KTMB LAMBANG SEJARAH KELANTAN
KTMB LAMBANG SEJARAH KELANTAN
Pendahuluan
BAGI sesetengah
masyarakat di Malaysia pengangkutan kereta api agak mundur berbanding
pengangkutan lain seperti bas, teksi dan kapal terbang. Namun di pantai barat
Semenanjung pengangkutan berbentuk kereta api seperti perkhidmatan komuter,
Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel adalah alternatif yang popular bagi
mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama ke tempat kerja. Bagi penduduk di
pantai timur terutama di Kelantan, perkhidmatan kereta api antara bandar yang
diuruskan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara perkhidmatan yang
terpenting bagi menghubungkan penduduk di sini. Perkhidmatan itu juga penting
bagi menghubungkan penduduk pantai timur dengan pantai barat terutama bagi
perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, Johor Baharu, dan bahagian utara Semenanjung. Stesen KTMB Wakaf Bharu, yang
terletak di jajahan kampong saya iaitu di
Tumpat, Kelantan adalah satu daripada stesen yang amat popular bagi
penduduk di negeri yang digelar sebagai Cik Siti Wan Kembang.
Stesen
keretapi Wakaf Bharu merupakan sebuah stesen KTM Antarabandar di Wakaf Bharu, Kelantan. Stesen ini merupakan stesen kereta
api yang paling hampir dengan ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu melalui Laluan
Persekutuan Malaysia 134.
Kota Bharu tidak mempunyai stesen kereta api. Penduduk Kota Bharu yang hendak
keGemas, Kuala Lumpur dan Singapura, akan menggunakan Stesen keretapi Wakaf
Bharu atau Stesen
keretapi Tumpat.
Stesen keretapi Wakaf Bharu ini merupakan stesen ke-2 di Aliran
Pantai Timur selepas Stesen
keretapi Tumpat. Selain
menjadi pusat persinggahan para pelancong untuk ke destinasi seperti Pengkalan
Kubor dan Rantau Panjang, ia turut menghubungkan penumpang dengan bandar Kota
Bharu yang hanya mengambil masa 20 minit dari stesen itu. Stesen yang mula
beroperasi sejak 1965 menjadi nadi pengangkutan kepada masyarakat di pantai
timur terutama di Kelantan sebelum stesen baru dibina menggantikan stesen lama
pada Februari 2009. Stesen ini juga tidak terlepas daripada tarikan yang unik
kerana ia stesen yang digunakan oleh Sultan Kelantan untuk ke Kuala Lumpur
sejak pemerintahan Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong keenam untuk menghadiri
mesyuarat khas[1].
Kelebihan
Stesen KTMB Wakaf Bharu
Sekiranya diamati dengan teliti, stesen itu adalah stesen yang
amat berbeza dari stesen kereta api yang lain seperti di Pasir Mas, Tumpat dan
Tanah Merah. Tarikan utama stesen tersebut yang tiada pada stesen lain ialah ia
menjadi pusat persinggahan pelancong dari luar negara terutama dari Jepun,
Thailand dan Singapura untuk ke destinasi lain di Kelantan. Menurut bekas Pengurus Pemasaran KTMB, Mohd. Noordin Kimi, kebanyakan pelancong
yang turun di stesen Wakaf Bharu rata-ratanya akan menuju ke Gunung Stong yang
mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara[2]. Kalau kita lihat stesen
Wakaf Bharu ni memang strategik. Nak ke Kota Bharu dekat, ke Rantau Panjang,
Pengkalan Kubor pun dekat dan nak ke Gunung Stong juga dekat. Pengalaman
singgah di stesen kereta api Wakaf Bharu amat bermakna kerana ia memberi kepada
sesiapa sahaja peluang melihat flora dan fauna serta suasana alam semula jadi
di sekitar stesen itu. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Bagi
yang tinggal di bandar sudah merasai suasana di kota yang sesak dengan pelbagai
kenderaan maka mereka harus menggunakan waktu lapang untuk menikmati percutian
alam semulajadi dengan menaiki kereta api kerana stesen Wakaf Bharu menjanjikan
percutian semulajadi bagi penggemar flora dan fauna.
Masalah DiHadapi
Isu
1 : Kerosakan Landasan akibat banjir
Fakta
1 : Pada
25 November 2009, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas di Stesen
Keretapi Wakaf Bharu dan Stesen keretapi Gua Musang .
Huraian
1 :
Ini kerana perkhidmatan Tren Ekspres Wau dan Tren Timuran tidak dapat
meneruskan perjalanan berikutan banjir berhampiran laluan
kereta api Kuala
Krai, Kelantan.
Contoh
:
Harian Metro melaporkan ratusan penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas
di Stesen Keretapi Wakaf Bharu dan Stesen keretapi Gua Musang pada 25 November 2009 sehingga landasan tersebut
selesai diperbaiki[3].
Fakta 2 : Akibat banjir besar
yang berlaku pada Disember 2014, sepuluh stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM)
Berhad di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air
disebabkan banjir kuat yang melanda kawasan itu[4].
Huraian 2 : Pengerusi KTM Berhad,
Datuk Nawawi Ahmad berkata, kesemua stesen yang terlibat ialah Chegar Perah,
Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu,
Manek Urai dan Krai. Ia dibuka semula pada tahun ini[5].
Contoh :
Pada 16 Disember 2014, mynewshub telah menerbitkan berita bahawa
sepuluh stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat
ditelenggami air dan mengalami kerosakan.
Cadangan :
1. Kerja-kerja pembaikan
landasan haruslah dilaksanakan dalam masa yang singkat bagi mempercepatkan
jadual operasi perjalanan dan mengekalkan kelajuan maksimum Tren.
2. Penyelenggaraan yang
kerap dan berjadual ke atas semua set-set Tren Komuter bagi mengelakkan
berlakunya kerosakan.
Isu 2 : Kelewatan tren berdasarkan soal selidik yang dijalankan
Fakta : Kesemua responden
mengatakan perjalanan lewat tiba selama 30 minit hingga sejam.
Huraian : Hasil dapatan dari soal
selidik sebanyak 10 sample mendapati kesemua responden memberikan maklumbalas mengenai
kelewatan tren KTMB antara 30 minit sehingga sejam.
Contoh : Berdasarkan di Jadual 1 dan Graf Bar 1, 4 orang responden menyatakan bahawa kelewatan tren
selama 30 minit manakala 6 orang responden menyatakan kelewatan tren selama 1
jam.
JADUAL 1 : KELEWATAN TREN
MENGIKUT JAM
JENIS
PEKERJAAN
|
KELEWATAN
TREN MENGIKUT JAM
|
PELAJAR
(4 RESPONDEN)
|
0.5 jam
|
PENIAGA
(3 RESPONDEN)
|
1 jam
|
TENTERA
(3 RESPONDEN)
|
1 jam
|
Sumber Jadual 1 : Data daripada borang soal selidik
terhadap 10 responden
GRAF
BAR 1 : KELEWATAN TREN MENGIKUT JAM
(sumber
Graf Bar 1 : Hasil dapatan borang soal selidik)
Cadangan
:
1. Meningkatkan tahap motivasi dan semangat anggota agar
matlamat organisasi tercapai.
2. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan semua anggota
terutamanya anggota di Pusat Kawalan dan Arahan Tren, dengan itu setiap masalah
yang timbul dapat diatasi dengan segera
3. Meningkatkan penggunaan semua set Tren yang ada, bagi
meningkatkan mutu perkhidmatan Tren Komuter dari segi ketepatan dan menyediakan
kekerapan yang sesuai terutama pada waktu puncak dengan itu dapat mengurangkan
kesesakan di stesen-stesen.
Isu 3 : Kelewatan tren berdasarkan soal
selidik yang dijalankan
Fakta : Kesemua
responden memberikan maklumbalas bahawa perkhidmatan KTMB belum mencapai tahap
cemerlang dengan skala 10.
Huraian :
Hasil dapatan dari soal selidik sebanyak 10 sample mendapati bahawa 4 responden
yang terdiri daripada pelajar hanya memberikan maklumbalas memuaskan dengan
skala 6 manakala 6 responden yang terdiri daripada peniaga dan tentera
memberikan keputusan hanya amat memuaskan terhadap perkhidmatan KTMB dengan
skala 8.
Contoh :
Berdasarkan di Jadual 2 dan Graf Bar 2, 4 orang resonden memeberikan markah
memuaskan dengan skala 6 dan 6 orang responden lagi memberikan markah amat
memuaskan dengan skala 8. Oleh itu berdasarkan soal selidik, pengguna
berpendapat perkhidmatan KTMB belum mencapai tahap cemerlang.
JADUAL
2 : SKALA KEPUASAN RESPONDEN MENGENAI PERKHIDMATAN KTMB
JENIS
PEKERJAAN
|
SKALA
KEPUASAN
|
PELAJAR
(4 RESPONDEN)
|
6
|
PENIAGA
(3 RESPONDEN)
|
8
|
TENTERA
(3 RESPONDEN)
|
8
|
Sumber Jadual 2 : Data daripada borang soal selidik
terhadap 10 responden
GRAF BAR 2 : KEPUASAN RESPONDEN MENGENAI
PERKHIDMATAN KTMB BELUM MENCAPAI TAHAP CEMERLANG (SKALA 10)
(sumber
Graf Bar 2 : Hasil dapatan borang soal selidik)
Cadangan
1. Peningkatan
imej organisasi dan misi organisasi akan tercapai dengan cara berikut:
2.
Meningkatkan tahap motivasi dan semangat anggota agar matlamat organisasi
tercapai.
3.
Meningkatkan kemahiran dan kecekapan semua anggota terutamanya anggota di Pusat
Kawalan dan Arahan Tren, dengan itu setiap masalah yang timbul dapat diatasi
dengan segera
4.
Penyelenggaraan yang kerap dan berjadual ke atas semua set-set Tren bagi
mengelakkan berlakunya kerosakan.
Gambar 1 : Pandangan depan
Stesen KTMB Wakaf Bharu
Gambar
2 : Kesesakan jalan selalu berlaku di Stesen ini apabila pintu gate ditutup
bagi memberikan laluan kepada keretapi.
RUJUKAN
[2] En. Mohd.
Noordin Kimi, Temubual
bekas Pengurus Pemasaran KTMB, sempena majlis pelancaran Malayan
Tiger Train (MTT) di Johor Bahru Sentral, 2012.
[3] Harian Metro, 25 November 2009.
[5] http://www.mynewshub.cc/tag/ktm/
Comments