https://shortest-miner.com?ref=acf5e30201
http://cdn.mobicow.com/feed/link/pub/18223/sub/15589
Nama Syarikat :
Nordin Batik Sdn. Bhd.
Alamat :
15100
Kelantan Darul Naim.
Tarikh Penubuhan :
29 hb Oktober 1993
Status
Syarikat : Sendirian Berhad
Telefon : 09-748 5394
Modal
Berbayar : RM 500,000.00
Jualan
Setahun. : RM 3,500,000.00 (TAHUN 2009)
Jenis Produk Yang
Dikeluarkan:
Saluran
Pengedaran:
i. Agensi
Kerajaan
Nilai Eksport : RM 220,000.00
Pengalaman dalam bidang batik: 38 tahun
Kajian dan Penyelidikan:
ANALISIS FIRMA DAN
PERNIAGAAN NORDIN BATIK KELANTAN
Faktor-faktor kejayaan merupakan elemen terpenting bagi
mencapai kelebihan bersaing bagi usahawan-usahawan yang sedia ada di Malaysia.
Walaupun ramai pencipta dan inventor adalah terdiri daripada kalangan usahawan,
namun terdapat ramai usahawan yang berjaya bukannya hasil pencapaian
penciptaan. Faktor–faktor kejayaan juga menunjukkan prestasi samada suatu
perusahaan itu telah berjaya atau tidak berjaya mencapai sasaran misi dan visi
yang telah dibentuk sebelum organisasi tersebut ditubuhkan. Organisasi yang
berjaya mengenalpasti dan menggunakan faktor-faktor kejayaan akan membentuk
keunikan bagi membolehkan mereka mencapai kelebihan bersaing. Tugasan ini juga
mengenal pasti keadaan pembangunan Nordin Batik di Malaysia terutamanya negeri Kelantan dan juga akan
membincangkan secara terperinci latar
belakang kehidupan dan faktor-faktor kejayaan utama dan kritikal Tokoh Usahawan
Batik Di Kelantan iaitu Tuan Haji Nordin Bin Mahmood, menghuraikan ciri-ciri seseorang usahawan serta apa yang perlu ada
untuk menjadi individu yang bergelar usahawan berjaya. Berbeza dengan seorang
peniaga, usahawan merupakan seorang yang berfikiran kreatif, inovatif dan
bersedia mengambil risiko dalam mengusahakan usaha teroka perniagaan yang
diceburinya. Perbincangan juga menjurus kepada amalan keusahawanan,pengaruh
persekitaran luaran dan dalaman, tindakan kreatif dan inovatif dan cadangan
tindakan kreatif atau inovatif yang
dilakukan dalam perniagaan batik dan bagaimana
mereka menempa kejayaan dalam perniagaan
yang diceburi diterangkan secara ringkas bagi tujuan memberi gambaran rahsia
kejayaan mereka.
Bidang
keusahawanan merupakan salah satu bidang yang sangat penting bagi mana-mana
negara di dunia ini. Ini kerana keusahawanan merupakan salah satu bentuk
disiplin ilmu yang menjadi tonggak kepada perkembangan, pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Masyarakat yang mempunyai paling
ramai usahawan dianggap sebagai sebuah kumpulan masyarakat yang sempurna,
berbakat, berdisiplin, berdikari, berjaya dan lebih maju dari segi perkembangan
mental dan sosio-ekonominya. Menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah
satu tugas yang mudah. Namun, ianya juga bukanlah satu tugas yang sukar untuk dicapai.
Dalam membentuk individu menjadi seorang usahawan berjaya, mereka haruslah
memahami konsep asas keusahawanan dan memiliki ciri-ciri yang seharusnya ada
pada usahawan berjaya. Golongan usahawan memainkan peranan di dalam membantu
menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya inovasi sesebuah negara.
Ini kerana, tanpa kehadiran usahawan, maka banyak sumber alam tidak dapat
dimanfaatkan sepenuhnya, dan kerugian sumber akan berlaku. Usahawan juga
merupakan daya penggerak penerokaan bidang-bidang baru dan terkini selari
dengan kehendak masyarakat. Peranan usahawan itu sendiri dalam menyediakan
menyediakan ruang-ruang dan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan kepada
masyarakat sekeliling tidak boleh dipertikaikan. Justeru itu, usahawan dianggap
sebagai pemangkin dan pemacu terpenting dalam proses pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara dan kehadiran usahawan sememangnya amatlah diperlukan.
DEFINISI USAHAWAN DAN
KEUSAHAWANAN
Disiplin ilmu
keusahawanan merupakan satu disiplin ilmu yang masih muda usianya berbanding
dengan disiplin ilmu lain. Oleh itu, masih banyak isu-isu yang belum diterokai
dan diperjelaskan oleh para penyelidik dan ahli akademik. Maka, tidak hairanlah
jika istilah keusahawanan sering disamaertikan dengan peniaga, walaupun kedua-duanya
adalah berbeza dari beberapa sudut penjelasan, penerangan dan pentafsiran.
Usahawan
Perkataan
‘entrepreneur’ (usahawan) adalah dalam bahasa Inggeris juga berasal daripada
bahasa Perancis iaitu ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul (tugas), tanggungjawab,
menggalas atau mencuba. Dalam Bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya
berasal daripada perkataan ‘usaha’. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
(2007), ‘usaha’ ialah daya upaya termasuk
ikhtiar, kegiatan, perbuatan, dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau
menyempurnakan sesuatu tugas dan pekerjaan bagi tujuan untuk mencapai kejayaan.
Usahawan disifatkan sebagai seorang yang berkebolehan untuk mengesan dan
merebut sesuatu peluang perniagaan, melibatkan diri secara berterusan dan
secara langsung, mencipta peluang baru dalam perniagaan, dan mengusahakan
perniagaan tersebut bagi tujuan mencapai ganjaran dari segi kewangan
(keuntungan) dan kepuasan diri. Biasanya usahawan dilihat sebagai seseorang
yang dinamik dan sentiasa mempunyai sifat ingin mencuba atau mencipta sesuatu
yang baru. Usahawan dikatakan sanggup mengambil risiko perniagaan untuk
berjaya.Stoner (1995) mendefinisikan usahawan sebagai pengasas kepada sesuatu
usaha teroka dan mewujudkan satu organisasi baru bagi usaha tersebut dan seterusnya
menguruskannya untuk mendapat keuntungan.
Keusahawanan
Hisrich R.D.,
Peters M.P., and Shepherd D.A., (2007) mendefinisikan bahawa keusahawanan pula
merupakan bidang kerja yang bermakna bukan sahaja kepada diri dan keluarga,
tetapi juga kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Keusahawanan secara
ringkasnya adalah merupakan satu proses dinamik dalam penghasilan kekayaan
secara berperingkat. Seorang usahawan yang berjaya, mampu merealisasikan
impiannya dan bijak dalam mengatur strategi perniagaan dengan menggabungkan
input-input yang sedia ada, membuat pengubahsuaian dan bersedia menghadapi
risiko untuk menjayakan sesebuah perniagaan bagi tujuan mencapai
keuntungan. Dalam era globalisasi dan
dunia informasi kini, usahawan perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahirannya dari semasa ke semasa. Justeru itu, keusahawanan adalah merupakan
satu bidang yang memerlukan disiplin yang tinggi, dinamik, dan berterusan.
Pelbagai disiplin seperti pengurusan, ekonomi, sosiologi, sosio-psikologi
ataupun psikologi menyumbang ke arah kematangan dan kemajuan disiplin
keusahawanan sebagai suatu bentuk disiplin yang unik dan tersendiri.
Menurut Hisrich
dan Peter (2007), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta
kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar dalam
ekuiti, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk
atau perkhidmatan. Ia adalah proses penciptaan sesuatu yang baru dengan
mengambil kira masa dan usaha dan juga risiko kewangan, psikologi dan social.
Ganjaran dari usaha itu, maka usahawan akan menerima manfaat dari segi
kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.
Secara amnya, Kelantan
adalah sebuah negeri yang memang dikenali sebagai sebuah negeri yang kaya
dengan pelbagai hasil kesenian yang halus dan bermutu tinggi. Antaranya ialah
songket, pertukangan perak, wau bulan dan hasil kraftangan termasuk juga batik.
Batik merupakan satu kesenia yang halus dan menarik kerana ianya menuntut
kepakaran dan kehalusan yang tinggi. Antaranya pengusaha batik yang terkenal
dan tersohor di Kelantan adalah Tuan Haji Nordin Bin Mahmood. Beliau merupakan
antara golongan terawal yang mempelopori industri batik di Kelantan dan tokoh
batik yang masih berdiri gagah di arena pembatikkan sehingga kini. Hasil kerja
keras tanpa mengenal penat lelah dan iltizam yang tinggi, beliau tidak pernah
jemu untuk menceburi sektor batik dan pernah melalui pahit getir sepanjang
pembabitan beliau lebih dari empat puluh
sembilan tahun dalam bidang ini. Kini, beliau mampu berbangga dengan hasil
kerja kerasnya selama ini dengan terbina
megahnya Wisma Nordin, iaitu
satu-satunya pusat pameran dan jualan batik yang pertama dan terbesar di negeri Kelantan yang
pernah dimiliki kaum bumiputera khususnya
dalam kalangan pengusaha batik Kelantan. Perniagaan Nordin Batik Sdn . Bhd.
adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perusahaan batik di negeri
Kelantan. Syarikat milik tuan Haji
Nordin Bin Mahmood ini telah ditubuhkan pada tahun 1993 iaitu tambahan kepada
perniagaan yang dahulunya didaftarkan di bawah Ordinan Perniagaan 1956 sebagai
pemilik tunggal pada 1hb September 1981. Dewasa ini, Nordin Batik telah menjadi
syarikat yang terulung di negeri Kelantan malah kewujudan Wisma Nordin adalah
satu mercu tanda perniagaan batik tersebut dan ianya terletak pada Lot 74,
Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan yang mana bernilai lebih kurang
RM2 juta. Di samping mengusahakan perusahaan batik, Tuan Haji Nordin juga telah mengorak langkah dengan
membangunkan sebuah hotel bajet yang dikenali dengan nama Paloh Inn yang
terletak pada bangunan yang sama, di mana sekarang ini diuruskan oleh anak
ketiganya, Pn. Azlizan Bt. Nordin. Di bangunan Wisma Nordin juga, terletaknya
Showroom Nordin batik yang diuruskan oleh anaknya yang sulung iaitu Pn. Azlinda
Bt. Nordin dan dibantu oleh En. Ruhi Mukhlis Muhammad selaku Penolong Pengurus
Showroom Nordin batik.
BIODATA PENGERUSI EKSEKUTIF
Tuan Haji
Nordin Bin Mahmood, dilahirkan pada 24 September 1949, di Jalan Gajah Mati,
Kota Bharu, Kelantan berusia 60 tahun merupakan Pengerusi Eksekutif Wisma
Nordin Group. Beliau menetap di Lot 1905,
Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal
di Sekolah Rendah Padang Garong, Kota Bharu dan beliau telah melanjutkan
pelajarannya di Sultan Ismail College (SIC). Penglibatan beliau di dalam bidang
batik mula timbul sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi, di mana beliau telah
terdedah kepada dunia batik. Sebenarnya, batik telah menjadi sebahagian
daripada hidup Tuan Haji Nordin kerana bapanya, iaitu Haji Mahmood bin Muhammad
sendiri adalah seorang penggiat batik di sekitar awal 40-an. Haji Mahmood telah menjadikan batik sebagai
sumber pendapatan utama keluarga dengan membuat sarang batik (batik cop) dan mengusahakan
batik secara tradisional di bawah rumahnya, di Jalan Gajah Mati bersama
seorang
pekerja, yang mana ia diusahakan secara kecil-kecilan.
Berkat dari
pemerhatian sejak kecil, minat Tuan Haji Nordin terhadap batik mula tersemai.
Pada tahun 1963, beliau telah mula membantu bapanya di dalam pembatikkan, dan
kemudian telah keluar mencari pengalaman berniaga batik dengan bapa saudaranya
sendiri, Tuan Haji Muhammad Amin bin Idris. Pada tahun 1968 sehingga 1972,
berbagai pengalaman yang ditimba sepanjang terbabit di dalam bidang penjualan
yang mana Tuan Haji Nordin sebagai jurujual di kedai bapa saudaranya yang
terletak di Pasar Lama Kota Bharu, atau lebih dikenali sebagai ‘Pasar Zink
Merah’. Selepas lebih empat tahun sebagai jurujual, Tuan Haji Nordin telah
membuat keputusan untuk mengambil upah membuat batik sendiri, sekaligus
mewarisi tradisi batik dari bapanya. Dengan bermodalkan RM500, beliau telah
membuka tapak di Kampung Sireh dengan menubuh sebuah kilang dan diusahakan
dengan dibantu oleh tiga orang pekerja.Beliau membuat batik secara mengambil
upah dari pembatik-pembatik di sekitar Kota Bharu selama lebih kurang lima
belas tahun. Berkat kesabaran, komited yang tinggi, dan idea yang kreatif,
beliau berjaya bertahan dan muncul sebagai penggiat batik yang tersohor di
Kelantan. Pada tahun 2002, beliau memenangi tempat kedua bagi Anugerah Tokoh
Usahawan Kraf 2002 Peringkat Akhir, sebagai ahli Persatuan Pembatik-pembatik
Kelantan dan aktif sebagai ahli persatuan amal. Sebagai seorang ketua keluarga,
beliau merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
Isteri beliau, Puan Hjh. Asiah Bt Mohd Zain, merupakan pengurus pusat jualan
Nordin Batik di Bazaar Buluh Kubu. Bapa kepada enam orang cahaya mata ini,
telah berjaya membesarkan anak-anak beliau, dan menjadikan mereka sebagai bakal
pewaris kepada perniagaan beliau, yang mana anak sulung beliau, Azlinda bt.
Nordin
telah dilantik
sebagai Pengurus Showroom Nordin Batik Sdn. Bhd, anak keduanya iaitu Fadli B. Nordin di
pertanggungjawabkan menjaga dan menyelia kilang kedua yang terletak di Kg.
Penambang, Jalan PCB, Kota Bharu, manakala anak ketiganya iaitu Azlizan Bt
Nordin pula bertindak sebagai Pengurus Pentadbiran Paloh Inn. Aziana Bt Nordin
pula merupakan anak ke empat ,memperolehi Diploma Kesetiausahaan daripada
Universiti Teknologi MARA Cawangan Dungun, Terengganu. Manakala anaknya yang
kelima iaitu Mohd. Faizal, bertanggungjawab ke atas kerja-kerja pembinaan bagi
projek terbaru Tuan Haji Nordin iaitu industri burung layang-layang. Seterusnya
anak bongsu beliau, Nur Afiqah masih lagi menuntut di sekolah menengah.
Nama Syarikat :
Nordin Batik Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran Syarikat : 280166 X
Alamat :
Lot 184, Kampong Pintu Geng,
15100 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tarikh Penubuhan :
29 hb Oktober 1993
Setiausaha Syarikat :
SAIFULDIN & PARTNER (M) SDN. BHD.
4355-D, Lot
1006, Seksyen 27, Tingkat 1,
Jalan
Pengkalan Chepa,
15400 Kota
Bharu, Kelantan Darul Naim.
Status
Syarikat : Sendirian Berhad
Telefon : 09-748 5394
Modal
Berbayar : RM 500,000.00
Bank
/ No. akaun : PBB 3094046717
RHB 20303910137040
BCB 03010048987058
Jualan
Setahun. : RM 3,500,000.00 (TAHUN 2009)
Kapasiti Pengeluaran
Sebulan: i.
Batik Stensil – 4,600 helai
ii.
Kain Kemeja Stensil – 3,000 helai
iii.
Kaften Stensil– 2,000 helai
Kapasiti Pengeluaran
Sebulan:
i. Batik Stensil – 4,600 helai
ii.
Kain Kemeja Stensil – 3,000 helai
iii.
Kaften Stensil– 2,000 helai
Jenis Produk Yang
Dikeluarkan:
i. Batik Pasang Lukis
ii. Batik Kaften Lukis
iii. Batik Skaf Lukis
iv. Batik Pasang Stensil
v. Batik Kaften Stensil
vi. Batik Skaf Stensil
vii. Batik Sarong
viii. Kain Kemeja Stensil
Saluran
Pengedaran:
i. Agensi
Kerajaan
ii. Pelancong
iii. Jualan terus kepada pembekal
iv. Jualan terus kepada pengguna
Nilai Eksport : RM 220,000.00
Punca Bahan Mentah:
Kain putih diimport terus dari Negara China dan
Singapura manakala ubat kain dibeli dari pembekal tempatan.
Pengalaman dalam bidang batik: 38 tahun
Kajian dan Penyelidikan:
Sentiasa
mengadakan perbincangan dan kajian dengan kakitangan yang terlibat mengenai
masalah yang timbul terutama sekali di bahagian stensil dan teknik mewarna
supaya ianya dapat menghasilkan mutu yang menarik dan cantik.
AMALAN
KEUSAHAWANAN
Nordin Batik Sdn. Bhd.
adalah merupakan sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang ditubuhkan bagi tujuan mengilang dan mengedar batik tradisional
untuk pasaran di dalam dan di luar negeri Kelantan. Ianya ditubuhkan pada tahun
1993 tambahan kepada perniagaan yang dahulunya didaftarkan dibawah Ordinan
Perniagaan 1956 sebagai pemilik tunggal pada 1hb. Sept. 1981. Dengan kegigihan
dan ketabahan pemiliknya iaitu Tuan Haji Nordin bin Mahmood, syarikat ini telah
berkembang maju tahun demi tahun di dalam perusahaan batik tradisional. Beliau
telah pun memulakan perusahaan batik ini semenjak 1972, bertempat di Kampung
Sireh, Kota Bharu dengan 3 orang pekerja. Pengeluaran pada masa itu bertumpukan
kepada batik sarong dan batik ela. Di sini juga dinyatakan peringkat-peringkat
amalan keusahawanan yang diamalkan oleh Tuan Haji Nordin dalam pembuatan
batiknya iaitu:-
Input - Sentiasa mengenal pasti jenis kain yang bermutu dan diimport.
Kebanyakan kain yang diimport adalah dari China. Jenis kain juga dikelaskan
mengikut gred-gred yang tertentu. Gred yang mahal akan menghasilkan batik yang
mahal dan bermutu nilainya.
Transformasi
- Pada awalnya, pengilangan dibuat dengan
15 orang pekerja. Syarikat mendapat bekalan kain putih dari Koperasi Pembatik - Pembatik Kelantan Berhad
untuk mengilang batik sarong dan batik ela. Tahap pengeluaran adalah sebanyak
15-20 pasang sehari. Kerja-kerja ini dilakukan secara mengambil upah dari
pembatik-pembatik di
sekitar Kota Bharu.Syarikat
terpaksa berpindah ke Kampung Pintu Geng, Kota Bharu, kerana proses pembesaran
di mana tempat lama didapati tidak lagi sesuai kerana sempit. Pada masa ini
bilangan pekerja telah meningkat kepada 50 orang dengan kuantiti pengeluaran
sebanyak 100 meter sehari.Syarikat memasuki era baru di dalam industri batik
tradisional dengan mengeluarkan batik tulis yang terdiri dari kain sutera
Jacquard, Rayon Jacquard dan Rayon Fuji. Bilangan pekerja meningkat kepada 60
orang dengan pengeluaran sebanyak 100 pasang sehari (400 meter).
Output -Syarikat telah dilesenkan
sebagai pengilang berlesen dibawah
Seksyen 13, Akta Cukai Jualan. Syarikat telah diberi kebenaran oleh Jabatan
Kastam dan Eksais DiRaja untuk mengimport kain putih dari China dan
Singapura tanpa bayaran cukai jualan. Di samping itu, syarikat juga diberi
pengecualian duti import oleh Perbendaharaan Malaysia untuk tujuan yang sama.
Jumlah pekerja meningkat kepada 80 orang dan pengeluaran meningkat kepada 120
pasang sehari (480 meter). Bilangan pekerja bertambah kepada 110 orang seiring
dengan pertambahan permintaan di mana pengeluaran meningkat kepada 440 pasang
sehari (1760 meter). Syarikat telah
menambahkan bilangan pekerja kepada 140 orang dengan purata pengeluaran di
antara 550 – 750 pasang sehari dengan penggunaan kain putih di antara 2200
hingga 3000 meter sehari dan semuanya adalah terdiri daripada kain sutera yang
diimport terus daripada negara China.
PENGARUH PERSEKITARAN
Perkembangan
fesyen terkini menjadikan industri batik semakin berkembang dengan pelbagai idea yang
dihasilkan oleh pelukis batik adalah sangat berdaya saing. Ini salah satu
faktor mengapa pengurusan harus sentiasa peka dengan keadaan semasa.
Persekitaran memainkan peranan penting dan amat dititikberatkan oleh Tuan Haji
Nordin dalam memastikan kualiti batik yang dihasilkan benar-benar memberi
kepuasan kepada citarasa pelanggan malah pengaruh persekitaran yang sering
memberi kesan adalah dari sudut:-
Luaran-Persekitaran luaran seperti pelanggan,
persaingan,pengaruh kerajaan, pembekal, Institusi kewangan dan pertubuhan bukan
kerajaan adalah persekitaran yang mempengaruhi secara langsung aktiviti
keusahawanan dari luar usaha teroka. Malah dengan terbentuknya faktor-faktor
ini maka pengusaha batik yang lain sentiasa
bertungkus lumus bagi memastikan produk mereka sentiasa mendapat tempat dihati
pelanggan dengan pelbagai variasi corak yang terbaru dan terkini.
Dalaman-Komponen persekitaran dalaman terdiri daripada sumber, struktur dan budaya. Sumber
merupakan aset utama bagi pengeluaran produk. Sumber ini termasuklah usahawan
sendiri, aset kewangan, sumber manusia, bahan mentah, kemudahan fizikal,
teknologi dan reputasi. Usahawan perlu menguruskan sumber-sumber ini dengan
cekap agar perniagaan
terus
maju. Usahawan sendiri merupakan sumber yang paling dekat dengan perniagaan.
Diri usahawan yang menyumbang tenaga,
idea, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Usahawan perlu bekerja keras,
jujur, berwawasan, bersemangat, tidak mudah putus asa, menepati janji. Sumber
kewangan diperlukan untuk mendapat lain-lain sumber. Sumber kewangan terdiri
daripada modal sendiri, pinjaman bank, pinjaman daripada saudara mara atau
rakan, pelabur-pelabur dan penajaan sumber kewangan dalaman. Sumber manusia
atau pekerja amat dititikberatkan malah pekerja itu sendiri yang akan merealisasikan
matlamat usahawan dan menjadikan sektor batik bermutu nilainya. Manakala sumber
fizikal pula adalah harta digunakan dalam penegluaran dan pentadbiran usaha
teroka Ianya terdiri daripada bangunan, peralatan, mesin dan jentera serta
semua harta yang ada di lokasi usaha teroka. Selain itu, struktur usaha teroka
adalah kaedah mengorganisasikan terma komunikasi, rantaian perintah, autoriti
dan aliran kerja. Usahawan batik perlu menanam budaya yang positif dalam
organisasi perniagaan daripada peringkat awal penubuhan usaha teroka. Ini perlu
untuk memastikan satu suasana yang kondusif atau baik wujud dalam organisasi
bagi pengurusan yang lebih berkesan. Dalam
pada itu juga,suasana tempat mencanting batik atau tempat melukis batik juga haruslah mempunyai ruang
yang mencukupi dan luas agar
ianya
dapat memberi keselesaan kepada pelukis batik agar dapat menterjemahkan serta
menghasilkan batik yang bermutu nilainya.
Kebaikan-Aspek kebaikan yang diterapkan
terutamanya disiplin para pekerja atau sumber manusia itu sendiri memainkan
peranan penting di samping dapat menaikkan imej firma.Selain itu juga, ianya
dapat membantu keluarga masing-masing terutama pekerjanya yang terdiri golongan
remaja dan ibu-ibu tunggal dengan kepakaran yang dimiliki malah memberi peluang
pekerjaan kepada masyarakat setempat dalam penghasilan produk batik. Setiap
produk yang dihasilkan disusun dengan lebih teratur, lebih kemas agar ianya
mampu menarik minat pelanggan untuk melihat hasil keluaran batik. Selain itu,
faktor demografi dilihat dikenal pasti dan dianalisa oleh usahawan dalam bentuk
umur, jantina dan lain-lain yang akan mempengaruhi usahawan dalam membuat
keputusan tentang lokasi dan jenis keluaran.
Keburukkan-Masalah kain yang tidak
bermutu serta tidak tahan lama akan memberi kesan kepada penghasilan batik
malah mutu warna itu sendiri juga memainkan peranan penghasilan produk batik.
Di samping itu juga, kes-kes jenayah juga sering menghantui seperti kecurian,
pecah rumah malah membantutkan penghasilan batik eksklusif untuk dihasilkan
dengan sebaik mungkin.
Masalah-Kebanyakan masalah pengusaha batik
adalah bermula daripada persaingan dalam pasaran. Selain itu, lokasi firma
haruslah strategik dan memudahkan para pelanggan untuk singgah selain kurangnya
publisiti, iklan serta promosi. Selain itu, masalah faktor cuaca menjadi
pemangkin kepada warna dalam menghasilkan corak dan batik yang menarik serta
eksklusif. Selain itu, masalah kelembapan dan kegawatan ekonomi telah melanda
negara, semua perniagaan menjadi lembap, begitulah juga dengan perniagaan
industri batik menerima nasib yang sama. Walau bagaimanapun dengan pengalaman
yang ada pada En. Nordin Mahmood, beliau masih lagi bertahan untuk mengeluar
dan memasarkan keluaran kilang beliau. Di samping itu, beliau juga telah
berjaya mengubah haluan corak batik daripada corak lukis tangan kepada corak
stensil (skrin printing – manual) yang menjadi kesukaan orang ramai. Skrin
printing menggunakan meja meja panjang dan mampu mengeluarkan 2000 meter sehari
jika perlu.
- Syarikat
memberi peluang kepada tenaga kerja untuk mencurahkan idea mereka bagi
menghasilkan batik yang lebih bermutu. Semangat harus diberikan kepada mereka
bagi mendapatkan hasil kerja yang lebih baik. Di samping itu, dengan perbanyakkan pameran merupakan satu
alternatif dalam memperkenalkan industri batik di persada antarabangsa dengan
lebih produktif dan kompetitif.
- Syarikat
telah diluluskan Lesen Pengilang dibawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 oleh Kementerian Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri Malaysia
Sebagaimana Rujukan No. MIDA 100/32114/0061/0003 ACI
pada 27 November 2000.
- Syarikat telah diluluskan Pengecualian Duti
Import / Cukai Jualan Ke atas Mesin dan Peralatan oleh MIDA sebagaimana Rujukan MIDA
100/32114/0061/002 JKM pada 19
September 2000. Dengan kelulusan ini
syarikat telah menempah 2 buah mesin iaitu mesin kelender
dan mesin clureng dari Pekalongan ,
Indonesia dengan harga RP125,000,000.00 juta =RM52,500.00 dan dijangkakan
syarikat akan memperolehi mesin tersebut pada pertengahan bulan Jun ini. Kegunaan
mesin adalah untuk pengering dan
pengilat khusus untuk pengeluaran batik sarong dan Batik Jawa
Tulin.
.
Input – Mengadakan bengkel atau
seminar kepada para pengusaha termasuk pelukis batik bagi mencurahkan idea
mereka dalam menghasilkan tahap batik yang tinggi nilai komersialnya.
Menghasilkan pelbagai corak sama ada bebas, abstrak atau tumbuh-tumbuhan
mengikut gaya semasa dan terkini.Di samping itu, mengadakan pameran di setiap
ekspo sama ada di peringkat negeri atau antarabangsa, menempatkan beberapa
orang wakil yang mampu memberikan maklum balas kepada para pelanggan.
Transformasi – Mengadakan kesedaran
kepada orang ramai tentang pentingnya batik kerana ianya menggambarkan budaya
kita sebagai orang Melayu yang tidak
dapat dipisahkan dengan batik. Selain itu, tahun 2003 telah menyaksikan
kejayaan besar dalam sejarah perniagaan bagi Tuan Haji Nordin. Setelah melalui
pelbagai rintangan dan jatuh bangun di dalam industri batik serta mendapat
persaingan yang sengit dari pengusaha-pengusaha batik profesional di sekitar
Kota Bharu, beliau telah mengambil langkah
yang berani pada masa yang tepat untuk mengembangkan lagi empayar
perniagaannya. Dengan tertubuhnya WISMA NORDIN pada pertengahan 2003,
yang terbahagi kepada beberapa cabang perniagaan, iaitu ruang pameran dan pusat
jualan kraftangan (SHOWROOM NBSB),
tempat penginapan dengan bilik berhawa dingin serta kemudahan yang selesa (PALOH INN), dewan untuk
pelbagai
kegunaan (DEWAN
CENGKIH) dan sektor pemaju perumahan (NBM ENGINEERING & DEVELOPMENT) yang dibina di atas
tapak dengan keluasan 2 ¼ ekar di alamat 74, Kg. Paloh Pintu Geng, 15050 Kota
Bharu, Kelantan. Pada masa yang sama,
pihak kerajaan telah mengadakan kempen penggalakkan pemakaian batik di kalangan
kakitangan kerajaan dan juga swasta sebagai sebahagian pakaian rasmi semasa
bekerja. Hasil dari galakan daripada kerajaan juga, industri pembatikkan Malaysia telah
menunjukkan perkembangan yang positif. Usaha ini disambut baik oleh seluruh
pengusaha batik, dan pihak syarikat Tuan Haji Nordin juga tidak ketinggalan
untuk menghasilkan produk yang lebih baik, mempelbagaikan corak dan fabrik kain
demi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.
Output – Ianya sebagai pemangkin kepada kemajuan negara dalam meningkatkan
ekonomi negara di samping memperkenalkan batik di persada antarabangsa. Ia juga
menjadi amalan masyarakat di negara ini agar menjadikan pakaian batik sebagai
satu wadah atau kemestian dalam menghadiri majlis-majlis rasmi tidak kira mereka Melayu, Cina dan India
serta kaum lain juga sebagai jati diri rakyat Malaysia dalam merealisasikan
semangat 1Malaysia.
Secara
umumnya, analisis SWOT (Strengths,
Weakness, Opportunities & Threats) telah digunakan untuk membuat penilaian
dan analisis setelah semua maklumat diperoleh. Pendekatan SWOT adalah satu
model analisis yang paling hampir kepada situasi sebenar kerana ia memberi
peluang untuk penilaian secara serentak dalam membuat keputusan, menilai
objektif, pelbagai faktor dan strategi (Siti Maimon,
2003).
Dalam pendekatan SWOT, saya mengambil langkah
untuk mengetahui serba sedikit tentang perniagaan Tuan Haji Nordin dari
segi:-
Kekuatan (Strengths). Apakah kecekapan yang ada
pada perniagaan anda?Apakah yang anda benar-benar cemerlang dalam melakukan
sesuatu?
Ya,
sentiasa peka dengan perkembangan semasa dalam industry batik kerana sekarang
banyak persaingan di antara pengusaha batik sama ada dalam Kelantan atau luar
dari Kelantan. Saya mesti sentiasa kemaskinikan corak serta padanan warna yang
terbaru agar setiap batik yang dihasilkan lebih berkualiti dan mendapat tempat
pertama di hati pelanggan.
Kelemahan(Weakness). Adakah perniagaan anda
kekurangan daripada segi sumber-sumber atau kebolehan? Adakah perniagaan anda
terdedah kepada ancaman pesaing-pesaing?
Boleh
dikatakan banyak kekurangan terutamanya permintaan yang banyak dari para
pelanggan, semakin banyak permintaan maka banyaklah jumlah kain yang diperlukan
dan di situlah sumber-sumber kain dari pengedar perlu kita hubungi. Selain
daripada itu, para pekerja dilatih untuk mengetahui tentang mutu kain, warna,
fabrik dan sebagainya.Ya,banyak persaingan serta ancaman dari pesaing-pesaing
lain terutamanya dari segi sumber kain.
Peluang-peluang(Opportunities).
Bolehkah
perniagaa anda menjual lebih banyak atau mencari pasaran baru atau membuat
produk/ servis baru?
Seperti
yang dikatakan tadi, perniagaan ini boleh berkembang jika wujudnya idea-idea
baru untuk dihasilkan bagi menjamin mutu batik yang tinggi. Banyak peluang
boleh diketengahkan dan produk ini bukan sahaja setakat kain atau kemeja batik
sahaja, mungkin kita akan perkenalkan produk baru berasaskan batik seperti
lampu, kotak, pensel, payung dan pelbagai barangan lain yang mempamerkan
ciri-ciri batik.
Ancaman(Threats). Adakah produk dan teknologi
anda boleh ditewaskan? Atau adakah pasaran semakin mengecil?
Ya,
kemungkinan ianya boleh berlaku di kalangan pengusaha batik sekarang
terutamanya timbul cara baru yang lebih lengkap, lebih canggih dan ada juga di
kalangan pengusaha yang berkemampuan akan menggunakan teknik lukisan batik secara
digital, dan itulah yang menjadikan kita tewas. Sebenarnya banyak cara yang
boleh kita ketengahkan dalam menghasilkan produk batik yang lebih berkualti dan
bermutu.
PROSES PEMBUATAN BATIK
|
|
||||||||||
|
|||||
|
Showroom Nordin Batik ialah sebuah pusat jualan
kraftangan yang terletak di bangunan Wisma Nordin, Lot
74, Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan. Sebagai sebuah pusat
kraftangan yang pertama seumpamanya di bandar Kota Bharu. Usaha syarikat ini
untuk memperkenal dan menaikkan kembali martabat hasil kraftangan tempatan yang
mana satu-satunya warisan tradisi nenek moyang kita dapat dihargai oleh semua
lapisan masyarakat dan dipelihara hasil seninya. Penumpuan syarikat ini ialah
untuk memasarkan barangan kraftangan dan hasil produk batik dan juga songket.
Pemilik Showroom Nordin Batik, Tuan Haji Nordin Bin Mahmood telah
mendapat khidmat nasihat dari pihak Kraftangan Malaysia untuk menjalankan
perusahaan penjualan kraftangan. Pada mulanya, Tuan Haji Nordin merancang untuk
menjadikan tapak jualan ini sebagai sebuah pusat pameran dan jualan barangan
batik sahaja, tetapi setelah dikaji dan ditinjau oleh pihak Kraftangan
Malaysia, tapak jualan ini berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah pusat
kraftangan yang mengumpulkan pelbagai jenis hasil seni dan kraftangan yang unik
dan menarik. Dengan inisiatif pemilik, maka wujudlah sebuah pusat pameran dan
jualan kraftangan yang pertama di negeri Kelantan dengan keluasan 11,200 kaki
persegi yang dikenali sebagai Showroom Nordin Batik. Bersama
kakitangan seramai sepuluh orang yang diuruskan oleh pengurus pusat pameran,
Puan Azlinda bt Nordin dan saya pasti Showroom Nordin Batik mampu muncul
sebagai
pusat kraftangan yang terkenal
di Malaysia.
1.Objektif
Pusat pameran dan jualan kraftangan yang diwujudkan
adalah salah satu projek pelancongan yang bakal menarik minat pelancong bagi
mengenali lebih dekat kesenian dan kehalusan kraftangan masyarakat tempatan. Showroom
Nordin Batik diharapkan dapat mengiktiraf produk kraftangan ke
peringkat antarabangsa, sekaligus dapat memartabatkan nilai budaya Melayu yang
sebenar. Syarikat juga berharap agar pusat kraftangan ini dapat menjadi salah
satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan, khusus bagi
pelancong yang ingin mendapatkan produk kraftangan yang terbaik dan pelbagai
dengan harga yang berpatutan.
2. Misi / Visi
Misi utama syarikat dalam mewujudkan pusat pameran
dan jualan kraftangan ini ialah untuk menyedia dan memasarkan produk-produk
kraftangan dan tradisional yang mempunyai ciri-ciri keaslian nilai seni dan
budaya yang tinggi.
3. Sasaran Pelanggan
Syarikat telah mengenalpasti beberapa kategori
pelanggan yang disasarkan bagi melancarkan pameran dan penjualan produk kraftangan
:
1.
Rombongan
pelancong luar negeri
2.
Rombongan
pelancong tempatan
3.
Kakitangan
kerajaan dan perbadanan
4.
Pemborong-pemborong
tempatan dan luar negeri
4. Produk Pembuatan dan
Jualan
Beberapa produk yang bakal dijadikan bahan pameran
dan jualan di pusat kraftangan syarikat ialah:
1.
Produk
batik (kain, baju siap, beg, bekas pensil
dan lain-lain)
2.
Barang-barang
haji dan ihram (kain ihram, tali pinggang
haji, seluar haji dan telekong
sembahyang)
3.
Produk
perak (pasu, mangkuk, perhiasan, replika
dan lain- lain)
4.
Produk
kayu ukir (bekas pensil, bingkai gambar,
perhiasan, bingkai cermin dan
lain-lain)
5.
Pasu
antik (terdiri daripada pasu yang
dibentuk dan dicorakkan dengan teknik tradisional)
6.
Produk
songket (kain, beg dan perhiasan rumah)
7.
Produk
tembikar (terdiri daripada produk
tembikar dalam pelbagai saiz dan
bentuk)
8.
Produk
kaca (diimport khas dari negara China seperti
gelas kaca, pasu bunga,
buah-buahan hiasan dan lain-lain)
9.
Produk
mengkuang dan rotan ( terdiri daripada
tudung saji, beg, bakul, topi, bekas bunga dan lain-lain)
10.
Produk
khat dalam pelbagai bentuk dan saiz dengan ukiran ayat- ayat suci
Al-Quran.
11.
Alatan
sembahyang (seperti tasbih, sejadah,
kopiah, songkok dan baju melayu
untuk dewasa dan kanak-kanak)
5. Aktiviti Pelancongan
Beberapa aktiviti pelancongan telah dirancang dan
dijadualkan yang mana akan beroperasi di salah satu sudut di tapak Showroom
Nordin Batik ini bagi memberi peluang kepada pelancong yang berkunjung
untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana produk kraftangan dihasilkan. Antara
aktiviti yang syarikat sediakan ialah mini bengkel untuk mendemonstrasikan cara
pembuatan batik bermula dari proses
‘chanting’ dan mewarna. Syarikat juga mengadakan demostrasi membuat wau dan tenunan
songket.
6. Kemudahan dan
Keistimewaan
Sebagai sebuah pusat pameran yang bakal dikunjungi
oleh pelbagai lapisan masyarakat dan dari serata negeri, syarikat akan
memastikan pengunjung yang datang mestilah dilayan dengan sebaik mungkin, dan
kerana menyedari hakikat tersebut syarikat akan menempatkan kakitangan yang
mencukupi dan mesra pelanggan untuk melayan pelanggan syarikat di setiap
bahagian yang diwujudkan. Bukan itu sahaja, antara kemudahan lain ialah
kemudahan musalla, dan kawasan meletak kereta yang mencukupi bagi menampung
kehadiran pelancong. Syarikat juga telah mewujudkan beberapa replika berbentuk
produk kraftangan seperti rebana, keris, kain batik dan ‘chanting’. Dengan
adanya replika ini mungkin boleh menarik minat pelancong untuk berhenti dan singgah
di pusat kraftangan syarikat ini.
7. Strategi Pemasaran
Syarikat telah merancangkan beberapa strategi
pemasaran bagi memberikan maklumat kepada umum berkenaan pusat pameran dan
jualan kraftangan yang diwujudkan melalui beberapa media seperti internet,
akhbar dan media elektronik yang mana
dari segi penerimaan maklumat yang lebih menyeluruh dan meluas. Melalui promosi
yang bakal diadakan, syarikat dapat menarik minat pelancong dan masyarakat
tempatan untuk membeli produk kraftangan dengan harga istimewa. Di samping itu,
syarikat juga giat mempromosikan rangkaian produk dengan mengadakan lawatan
promosi dari sekolah ke sekolah, lawatan
ke jabatan-jabatan kerajaan, agensi pelancongan, dan menaja pakaian bagi
pengacara televisyen dan artis, selain dari mengadakan karnival jualan dengan
tawaran harga yang menarik.
1.
Pada 10 Dis 2003
LAWATAN PARA PELAJAR UITM, CAWANGAN KELANTAN (seramai 15 orang)
2.
Pada 15 Dis 2003
ROMBONGAN PARA
PENGARAH DAN PEGAWAI KANAN JABATAN KASTAM MALAYSIA (seramai 80 orang)
3.
Pada 22 Dis 2003
LAWATAN PARA PELAJAR UITM
SHAH ALAM, JURUSAN SENIREKA
(seramai 40 orang)
4.
Pada 28 Dis 2003
ROMBONGAN PELAWAT
DARI KEDAH.(seramai 45 orang)
5.
Pada 15 Jan 2004
LAWATAN SEMPENA BREAST CANCER HUSM (lebih kurang 80
orang)
6.
Pada 16 Jan 2004
LAWATAN PARA
PELAJAR DARI UNIVERSITI OF MINNESOTA ,
AMERIKA SYARIKAT (lebih kurang 45 orang)
7.
Pada 28 Jan 2004
LAWATAN PARA PELANCONG DARI TAIWAN
(seramai 30 orang)
Usahawan
yang mengusahakan batik merupakan seseorang yang berfikiran kreatif, inovatif dan
bersedia mengambil risiko dalam mengusahakan usaha teroka yang diceburinya.
Usahawan akan cuba menghasilkan idea-idea perniagaan yang baru, mengoptimumkan
penggunaan sumber-sumber yang sedia ada dalam membangunkan perniagaannya
sehingga berjaya. Usahawan juga dikatakan mencipta kekayaan dari hasil usaha
terokanya. Peranan usahawan adalah sangat penting dalam membina masyarakat yang
sempurna dan sihat. Pihak kerajaan telah mewujudkan banyak program-program bagi
menggalakkan penyertaan individu sebagai usahawan. Persediaan untuk menjadi
usahawan bolehlah diibaratkan sebagai langkah bersiap sedia menuju medan
perang. Individu yang terlibat hendaklah mempastikan bahawa mereka bukan sahaja
mempunyai kelengkapan fizikal yang standing dengan musuh dalam bidang perniagaan
yang akan diceburi tetapi juga mempunyai kekuatan spiritual dan mental yang
seimbang dengan cabaran yang akan ditempuhi. Walaupun kerjaya sebagai usahawan
sesuatu yang dianggap mencabar, namun pada masa yang sama hasil dan ganjarannya
amatlah memberangsangkan.Untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang individu itu perlu mempunyai
ciri-ciri unik seorang usahawan. Ciri-ciri inilah yang membezakan individu yang
bergelar usahawan dengan bukan usahawan. Seseorang usahawan itu boleh menjadi seorang
pengurus dan peniaga kecil, namun belum pasti mereka ini boleh menjadi usahawan yang berjaya. Profil
usahawan berjaya boleh dijadikan contoh dan sumber inspirasi kepada seseorang
individu dalam mengejar cita-citanya menjadi usahawan berjaya dan cemerlang.
Comments
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (widyaokta750@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (indriatymanirjo010@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.
Nama saya Ramuna Mohammad, saya ingin menggunakan media ini untuk memberi kesaksian tentang bagaimana Allah telah membantu saya dalam hidup saya, saya seorang wanita miskin, saya telah mengalami hutang, kehidupan menjadi tidak boleh ditanggung untuk saya kerana saya cuba mendapatkan pinjaman daripada firma yang berlainan Dan bank dan mereka semua gagal saya, saya mendapat scammed dan ditolak, saya alomost menyerah dalam hidup, sehingga saya dapat melihat kesaksian Puan Afizah Abdulwakil, kesaksian bagaimana dia mendapat pinjaman dari syarikat pinjaman (James Althouse Firm Finance) Puan Afizah memberi keterangan bahawa dia mendapat pinjaman dari James Althouse Finance Firm, saya memikirkannya sejak sekian lama kerana saya tahu ia adalah sukar untuk mencari pemberi pinjaman pinjaman yang legit dan saya takut telah ditipu lagi, selepas banyak menghubungi Puan Afizah ( Afizahabdulwakil@gmail.com) dan bertanya kepadanya apakah kesaksian itu benar dan dia meyakinkan saya bahawa kesaksiannya tidak lain hanyalah kebenaran, bahawa saya harus menghubungi Encik James dan memohon pinjaman yang saya perlukan begitu banyak, saya tidak boleh percaya Dia jadi saya bertanya bagaimana dia mendapat tahu tentang Encik James dan dia memberitahu Saya melihat kesaksian seorang Puan Aiyah Tayfik yang juga mendapat pinjaman dari Encik James. Dia memberi saya e-melnya (aisyahtaufik23@gmaill.com) untuk menghubungi beliau jika saya mahu yang saya lakukan selepas membuat hubungan dengannya saya mendapati Encik James adalah benar dan dia seorang yang jujur saya menghubungi Encik James dengan e-mel yang mereka berikan saya (jamesalthousefinancefirm@gmail.com) dan saya memohon pinjaman MYR150,000 untuk memulakan perniagaan dan membayar hutang, Selepas beberapa saat pinjaman saya telah diluluskan oleh Encik James dan saya dengan baik mendapat perhatian MYR150,000 dari James Althouse Finance Firma saya sangat gembira, dan saya berterima kasih kepada Allah SWT atas bimbingannya, saya ingin mendesak anda semua yang memerlukan pinjaman harus menghubungi En. James dengan e-mel ini: jamesalthousefinancefirm@gmail.com
Di sini ialah e-mel saya: ramunamohammad23@gmail.com
Mr.James adalah peminjam pinjaman sah.
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu Iskandar pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM via: {mail: iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Assalamu`alaikum `Selamat Datang di ANNISA AHMAD LOAN COMPANY
Apakah Anda seorang investor, Pemilik Bisnis, Pengusaha, Kontraktor, Petani, Memulai e.t.c? Mungkin Anda membutuhkan dana yang baik dan aman untuk membeli properti, memperbaiki / membalikkan, memperbaiki layanan / bangunan Anda mencari tempat yang dapat menjamin Anda meminjamkan salah satu dari jumlah yang Anda butuhkan untuk menghubungi e-mail: {annisaahmadlaoncompany@gmail.com} adalah Disini untuk membantu mereka yang membutuhkan tujuan arsip keuangan mereka, kami berinvestasi di properti, proyek / bisnis dan juga memberikan 100% penawaran untuk semua jenis pinjaman berbunga rendah. Tarif, kepada orang-orang yang tertarik dari negara manapun dengan tingkat kredit apakah Anda ditolak oleh bank lain atau kreditur? Kami dapat menawarkan pinjaman yang Anda butuhkan dengan harga yang terjangkau sehingga pekerja bisnis, pria dan wanita, pekerja kantor, pengangkut, inilah kesempatan Anda untuk berinvestasi atas apa yang telah Anda rencanakan di sini adalah pinjaman untuk Anda dan investasikan dengannya, kami juga membutuhkan Layanan dari Pialang yang bisa merujuk orang yang membutuhkan bantuan keuangan dan kami membayar setiap bulan untuk layanan Anda menghubungi kami melalui e-mail di bawah ini jika Anda tertarik dengan pinjaman atau persyaratan. Investor
Email: {annisaahmadlaoncompany@gmail.com} Anda juga bisa menghubungi kami dengan cara BBM pin (DB5121C1) kejujuran kepercayaan dalam pelayanan kami
Assalamu`alaikum wr wb,
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]