpilih hinggalah
ia mula diubah suai dengan penggunaan konkrit pada 1922 dan sehinggalah ianya
dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Ibnu Almarhum Sultan Muhammad IV pada 31
Julai 1931 dan dinamakan sebagai Masjid
Muhammadi.
Gambar
1 : Masjid Besar 1905 [Sumber : Monograf Warisan Kelantan VII 1984].
Gambar: Pemandangan bahagian sisi Masjid
Muhammadi Kota Bharu Kelantan pada tahun 1940.
Gambar
3 : Masjid Muhammadi pada masa kini
Gambar 1-3 adalah bukti
akan perubahan yang berlaku kepada Masjid Muhammadi. Gambar pertama memaparkan
senibina masjid ini masih lagi utuh dengan binaan orang-orang Melayu yang
menggunakan kayu-kayan, namun ia mula berubah setelah ia diubah suai dengan
penggunaan konkrit, ia telah memasukkan unsur seni bina asing dalam binaan
masjid. Sejajar dengan umur masjid ini yang lama, wajar ia dibaik pulih serta
dilakukan penambahbaikkan untuk melanjutkan lagi tempoh penggunaannya, untuk
rekod masjid ini telah menjalani proses penambahbaikan sekurang-kurangnya
setiap 10 tahun bermula 1959, 1968,1976, dan 1987.
Pada gambar kedua,
kelihatan masih dikekalkan unsur binaan kayu, bagaimanapun sudah kelihatan menara batu setinggi tiga tingkat
disebelahnya, gabungan antara binaan asli dan moden dalam gambar 2 itu cukup
mengkagumkan, bagaimanapun binaan ini tidak lagi wujud pada gambar 3, dipercayai
ia telah musnah dalam Peristiwa Bah 1967
yang melanda seluruh Kelantan dan ianya digantikan dengan struktur konkrit pada
1976. Hikmahnya, selepas menjalani beberapa fasa penambahbaikkan Masjid
Muhammadi terus utuh dan hingga kini aia mampu menampung jemaah seramai 2400
orang dengan keluasan 10,600 kaki, kapasiti ini cukup menggambarkan akan
struktur masjid ini, justeru ia relevan untuk dijolok sebagai Masjid Besar Kota Bharu.
Gambar 4 : Pemandangan
dari atas Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.
Gambar 5 : Pemandangan
bahagian lorong dalam kawasan & pintu gerbang mercu tanda Masjid Muhammadi
Kota Bharu Kelantan.
Sumbangan
Masjid
Peranan Masjid
Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah
istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar
pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Tabal (1840-1891), Haji Wan Ali
Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini
mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar
akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di
masjid ini. Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di
Nusantara sehingga Kelantan dikenali sebagai "Serambi Mekah".
Berikut 10 Imam Besar
Masjid Muhammadi :
1.
Haji Muhammad Salleh, Kg. Masjid, Kota
Bharu
2.
Haji Abdul Rahman Arab, Kg. Mek
Senggora, Kota Bharu
3.
Haji Wan Abdullah bin Wan Derahim, Sg.
Budor
4.
Haji Che Samat bin Che Senik, Kg. Laut
Tumpat
5.
Haji Nik Wan Daud bin Haji Wan Sulaiman,
Kg. Atas Banggol, Kota Bharu
6.
Haji Wan Muhammad bin Haji Abdul Samad,
Kg. Tok Semian
7.
Haji Nik Mahmud bin Haji Wan Abdul
kadir, Kg. Nik Dhir Nakhoda, Kota Bharu
8.
Haji Ahmad Hafidz bin Haji Jamaluddin,
Kg. Che Su, Kota Bharu
9.
Haji Wan Ahmad bin Haji Muhammad Said,
Kg. Balik Kota, Kota Bharu
10. Haji
Nik Abdul Rahman bin haji Wan Abdullah, Kg. Tok Semian, Kota Baharu
Langkah-langkah
Pemuliharaan Bangunan Masjid
Masjid ini terletak
lebih kurang hanya 100 meter dari Sungai Kelantan dan mengalami banjir setiap
tahun. Oleh itu mengikut pandangan saya secara peribadi, Kerajaan Negeri
Kelantan dan Kerajaan Pusat seharusnya berganding bahu menyelesaikan masalah banjir
bagi kawasan yang berhampiran dengan Sungai Kelantan. Sungai harus
diperdalamkan dan benteng konkrit lebih tinggi dilaksanakan di persekitaran
masjid ini agar kesan banjir dapat diminimumkan dan mengelakkan kerosakan harta
benda dalam masjid termasuk struktur binaannya.
Rumusan
Pada pengamatan saya
sendiri apabila selalu berkunjung ke masjid ini untuk solat berjemaah, saya
dapati bilangan atau jumlah kehadiran jemaah pada setiap waktu solat amat
mengkagumkan. Masjid ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan unik, maka
kita haruslah sentiasa menjaga dan memakmurkan masjid yang hebat ini.
Comments