SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI
ANALISIS ARTIKEL JURNAL 1 : PERSEPSI DAN PENGGUNAAN MEDIA
SOSIAL DARI PERSPEKTIF IBU BAPA: SATU ANALISIS KUALITATIF
1.0 PENDAHULUAN
Komunikasi
memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Kepentingan peranan
komunikasi ini jelas sebagai penyalur dan perkongsian maklumat antara ahli
keluarga, pendidikan, hiburan, dan sebagainya yang menjadi wadah kepada proses
sosialisasi serta pendidikan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak hinggalah
membawa kepada beliau menjadi seorang dewasa. Salah satu elemen penting dewasa
ini yang turut berperanan dalam hubungan anak-ibu bapa ialah media sosial
terutamanya penggunaan Facebook.
2.0 FAKTA-FAKTA/TEORI/MODEL/HUJAH/IDEA
Jurnal ini berkaitan Teori Komunikasi Kumpulan. Antara punca-punca
kenapa Internet menyumbang kepada pepecahan keluarga ialah kadar penggunaan
Internet. Di Korea, masa yang dihabiskan untuk melayari Internet ialah 1- 4 jam
sehari. Banyak pelajar menjawab bahawa mereka menghabiskan 9-14 jam sehari
lepas sekolah melayari Internet serta kurang mempunyai pengawalan diri.
Internet hanyalah melibatkan aktiviti menekan butang dan boleh berhubung dengan
laman sedunia 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu dan Internet membawa kepada
ketagihan. Lama kelamaan penggunaan Internet mengurangkan masa untuk
berkomunikasi dengan ahli keluarga. Dalam
masa yang sama penggunaan intensif peralatan moden seperti telefon selular dan
komputer yang mempunyai akses kepada Internet telah membuatkan komunikasi
bersemuka menjadi kurang penting. Peralatan berkenaan dicipta memudahkan kita
berdepan dengan permasalahan ketagihan Internet.
3.0 DAPATAN/HASIL
KAJIAN
Dalam satu analisis statistik yang diperoleh daripada
Internet World Statistics (2011) berkaitan dengan bilangan pengguna Facebookmenunjukkan
Malaysia berada pada tangga ketiga dari segi bilangan ahli Facebook yang
mendaftar. Begitu juga dari segi nisbah pengguna Facebook dengan
populasi yang juga menunjukkan Malaysia berada di tangga ketiga dengan 31.2%
daripada popluasi rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai ahli Facebook.
4.0 KOMEN/KRITIKAN
Ketagihan dalam penggunaan laman Facebook juga boleh
memberi implikasi negatif. Mereka yang akses laman Facebook dalam satu jangka
masa yang lama boleh menyebabkan mereka mengalami ketagihan kepada laman sosial
tersebut. Selain itu, pelbagai pihak akan mengambil kesempatan sama ada meraih
keuntungan dengan melakukan penipuan yang bertujuan untuk menimbulkan aib
kepada individu tertentu. Selain itu, tidak kurang juga terdapat pengguna yang
menggunakan Facebook untuk meluapkan perasaan geram, benci dan sedih mereka
terhadap individu tertentu. Apa yang lebih memburukkan adalah apabila Facebook
dipanjangkan dengan komentar tidak sepatutnya terutama yang melibatkan hal
rumah tangga (Mohamad Isa Abd Ralip, 2010)[1]. Dalam satu laporan akhbar
berkaitan dengan satu peristiwa pergaduhan yang melibatkan dua rakan baik
sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka parah ditikam di sebuah kafe
(Tikam rakan akibat ejekan dalam Facebook, 2010)[2]. Perkara ini semua berpunca
daripada komen yang berunsurkan ejek-mengejek dalam laman Facebook
masing-masing.
5.0 PERSAMAAN/PERBEZAAN
Berdasarkan
kepada perbincangan di atas, kertas kerja ini menumpukan kepada perbincangan
berkaitan dengan pola penggunaan media sosial dalam kalangan ibu bapa
6.0 KESIMPULAN/RUMUSAN
Kajian
ini menyumbang kepada aspek akademik dan pragmatik. Dari segi akademik, hasil
kajian ini dapat menyumbang kepada penambahan kajian-kajian berkaitan dengan
media sosial dalam konteks komunikasi keluarga. Dari segi pragmatiknya, hasil
kajian ini dapat menyumbang kepada pembentukan polisi dan garis panduan
berkaitan dengan penggunaan media sosial dewasa ini.
ANALISIS ARTIKEL JURNAL 2 : PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU BERKAITAN
PRODUK HALAL DAN IMPLIKASINYANYA TERHADAP INDUSTRI HALAL
1.0 PENDAHULUAN
Penyebaran maklumat halal palsu berkembang seiring dengan kemajuan
sains dan teknologi. Di Malaysia, isu-isu yang berkaitan melibatkan isu-isu
yang benar-benar berlaku seperti pemalsuan produk, penggunaan logo halal palsu
dan penggunaan bahan yang diharamkan, malah ia turut melibatkan isu-isu halal
yang palsu.. Kalau peringkat awalnya, ia bermula dengan surat berantai, diikuti
emel dan sms berangkai. Namun kini, penyebarannya lebih kompleks dengan
berbagai media sosial seperti facebook, instagram, whatsapp, twitter dan
seumpamanya. Penyebarannya tidak terhad kepada isu yang berkaitan dengan produk
makanan semata-mata, malah melangkaui produk bukan makanan.
2.0 FAKTA-FAKTA/TEORI/MODEL/HUJAH/IDEA
Jurnal ini berkaitan Teori Informasi. Penyebaran maklumat tanpa
batasan telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar
berita palsu atau khabar angin. Kemunculan pelbagai media sosial baharu kini menyemarakkan
dunia komunikasi antara manusia di alam maya. Ia turut memberi kesan terhadap
penyebaran maklumat halal palsu dalam kalangan pengguna Muslim. Penyebaran ini
mengguna medium:
a) Media sosial atau jaringan sosial. Misalnya facebook, Instagram,
Telegram, WhatsApp, twitter dan seumpamanya.
b) SMS dan emel-pesanan ringkas dan emel masih menjadi medium
penyebaran maklumat halal palsu.
c) Laman web dan blog. Sejumlah besar laman web telah dibangunkan
untuk menjadi portal menviralkan makumat dan ada antaranya menjadi penyebar
kepada maklumat halal palsu. Maklumat palsu yang diterima melalui medium-medium
ini kemudian dihantar (send) kepada penerima, kemudiannya dikongsi ke
rangkaian lain sarna ada melalui butang share, retweet, like, repost,
print screen dan sebagainya selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
3.0 DAPATAN/HASIL
KAJIAN
Teknologi telekomunikasi yang canggih pada mas a kini menjadi
ibarat duri dalam daging apabila ia digunakan bagi menghebahkan maklumat
palsu berkaitan produk kepenggunaan dengan penerimaan maklumat dan
informasi tanpa sebarang tapisan. Untuk memperlihatkan kandungan
maklumat meyakinkan para penerima, kebiasaannya para pencipta maklumat palsu
ini akan menggunakan beberapa modus operandi, antaranya:
i. Meletakkan nama pihak yang berpengaruh sama ada seorang ulama,
seorang pegawai yang berautoriti dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan
Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Penyalahgunaan nama
pihak berkenaan akan menimbulkan persepsi awal pengguna yang bersifat negatif
terhadap sesuatu produk.
ii. Mengekploitasikan agama dengan menyertakan fadhilat
penyebaran. Golongan penyebar turut menampilkan kelebihan-kelebihan khusus untuk
menarik perhatian penerima.
iii. Mengeksploitasi sentimen perkauman. Terdapat juga maklumat
palsu yang disebarkan dengan membangkitkan sentimen perkauman. Sedangkan produk
berkenaan telah mendapat pensijian halal yang diiktiraf. Misalnya membandingkan
antara produk keluaran Melayu Muslim dengan pengusaha bukan Islam yang lain.
Pendekatan ini bertentangan dengan syariat Islam, yang tidak menghalang
muamalah dengan orang bukan Islam.
4.0 KOMEN/KRITIKAN
Terdapat pelbagai isu yang melibatkan
penyebaran maklumat palsu dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Kebiasaannya isu-isu ini melibatkan produk yang berkaitan dengan khinzir,
alkohol, penyembelihan dan juga kebersihan. Contoh isu-isu yang berkaitan
dengan khinzir dan derivatifnya: -
a) Coklat Cadbury. [3] Coklat ini
dikatakan mengandungi DNA khinzir hasil analisis makmal pihak berkenaan. Ia
menjadi polemik hangat dalam masyarakat Islam selepas disebarkan secara meluas.
Nama Kementerian Kesihatan Malaysia diletakkan untuk meyakinkan masyarakat
Islam. Isu ini ditangani oleh JAKIM.
b) Mee Segera jenama PAMA. Mee ini
dikatakan tidak halal kerana mengandungi derivatif babi. Menerusi kenyataan
rasmi JAKIM, isu Mee Segera PAMA tidak halal adalah tidak benar sama sekali.
Tambah pihak JAKIM lagi, produk jenama PAMA adalah pemegang sijil halal JAKIM
yang sah.[4]
c) Produk restoran Coffee Bean dan
Starbuck. [5] Chocolate, Vanilla dan Coffee Drinks di Coffee Bean dan Starbuck
mengandungi E471 (Emulsifier 471). Produk-produk makanan dan minurnan restoran
ini dikatakan haram kerana terdapat DNA khinzir dalam produk yang dijual.[6]
Isu ini turut ditangani oleh JAKIM.
d) Gula-gula Kopiko LA Coffee dan Kopiko
3-in-1. [7] Produk ini dikatakan mengandungi gelatin dari lemak khinzir dengan
penggunaan kod E472e. Sedangkan ia menggunakan bahan bersumberkan nabati.
5.0 PERSAMAAN/PERBEZAAN
Jurnal ini membincangkan tentang
penyebaran maklumat palsu yang menggunakan kemudahan teknologi dan allat
komunikasi dalam masyarakat.
6.0 KESIMPULAN/RUMUSAN
Gejala penyebaran maklumat palsu dibanteras secara tuntas. Saban
hari, maklumat palsu berkaitan dengan produk halal disebarkan di alam maya oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab. Tiadanya penguatkuasaan yang tegas
menyebabkan penyebaran ini berleluasa dan mengganggu ketenteraman pengguna
Muslim. Senario ini memberi dampak negatif yang dapat merencatkan pertumbuhan
industri halal. Justeru, semua pihak perlu bergandingan dalam menangani gejala
penyebaran maklumat palsu dalam masyarakat Islam. Sememangnya penting untuk
masyarakat untuk cerdik teknologi komunikasi dan maklumat, namun ia perlu
diguna secara beretika, berhemah dan bermanfaat menurut keperluan yang tidak
menyalahi undang-undang yang sedia ada.
ANALISIS
ARTIKEL JURNAL 3 : PERANAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN SUMBANGANNYA KE ARAH
PERKEMBANGAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI YANG BERKESAN
1.0 PENDAHULUAN
Penggunaan teknologi komunikasi
dalam organisasi pada dekad ini telah diterima sebagai satu keperluan asas.
Organisasi tidak akan dapat bergerak dengan lancar jika tidak menggunakan
teknologi komunikasi sebagai salah satu kaedah memudahkan pengurusan
organisasi. Sejajar dengan itu revolusi teknologi telah berjaya melakukan
perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat dalam organisasi
dan hakikatnya perubahan ini telah mula diberi perhatian oleh pengurusan dalam
organisasi. Sesetengah organisasi mungkin hanya memerlukan teknologi komunikasi
yang terhad manakala terdapat sebahagian besar lagi organisasi perlu beroperasi
dengan bantuan teknologi sepenuhnya bagi memastikan operasi organisasi berjalan
lancar dan objektif organisasi dapat dicapai.
Dalam konteks transformasi organisasi, teknologi komunikasi merujuk
kepada integrasi teknologi yang merangkumi kesediaan individu dan organisasi
untuk menerima perubahan serta bersedia menerima teknologi sebagai sebahagian
daripada persekitaran dalam organisasi. Seterusnya faktor penggerak perubahan
organisasi adalah teknologi komunikasi yang lancar dan keupayaan meyakinkan
pengurusan untuk mengimplementasikanya. Sebagai contoh penggunaan jaringan
komputer berinternet, laman web jaringan sosial, sistem sokongan elektronik dan
perantara komunikasi akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap organisasi
yang menerima perubahan tersebut.
Teknologi komunikasi yang canggih hanyalah permulaan perubahan
yang memberi kesan pada pengurusan dan aktiviti organisasi. Teknologi yang
wujud dalam organisasi adalah perangsang perubahan yang meluas apabila
teknologi memerlukan penglibatan kemahiran kakitangan organisasi, rutin harian
pengurusan dan kebolehan organisasi bertindak balas dengan kehendak
persekitaran luaran organisasi.
2.0 FAKTA-FAKTA/TEORI/MODEL/HUJAH/IDEA
Jurnal ini berkaitan Teori teknolgi Komunikasi. Pelaksanaan
teknologi komunikasi telah memberi sumbangan besar kepada organisasi daripada
sudut penyaluran maklumat dan membuat keputusan daripada pihak pengurusan
atasan kepada kakitangan bawahan dalam organisasi. Jika timbulnya masalah atau
krisis dalam organisasi, pihak pengurusan dapat berbincang dan membuat
keputusan berkaitan. Dalam masa yang singkat, ia dapat menyalur dan menyebarkan
maklumat kepada pengurusan pertengahan yang akan memaklumkan kakitangan bawahan
dengan bantuan e-mail atau pun laman web sosial organisasi seperti Facebook
tanpa perlu bersemuka.
Selain itu, e-mel dan laman Facebook organisasi boleh dijadikan
sebagai forum untuk membincangkan isu atau masalah yang dikemukakan oleh pihak
pengurusan atasan. Pihak pengurusan atasan organisasi juga boleh menjadikan
laman Facebook organisasi sebagai perantara untuk mendapatkan maklum balas dan
pandangan kakitangan terhadap isu, masalah serta polisi baharu yang dicadangkan
oleh organisasi. Kakitangan pengurusan pertengahan dan bawahan bebas untuk
mengutarakan pendapat, berbincang serta berkongsi idea terhadap isu yang
dibangkitkan oleh pihak pengurusan atasan organisasi tanpa perlu berasa rendah
diri dan melalui proses birokrasi yang panjang. Oleh itu, dengan adanya
teknologi komunikasi seperti Facebook, pihak pengurusan organisasi mudah untuk
menyimpan dan mencari rekod untuk rujukan pada masa hadapan berkaitan pandangan
dan pendapat daripada kakitangan mereka. Bantuan aplikasi daripada teknologi komunikasi
juga dapat memendekkan proses membuat keputusan dalam organisasi yang biasanya
mengambil masa yang panjang.
Media sosial berpotensi untuk memaksimumkan interaksi dan
kerjasama antara kakitangan dalam organisasi. Shepherd et al. (2011) menjelaskan
bahawa organisasi boleh mendapat faedah daripada pengunaan ruangan forum untuk
berbincang dan berkongsi idea, serta blog sebagai wadah untuk berinteraksi
sesama kakitangan. Perbincangan melalui laman web jaringan sosial membolehkan
kakitangan melangkaui tatacara yang rumit sebelum dapat berinteraksi dengan
pengurusan atasan.
Masalah dan krisis dalam organisasi boleh dibincangkan secara
singkat dalam talian oleh kakitangan yang terlibat tanpa perlu mengumpul dan
bersemuka dengan semua kakitangan. Kenyataan ini diperjelaskan oleh Siti
Zobidah et al. (2008) yang menyatakan bahawa
penggunaan teknologi komunikasi baharu seperti e-mel dapat membantu
mempermudah dan mempercepatkan urusan rasmi dalam organisasi. Mereka juga
mendapati pihak pengurusan atasan menggunakan kemudahan teknologi komunikasi
seperti komputer dan khususnya e-mel.
Lanjutan daripada itu, Rauf et al. (2010) juga menjelaskan bahawa
90.24 peratus daripada kakitangan di Universiti Selangor (UNISEL) memilih untuk
menggunakan bantuan teknologi komunikasi menerusi laman web jaringan sosial
sebagai landasan berkomunikasi dengan semua kakitangan lain. Sebaliknya, hanya
9.76 peratus kakitangan menggunakan komunikasi bersemuka secara lisan dengan
kakitangan lain. Oleh itu, majoriti kakitangan UNISEL lebih cenderung
menggunakan laman web jaringan sosial sebagai medium untuk berkomunikasi dengan
individu lain meskipun berada dalam jabatan yang sama.
3.0 DAPATAN/HASIL KAJIAN
Teknologi komunikasi memberi kesan yang positif terhadap
organisasi dan pengurusan atasannya. Aktiviti dalam organisasi dapat diperbaiki
dengan bantuan teknologi komunikasi dan ianya memerlukan kerjasama serta
komitmen semua pihak bagi memastikan teknologi yang dipilih akan memberi kesan
yang positif kepada organisasi. Dengan bantuan dan sumbangan daripada teknologi
komunikasi, banyak perkara yang sebelum ini sukar dilaksanakan dapat
dipermudahkan. Kita boleh merujuk kepada fakta-fakta dan contoh yang saya berikan.
Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa kemudahan ini perlu
kita gunakan dengan cara yang betul kerana jika disalah gunakan pasti membawa
perpecahan persaudaraan diantara manusia
contohnya terlalu berdamping dengan telefon pintar dan kurang berkomunikasi
secara lisan dalam masyarakat. Budaya ini menjadi tidak sihat dalam masyarakat
dan telah menghakis perpaduan di kalangan masyarakat. Kita boleh lihat dan
dengar daripada berita-berita dimana banyak keburukan apabila alat teknologi
dan komunikasi disalah guna contohnya bermain judi secara online, menonton
pornografi dan scammer.
4.0 KOMEN/KRITIKAN
Contoh umum yang dapat dilihat adalah pengimplementasian laman
sosial Facebook sebagai medium komunikasi di antara kakitangan bawahan dengan
pengurusan atasan (Bennett and Owers, 2010). Kakitangan bawahan dapat
berinteraksi dengan pengurusan atasan organisasi menerusi Facebook tanpa perlu
melalui prosedur yang panjang untuk diselesaikan. Situasi ini menjanjikan
struktur organisasi yang lebih berbentuk horizontal (Richmond and McCroskey,
2009) dan jangkauan kawalan yang lebih mudah. Penggunaan e-mel juga dilihat
sebagai satu cara yang paling mudah untuk berkomunikasi di kalangan kakitangan.
Vidgen et al. (2011) menyuarakan bahawa e-mel kini menjadi teknologi yang telah
digunakan di peringkat global oleh individu dan juga organisasi. E-mel juga
telah ditakrif sebagai agen interaksi di antara ahli dalam sesebuah organisasi.
Teknologi komunikasi yang bersifat sofistikated juga menjadikan organisasi
lebih responsif terhadap keperluan kakitangan.
Selain itu, penggabungan teknologi komunikasi dengan pengurusan
organisasi telah memberi dimensi baru kepada peranan teknologi komunikasi dalam
menghadapi globalisasi. Hal ini dapat dilihat dengan kemunculan e-dagang
(e-commerce) dan juga perkhidmatan elektronik yang menjadi pilihan kebanyakan
organisasi korporat. Flecknoe (2008) menjelaskan bahawa transaksi dalam talian
menerusi World Wide Web dan proses pembelian dan penjualan menggunakan kad
kredit tidak akan menjadi kenyataan tanpa kewujudan teknologi komunikasi.
Contoh yang dapat dilihat dalam organisasi pentadbiran awam ialah
jabatan pengurusan sumber manusia yang menguruskan semua aktiviti yang
berkaitan dengan kakitangan di dalam organisasi seperti aspek pengambilan
pekerja. Proses pengambilan pekerja mahir, separuh mahir mahu pun yang tidak
mahir boleh dilakukan dengan bantuan teknologi komunikasi seperti internet yang
mengaplikasikan pengambilan kakitangan secara dalam talian menerusi laman web.
Menurut Caers and
Castelyns (2011), pengambilan kakitangan melalui internet dibuat berdasarkan
web. Teknologi ini direkabentuk untuk membantu pihak pengurusan meningkatkan
kecekapan dalam pengambilan kakitangan. Hal ini adalah salah satu cara yang
mesra pengguna serta memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak, iaitu pihak
organisasi dan calon kakitangan organisasi. Menerusi kaedah ini, pihak
organisasi dapat menikmati beberapa faedah yang ditawarkan iaitu dapat mencari
calon kakitangan dengan lebih meluas, mudah dan cepat serta dapat menjimatkan
masa seterusnya mengelakkan pembaziran dari segi masa dan juga sumber.
5.0 PERSAMAAN/PERBEZAAN
Jurnal ini memfokuskan pelaksanaan teknologi komunikasi telah
memberi sumbangan besar kepada organisasi daripada sudut penyaluran maklumat
dan membuat keputusan daripada pihak pengurusan atasan kepada kakitangan
bawahan dalam organisasi.
6.0 KESIMPULAN/RUMUSAN
Secara keseluruhannya, teknologi komunikasi memberi kesan yang
positif terhadap organisasi dan pengurusan atasannya. Aktiviti dalam organisasi
dapat diperbaiki dengan bantuan teknologi komunikasi dan ianya memerlukan
kerjasama serta komitmen semua pihak bagi memastikan teknologi yang dipilih
akan memberi kesan yang positif kepada organisasi. Dengan bantuan dan sumbangan
daripada teknologi
komunikasi, banyak perkara yang sebelum ini sukar dilaksanakan
dapat dipermudahkan. Teknologi komunikasi memainkan peranan sebagai industri
secara intrinsik dan telah membantu menguruskan segala aktiviti ekonomi
organisasi. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa kemudahan ini perlu
kita gunakan dengan cara yang betul kerana jika disalah gunakan pasti membawa
perpecahan persaudaraan diantara manusia
contohnya terlalu berdamping dengan telefon pintar dan kurang berkomunikasi
secara lisan dalam masyarakat. Oleh itu pandai-pandai lah kita menggunakan
kemudahan ini.
ANALISIS ARTIKEL
JURNAL 4 : KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM PENGURUSAN ORGANISASI MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM: SATU ANALISIS DI KUMPULAN JAMINAN PERNIAGAAN TELEKOM MALAYSIA
BERHAD
1.0 PENDAHULUAN
Komunikasi interpersonal melibatkan psikologi kalangan pekerja
antara eksekutif bukan eksekutif ke arah menggalakkan pengalaman manis yang
menyenangkan (Luthans, Avolio, Avey & Norman, (2007). Pendekatan psikologi
Luthans dan rakan-rakannya telah membangunkan satu konstruk dengan
menggabungkan sumber-sumber psikologi, iaitu keyakinan diri, harapan, optimis
dan ketahanan bagi tujuan kestabilan pengurusan organisasi. Pengaruh eksekutif
contoh terbaik bagi bukan eksekutif melalui komunikasi interpersonal mampu
memberikan motivasi dan pengalaman manis dan pahit yang menentukan prestasi
(Fred, 2011). Teori komunikasi interpersonal moden seperti Altman dan Taylor
(1973), dengan teori tembusan sosial dikenali juga sebagai teori kulit bawang,
mengatakan dalam proses menjalin hubungan, komunikasi berubah daripada tidak
rapat kepada tahap yang lebih mendalam dan peribadi dalam jangka masa tertentu.
Teori pengurangan tidak kepastian oleh Berger dan Calabrese (1975) pula
mengatakan, komunikator perlu membuat penilaian terhadap pendengar sebelum
membina kemesraan berkomunikasi, hal ini kerana tidak mungkin akan terjalin
komunikasi antara orang yang tidak dikenali dalam perbincangan buat pertama
kalinya.
2.0 FAKTA-FAKTA/TEORI/MODEL/HUJAH/IDEA
Komunikasi interpersonal
amat penting dalam organisasi. Teori klasik menunjukkan elemen asas dalam
komunikasi iaitu mesej dibawa, pengucap, saluran digunakan untuk membawa mesej
dan penerima masih diguna pakai hingga kini. Kajian ini menggunakan kaedah
tinjauan deskriptif menumpukan khusus kepada komunikasi interpersonal di antara
pekerja bukan eksekutif dan eksekutif. Kajian berkonsepkan pengalaman pekerja
dibahagikan kepada dua kategori iaitu pendekatan komunikasi eksekutif yang
dipersepsi sebagai menyenangkan dan tidak menyenangkan oleh eksekutif dan bukan
eksekutif. Komunikasi interpersonal merupakan satu proses perkongsian
pengalaman dengan individu lain. Komunikasi menurut pandangan Islam
menitikberatkan penyebaran maklumat dan ilmu bertujuan untuk membimbing umat
manusia menuju ke tahap yang lebih baik berdasarkan kebenaran. Teori-teori
komunikasi menurut Islam menekankan cara komunikasi beradab dan berhikmah
antara individu dalam segenap aspek dan bentuk hubungan. Justeru, komunikasi
interpersonal antara eksekutif dan bukan eksekutif secara keseluruhannya
dipersepsi sebagai menyenangkan di Kumpulan Jaminan Perniagaan (KJP), Group
Business Assurance GBA.
3.0 DAPATAN/HASIL KAJIAN
Antara faktor-faktor yang memainkan peranan bagi mewujudkan
pengalaman manis semasa berkomunikasi iaitu; kemesraan, toleransi, berhemah,
kesopanan, personaliti yang baik, memberi ucapan salam, memberi senyuman,
memberi perhatian, memberi galakan, memberikan penghargaan. Manakala antara
pengalaman pahit semasa berkomunikasi ialah; maklumat tidak jelas, tidak faham
arahan, bersikap sombong, tiada perkongsian idea, tidak membantu untuk berdaya saing
dan tidak ada toleransi serta konflik. Merumus dan mencadangkan bentuk
komunikasi interpersonal yang menyenangkan menurut Islam untuk penambahbaikan
di GBA- Daripada pencarian maklumat melalui kajian lepas, pengkaji dapat
mengkonstruk model komunikasi interpersonal holistik rajah 2, diaplikasikan
dalam pengurusan organisasi menurut perspektif Islam. Kajian ini dilakukan
dengan kaedah perbandingan deskriptif, iaitu data diperoleh melalui borang kaji
selidik, temu bual serta dokumentasi. Data dianalisis dan menunjukkan tidak ada
perbezaan komunikasi interpersonal signifikan antara eksekutif dengan bukan
eksekutif di GBA. Justeru, komunikasi interpersonal antara eksekutif dan bukan
eksekutif secara keseluruhannya dipersepsi sebagai menyenangkan di Kumpulan
Jaminan Perniagaan. (KJP).
4.0 KOMEN/KRITIKAN
Komunikasi dalam Islam adalah berasaskan nilai-nilai keagamaan
yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Islam telah menetapkan panduan serta
prinsip dalam berkomunikasi, antaranya dengan memberi salam, bercakap secara
lemah lembut (Surah al-Toha: 44), menggunakan perkataan yang baik (Surah
al-Isra’: 53), bercakap benar (Surah al-An’am: 152), menepati janji (Surah
al-Saf: 21) serta mengambil perhatian terhadap buah fikiran dan pandangan orang
lain (Surah al-Imran: 159). Natijahnya, berkomunikasi secara interpersonal
menurut perspektif Islam akan memberi impak terhadap kebolehpercayaan awam
kepada organisasi. Komunikasi tidak berkesan akan mengakibatkan konflik, iaitu
satu proses yang bermula apabila satu pihak menganggap satu pihak lain tidak
penting dan tidak bersemangat untuk melakukan tugas (Thomas, 1976). Konflik
yang berpanjangan akan mengakibatkan gangguan psikologi dan memberi kesan
terhadap keberkesanan komunikasi interpersonal (Coonie, Inga & Kate, 2014).
Manakala menurut Berger (2014), teori “word of mouth” mempunyai kaitan dengan
psikologi dan boleh memberi kesan penting terhadap tingkah-laku.
Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis teori komunikasi
interpersonal antara eksekutif dan bukan eksekutif dalam organisasi menurut
perspektif moden dan Islam serta mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan
komunikasi interpersonal yang menyenangkan dan tidak menyenangkan di GBA dan
mencadangkan bentuk komunikasi interpersonal yang menyenangkan menurut perspektif
Islam. Group Business Assurance (GBA) atau Kumpulan Jaminan Perniagaan (KJP),
iaitu salah satu bahagian dalam Kumpulan Ketua Pegawai Kewangan (GFCO),
bertanggungjawab memberi perkhidmatan serta bantuan kepada unit-unit lain dalam
Telekom Malaysia. GBA terdiri daripada empat unit-unit kecil, iaitu risiko dan
kepatuhan korporat (RCC), jaminan hasil dan pengurusan penipuan (RAFM),
pengurusan insurans (IM) serta strategi dan pentadbiran (SG). Visi GBA untuk
memberi perkhidmatan terbaik kepada unit-unit lain dalam TM serta mempertingkat
hasil TM secara keseluruhannya.
5.0 PERSAMAAN/PERBEZAAN
Jurnal kajian ini membuktikan organisasi perlu memainkan peranan
penting dan menekankan kepentingan komunikasi berkesan serta kejayaan
organisasi bergantung kepada eksekutif yang mempunyai pemikiran kreatif. Selain
itu komunikasi dalam Islam memerlukan kuasa pemikiran kreatif yang berkeupayaan
melihat sesuatu daripada pelbagai sudu
6.0 KESIMPULAN/RUMUSAN
Berdasarkan sorotan literatur yang diperoleh, didapati bahawa
tahap komunikasi interpersonal memberi pengalaman manis dan dipersepsi sebagai
menyenangkan di GBA. Kajian ini tidak boleh dijadikan ukuran untuk
menggambarkan tahap sebenar komunikasi interpersonal dalam pengurusan
organisasi secara khusus kerana sampel yang diambil hanya melibatkan satu unit
daripada beberapa unit dalam Telekom Malaysia Berhad (Rujuk jadual 1, 2 &
3). Justeru, berdasarkan faktor-faktor yang diperoleh satu kajian yang lebih
menyeluruh melibatkan keseluruhan unit di TMB serta organisasi sektor awam
seperti PDRM adalah perlu untuk melihat peranan komunikasi interpersonal secara
kondusif dalam perspektif Islam.
RUJUKAN
[1] Mohamad Isa Abd Ralip. 2010. Facebook bukan saluran terbaik
atasi konflik
rumah tangga.
[2] Berita Harian. Diakses daripada http:// www.bharian.com.my.
November 17.
[3]
http://www.beritasemasa.com.my/coklat-cadbury-malaysia-dna-babi-jakim-kkml
diaksess
pada lOgos 2015.
[4] https:llwww.facebook.comlberitaOnline/postsI710374762365980I
diaksess pada lOgos
2015.
[5] http://truthhalal.my/starbucks-disahkan-haram-oleh-jakiml
diaksess pada lOgos 2015.
[6]http://www.halal.gov.my/v3lindex.php/ms/medialberital244-isu-berkenaan-aduan-starbuckcoffeel diaksess pada lOgos 2015.
[7] https:llwww.facebook.com/shbtHalallposts/497782060334173
?stream _ref=51 diaksess
Comments